Rata-rata kalau pergi pasar malam mesti pernah ambil kan Yong Tau Fu. Tapi itulah sekali beli kadang-kadang tak sedar berpuluh dah habis duitnya. Lagi terasa kalau beli untuk makan satu keluarga besar. Sakitlah dompet kalau macam tuh kan. Jadi, untuk jimatkan duit di zaman kegawatan ekonomi ini, apa kata cuba buat kuah Yong Tau Fu ini sendiri dan belilah segala bahan-bahan frozen. Pasti puas makan punyalah. Sebenarnya nak buat kuah Yong Tau Fu ini senang sahaja. Bahan-bahan nya pun tak susah pun nak cari. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Umi Azmi yang mendapat perhatian ramai warga netizen di laman muka buku (Facebook). Resepi yang dikongsikan sangat mudah. Tak percaya?

Resepi Kuah Yong Tau Fu

Kuah Yong Tau Fu

Imej via Facebook

Bahan Untuk Sos:

  • Kicap pekat jalen 3 sudu besar
  • Sos tiram 2 sdu besar
  • Cili kering blend 2 sudu besar *
  • Bawang putih 4 ulas *
  • Belacan (sebesar ibu jari) *

  (Bahan yang bertanda * bahan untuk blend)  

  • Gula melaka sebuku
  • Tepung jagung 2 sudu besar, bancuh dengan sedikit air.
  • Minyak untuk menumis.
  • Air dalam 3 atau 4 cawan.
  • Garam tengok kalau tak masin baru bubuh.
  • Bijan yang disangai (optional)

Cara Memasaknya :

1. Panaskan minyak. 2. Tumis bahan blend yang bertanda *. 3. Tumis sampai pecah minyak 4. Kemudian masukkan gula melaka. 5. Tambah air secukupnya, masak dengan api perlahan. 6. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. 7. Selepas itu, masukkan air tepung jagung, masak lagi sampai betul-betul hilang rasa tepung jagung. 7. Perasakan garam jika perlu. Siap. Sedikit tips dari pemilik resepi. Masak sehingga betul betul pekat baru power dan kaw sedap (tambah bancuhan tepung jagung jika sos cair). Sos ni boleh disimpan dalam peti ais. Bila nak makan boleh panasakan semula. Ha. Mudah ke mudah? Bolehlah cuba buat nanti. Lagi cantik kalau buat hari yang sepatutnya pergi pasar malam. Boleh elak dari ajakan ke sana dan sudah pastilah boleh jimat duit sedikit. Kena bijak lah kan waktu ekonomi tak satbil nih. Di sini, kami juga ada kongsikan resepi menarik lain untuk dicuba. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain tau blog bidadari.my blog pelbagai resepi anda.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.