Makan tembikai sebagai pencuci mulut memang banyak khasiat dan menjadi pembuka selera. Justeru, bagaimana tips pilih tembikai manis yang berkualiti dan sedap apabila di makan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan beberapa tips pilih tembikai manis yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli.
Kebiasaannya, buah tembikai yang manis mempunyai corak garisan di bahagian luar buah kemas dan tidak berserabut.
Bagi tembikai yang kurang manis pula, corak garisan pada kulitnya tidak cantik dan agak berserabut.
Cari tembikai yang tidak berkilat, dan nampak kusam. Bahagian permukaan tembikai yang berkilat ini menunjukkan bahawa tembikai tersebut kurang masak lagi.
Biasanya tangkai tembikai ada dua iaitu tangkai yang kerinting dan tangkai yang lurus. Tangkai kerinting menunjukkan yang tembikai tersebut adalah manis dan merah isinya.
Manakala tangkai yang lurus, rasa buahnya kurang manis dan tidak enak di makan.
Anda boleh menguji kemanisan tembikai dengan kaedah mengetuk permukaannya dengan menggunakkan jari.
Jika bunyi yang dihasilkan seakan-akan kosong, maka tembikai tersebut sudah masak sempurna dan isinya juga baik.
Jika anda melihat bintik hitam pada tembikai, ini menunjukkan tembikai tersebut manis. Pada pandangan pertama, tompok ini mungkin kelihatan seperti kotoran, tetapi jika ia tidak mudah digosok, maka ia adalah tompok gula.
Selain itu, tembikai yang ada kesan calar atau garisan di permukaannya mempunyai titik pendebungan yang juga menandakan ia manis.
Semakin berat tembikai, maka akan semakin banyak juga air di dalamnya. Anda boleh membandingkan berat tembikai yang dipilih dengan menggunakan penimbang buah.
Bentuk tembikai agak mudah dibezakan. Ada kalanya lonjong dan bulat. Yang lonjong lebih berjus dan yang berbentuk bulat pula biasanya manis.
Jika anda ingin makan tembikai begitu sahaja sebagai pencuci mulut, anda boleh pilih saiz yang bulat. Manakala yang berjus lebih elok sekiranya ingin dibuat jus dan sebagainya.
Musim tembikai akan tiba di negara kita di antara bulan Januari hingga Mac setiap tahun. Ketika musim ini, anda boleh temukan terdapat banyak kedai yang menjual buah tembikai secara besar-besaran.
Anda akan mempunyai pilihan yang lebih besar untuk memilih tembikai yang betul-betul manis, merah dan sedap.
Dalam banyak tips pilih tembikai manis, petua cari titik kekuningan ini adalah petunjuk yang paling banyak orang buat dan faham.
Anda perlu cari dan perhatikan titik padang, atau bintik tanah kerana di situlah petanda bahawa tembikai berada di atas tanah atau bahagian bawah tembikai.
Sesetengah bentuk tembikai ada yang bulat dan bujur. Yang terbaik, anda cari bentuk buah yang seragam dan sekata.
Jika terdapat benjolan yang tidak teratur, ini menunjukkan tembikai mungkin mendapat jumlah matahari atau air yang tidak konsisten, dan anda harus elak dari memilihnya.
Tips pilih tembikai manis yang lain adalah dengan memilih corak saiz sarang tembikai yang besar. Saiz sarang yang kecil biasanya lebih tawar dari biasa.
Ini adalah cara terbaik untuk memotong tembikai menjadi kepingan-kepingan yang lengkap. Anda juga boleh cuba untuk membuat kuib tembikai dalam pelbagai saiz dengan kaedah potongan ini.
1. Bilas dan keringkan seluruh tembikai.
2. Potong separuh bersilang (anda akan mendapat dua kepingan bulat, berbanding bujur).
3. Potong hujung batang.
4. Letakkan tembikai yang dipotong sebelah bawah di atas papan pemotong.
5. Pegang pisau anda pada sudut, potong ke arah papan pemotong untuk mengeluarkan kulit dan isi putih. Anda sepatutnya boleh melihat bahagian dalam tembikai merah jambu gelap (gambar di atas) selepas anda membuat potongan.
6. Teruskan memotong sehingga semua kulit telah dikeluarkan.
7. Potong tembikai menjadi tiga, jadikan 3 keping bulatan penuh.
8. Potong bulatan ecara memanjang.
9. Potong batang menjadi kiub.
10. Ulangi dengan kepingan bulat yang lain, kemudian teruskan dengan separuh tembikai yang lain.
11. Sejukkan kiub di dalam peti sejuk (jika mahu).
Selain artikel berkenaan dengan tips pilih tembikai manis ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan khasiat buah-buahan seperti:
Sumber: