Memiliki kulit berseri, licin, dan tanpa cela pastinya menjadi impian setiap kaum wanita. Di sinilah pentingnya penjagaan kulit wajah dengan menggunakan tips pilih pencuci muka yang tepat.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips pilih pencuci muka yang sesuai berdasarkan kepada jenis kulit anda sendiri.
Kulit kering sesuai menggunakan pencuci muka yang lembut dengan bahan pelembap dan asid lemak.
Bahan-bahan yang dimaksudkan itu adalah seperti petrolatum, lanolin, dan minyak mineral. Penggunaan bahan ini dikatakan mampu untuk membersihkan kulit dan meninggalkan lapisan lembapan nipis di atasnya.
Cari pembersih yang hipoalergenik, bebas pewangi, bahan kimia atau alkohol dan mempunyai formula tidak berbuih.
Elakkan menggunakan jenis pencuci muka sabun dan pembersih antibakteria dengan pengelupasan seperti asid salisilik atau glikolik, yang semuanya boleh mengeringkan kulit anda.
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, utamakan untuk mencari pencui muka yang mengandungi bahan-bahan seperti aloe vera dan minyak pokok teh.
Kedua-dua bahan ini adalah bahan bertekstur lembut yang mampu mengimbangi pengeluaran minyak dan dalam masa yang sama menyokong kejernihan kulit.
Elakkan juga pembersih yang mengandungi minyak atau alkohol dalam kandungannya kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit berminyak anda.
Tips dari seorang pakar dermatologi kosmetik, Dr Jaishree Sharad menyarankan kepada anda yang mempunyai kulit berjerawat agar cuci muka sebanyak dua kali sehari dengan pembersih muka berasaskan asid salisilik.
Asid jenis ini akan membuka pori-pori di wajah dan menyingkirkan minyak berlebihan.
Kulit sensitif dan kulit kombinasi memerlukan pembersih ultra-lembut. Cari pencuci muka yang bebas pewangi, hypoallergenic, bebas paraben dan bebas sabun, yang tidak akan merengsakan kulit anda.
Pilihan terbaik setakat ini adalah micellar water yang bukan hanya lembut tetapi juga sangat efektif menghilangkan kotoran, sisa make up, dan minyak di pori-pori mahupun permukaan kulit wajah.
Menurut American Academy of Dermatology, antara bahan berbahaya yang perlu dielakkan dalam pencuci muka adalah seperti:
Hal ini kerana ia akan memberi kesan dengan merengsakan kulit dimana biasanya terjadi jika anda mempunyai kulit yang sensitif, berjerawat, atau kulit gatal.
Umumnya, pH kulit kita adalah pH 5 – 6. Justeru, kita perlu mencari pencuci muka yang berada dalam pH seimbang dengan kulit atau dibawah pH kulit wajah kita.
Kesan menggunakan nilai pH pencuci muka yang terlalu tinggi bukan sahaja boleh merosakkan lapisan luar kulit tetapi juga mengakibatkan anda kehilangan lembapan kulit, mengakibatkan keradangan dan meningkatkan risiko masalah kulit.
Anda boleh mengetahui sama ada pencuci muka itu sesuai atau tidak adalah dengan merasakan perbezaan yang berlaku di kulit wajah.
Sekiranya selepas cuci muka, kulit menjadi tegang itu bermakna pencuci muka tersebut tidak sesuai untuk digunakan.
Kulit rasa tegang selepas cuci muka menunjukkan bahawa kulit kering dan pencuci muka tersebut telah menarik sekali kelembapan pada kulit.
Tips pilih pencuci muka yang seterusnya adalah dengan mencari pencuci muka bertekstur lembut dan halus.
Ramai orang beranggapan tekstur pencuci muka yang kasar dan keras lebih baik dan mudah membersihkan wajah.
Sebaliknya, ia akan menyebabkan kulit muka cepat menua. Berbeza dengan pencuci muka tekstur lembut dan halus akan memudahkan ia masuk dalam liang pori dan membersihkan muka dengan lebih berkesan
Di samping itu, tips pilih pencuci muka yang lain adalah dapat bertahan lebih lama setidaknya 2 bulan sebelum membeli yang baru.
Walaupun kadang kala, jenama pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita itu lebih mahal dari biasa. Tetapi jika boleh digunakan dalam tempoh yang lama, ia sebenarnya lebih menjimatkan.
Selain dari tips pilih pencuci muka ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan penjagaan wajah seperti:
Sumber: