Kekal wangi sepanjang masa terutamanya ketika berada di tempat-tempat awam sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Pemilihan perfume yang betul sahaja tidak cukup melainkan anda juga perlu faham tips perfume tahan lama.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tips perfume tahan lama khusus untuk lelaki dan perempuan.

1. Sembur pada kulit selepas mandi

tips perfume tahan lama

Menggunakan perfume sejurus sahaja selepas mandi akan mengunci bau perfume itu di tubuh badan kita.

Hal ini kerana selepas mandi, pori-pori kulit kita akan terbuka dan menjadikan ia waktu yang sangat sempurna untuk memastikan perfume tahan lama.

2. Lapiskan minyak wangi

Ramai yang tidak berani untuk mencuba campuran beberapa jenis perfume sekali gus. Eksperimentasi kita itu sebenarnya boleh memberi kombinasi bauan yang berbeza dan lebih tahan lama berbanding biasa.

Sebaik sahaja anda menemui kombinasi yang anda suka, cubalah pada kulit anda (minyak kulit boleh mengubah cara bau minyak wangi). 

Semburkan bau yang lebih kuat dahulu dan kemudian letakkan dengan wangian yang lebih ringan supaya minyak wangi pertama tidak mengatasi bau yang kedua.

Cara ini boleh menjadi tips perfume tahan lama yang menarik dan menguntungkan bagi anda.

3. Elak gosok pergelangan tangan

tips perfume tahan lama

Kaedah menggosok kedua-dua pergelangan tangan selepas menyembur perfume sebenarnya tidak memberikan kesan bau yang tahan lama seperti yang diperkatakan sesetengah orang.

Sebaliknya, menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama ini akan memaksa bau itu hilang dengan lebih cepat daripada yang sepatutunya.

4. Sapukan pada titik nadi

tips perfume tahan lama

Kaedah semburan perfume yang betul adalah digunakan pada kawasan titik nadi pergelangan tangan. Hal ini kerana, suhu pada bahagian tersebut adalah hangat dan ia akan membantu menyebarkan wangian ke seluruh badan anda.

Titik nadi lain yang boleh anda sembur adalah seperti di dalam siku, di leher, di bawah bahagian tengah badan, di belakang lutut, buku lali, dan betis.

5. Pilih eau de perfume

tips perfume tahan lama

Seperti yang anda tahu, setiap minyak wangi mempunyai kepekatan yang berbeza-beza. Semakin pekat minyak wangi dengan minyak asli, akan lebih mahal berbanding minyak wangi yang mempunyai kandungan minyak asli yang tidak begitu pekat.

Justeru, untuk bau yang tahan lebih lama, anda boleh memilik jenis minyak wangi Eau de yang mengandungi kepekatan berbanding yang lain.

Contohnya, Eau de Toilette tahan kira-kira 2-3 jam paling baik, manakala Eau de Parfum lebih kuat, dan bertahan selama 4-5 jam tanpa penggunaan semula.

6. Simpan di tempat yang betul

Tips perfume tahan lama yang ini mungkin tidak ramai orang ambil berat. Sebenarnya cara penyimpanan perfume mestilah betul dan tepat untuk memastikan kualitinya kekal terjaga seperti baru beli.

Faktor seperti cahaya, haba, dan kelembapan mampu untuk memecahkan minyak wangi dan merosakkan kandungannya yang ada.

Oleh itu, anda disarankan untuk menyimpan botol perfume ini di tempat-tempat yang sejuk dan kering sahaja seperti di atas meja solek di dalam bilik anda dan jauh dari tingkap.

7. Elak sembur pada pakaian

Jika anda gemar sembur perfume pada pakaian, selepas ini kami sarankan elakkan cara seperti itu lagi.

Lebih baik sembur perfume terus pada kulit anda, bukan pada pakaian anda kerana wangian itu boleh meninggalkan sedikit kesan “kotor” pada pakaian.

8. Ambil tahu tarikh expired

Jangan sesekali pakai perfume yang sudah tamat tempoh. Jika perfume anda melepasi tarikh luput, ini bermakna kebanyakan wangian telah tersejat dan ia tidak akan bertahan lama pada kulit.

Selain itu, ia bukanlah idea yang baik untuk terus menggunakan minyak wangi tengik. Umumnya , perfume yang sudah tamat tempoh ia telah berinteraksi dengan udara, haba dan cahaya matahari.

Malah jika kandungan alkohol dan penstabil dalam formula ia kurang, ini boleh mengurakan bau dan kesegaran perfume itu sendiri.

9. Elak pakai terlalu banyak

Jumlah semburan yang betul juga memainkan peranan penting dalam tips perfume tahan lama. Jika anda tidak tahu berapa banyak semburan wangian yang perlu anda lakukan, semak kepekatan perfume anda.

Jika anda menggunakan Eau de Cologme atau Eau de Toilette yang ringan dan menyegarkan, buat 3-4 kali semburan.

Manakala Eau de Parfume atau jenis perfume lain yang berat pula buat 1-2 kali semburan.

10. Jarak yang betul

Pastikan sebelum menyembur perfume, ambil terlebih dahulu jarak yang sesuai. Pegang botol perfume kira-kira 5-7 inci dari kulit anda. Cara ini akan menghalang titisan besar minyak wangi pada kulit anda.

11. Sapukan vaseline

Penggunaan Vaseline pada titik nadi sebelum menyembur perfume akan membuat bau wangi bertahan lebih lama.

Fungsi jeli petroleum bertindak sebagai penghalang antara kulit anda dan minyak wangi, memperlahankan seberapa cepat ia menyejat dan merebak ke atmosfera.

12. Elak goncang minyak wangi

Tips terakhir, jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.

Selain artikel berkenaan dengan tips perfume tahan lama ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan minyak wangi seperti:

Sumber:

  1. How to Apply Perfume: 20 Tricks to Make Fragrance Last Longer. Cosmopolitan
  2. Make Your Fragrance Last With These 6 Simple Hacks. Real Simple

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.