Pasangan bercinta dan merajuk memang tak dapat dipisahkan. Biasanya orang perempuan memang kuat merajuk, lebih-lebih lagi dengan orang yang dia paling sayang.
Tapi, ada masanya orang kelaki pun sekali-sekala akan merajuk juga. Apa salahnya, manusia kan ada hati dan perasaan dan ingin rasa disayangi. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips pasangan merajuk yang boleh anda amalkan supaya bahagia hingga ke syurga.
Sebagai sepasang kekasih, anda sepatutnya sentiasa peka dengan emosi dan tingkah laku pasangan anda. Kalau tiba-tiba pasangan anda diam, tak mahu bercakap dengan anda, atau pun kurang bercakap, tanya sepatah jawab sepatah, pasti ada yang tak kena. Kan?
Kalau anda dah perasan ada yang tak ke dengan pasangan anda, dan ada tanda-tanda dia sedang merajuk, jangan buat-buat tak nampak. Jangan diabaikan. Jangan biarkan pasangan anda melayan perasaan seorang diri. Pastikan pasangan anda rasa yang anda sentiasa ada di sisinya.
Sebaik sahaja anda perasan yang pasangan anda sedang merajuk, tunggu apa lagi? Cepat-cepat bertanya kalau ada apa yang tak kena. Tanya kalau anda ada lakukan apa-apa perkara yang menyebabkan dia terasa hati atau marah dengan anda.
Pada waktu ini mungkin pasangan anda akan berdiam diri dan tak melayan soalan anda, maklumlah orang tengah merajuk. Tapi jangan pula anda angkat kaki. Orang merajuk minta dipujuk. Kalau anda angkat kaki, makin teruk jadinya nanti.
Pujuk pasangan anda yang sedang merajuk tu. Sebagai orang yang paling rapat dan kenal dengan dia, pastinya anda tahu macam mana cara terbaik untuk memujuk pasangan anda. Sama ada buat lawak, masakkan makanan kegemarannya, ajak keluar jalan-jalan ke tempat kegemarannya, dan sebagainya. Anda lebih tahu macam mana cara nak memujuk.
Namun ada masanya, anda dah cuba pujuk tapi pasangan anda masih nak merajuk. Orang kata, dah cuba pujuk tapi tak jalan. Ini mungkin berlaku kerana anda dah buat sesuatu yang lebih teruk daripada biasa. Mungkin hatinya terlalu terluka.
Kalau begitu, berikan sedikit masa kepada pasangan anda untuk melayan perasaan. Tapi jangan terus abaikan dia. Kalau pun dia buat tak nampak anda yang ada di sebelahnya, anda duduk je lah di sisinya sambil curi-curi mencium dan memeluk si dia. Apa yang paling penting, jangan biarkan si dis merajuk dengan terlalu lama. Cuba lagi sampai berjaya.
Sifat bertolak-ansur sememangnya perlu ada dalam sebuah perhubungan. Kalau pasangan anda mogok taknak buat kerja rumah semasa merajuk, maafkanlah dia. Jangan pula anda marahkan dia. Kalau pasangan anda tak kemas rumah, anda boleh tolong kemaskan. Apa salahnya kalau sesekali anda pula yang kemaskan rumah?
Kalau pasangan anda tak memasak sepanjang merajuk, anda belikan makanan untuk dimakan. Atau lagi istimewa, anda pula yang jadi chef tolong masakkan makanan untuk anda sekeluarga. Sikap bertolak-ansur pasti akan membuatkan anda lebih bahagia.
Sesetengah orang, susah sangat nak minta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukan walau pun dia sedar atas kesalahan yang dilakukan, dan dia sedar bahawa kesalahan itu akan melukakan hati orang yang tersayang. Puncanya? Keegoan. Rasa maruah diri akan jatuh kalau meminta maaf.
Kami pasti anda bukan macam ni. Kalau ada ada melakukan kesalahan kepada pasangan, jangan takut untuk minta maaf. Takkan jatuh martabat anda dengan meminta maaf. Malah pasangan anda akan lebih menghargai anda.
Kalau dah tahu pasangan anda tak sukakan sesuatu perkara, pastikan anda tak lakukan perkara tersebut. Sebagai contoh, kalau anda tahu isteri anda suka memeriksa semua mesej dalam telefon anda dan tak suka kalau anda bermesej dengan perempuan lain tanpa sebarang perkara penting seperti urusan kerja, jangan sengaja bermesej dengan perempuan lain untuk bersosial.
Jika pasangan anda tak suka anda melepak di kedai snooker sehingga lewat pagi, jangan buat selalu. Bukannya anda nak ikut telunjuk pasangan, tapi dalam sebuah perhubungan, sikap tolak ansur adalab penting.
Setiap manusia suka diberikan perhatian, dan dibelai. Nak-nak lagi kalau tengah merajuk. Waktu pasangan anda tengah merajuk, inilah masanya untuk anda peluk dan cium dia dengan sepuas-puasnya. Mungkin dia akan menolak anda, tapi usah dilayan.
Lagi dia tolak anda, makin dekat anda datang kepadanya. Ketahuilah yang sebenarnya, dia tolak anda tak bermakna dia taknak anda peluk dia. Dalam hatinya rasa berbunga-bunga tiap kali anda peluk dia. Cuma yelah, hati tengah merajuk kan. Sebab tu kami katakan tadi, walau pun ditolak, anda perlu peluk dan cium dia juga.
Tips yang ni dijamin menjadi. Siapa yang tak sukakan hadiah, kan? Lebih-lebih lagi surprise. Kalau anda dah cuba macam-macam cara untuk memujuk pasangan tapi tak berjaya, kami cadangkan anda belikan dia hadiah yang istimewa untuk menghiburkan hatinya.
Anda tak tahu neak beli apa? Jom kami bagi cadangan. Jika pasangan anda seorang perempuan, anda boleh belikan dia:
Kalau pasangan anda lelaki, boleh belikan:
Itulah dia tips pasangan merajuk yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang pickup line untuk suami , tips keluarga bahagia, hadiah untuk suami , doa untuk anak, dan tanggung jawab isteri.