Salah satu perkara yang paling mencabar bagi ibu bapa adalah mahu memberi anak makan. Kanak-kanak banyak ragamnya terutama sekali ketika makan. Sewaktu umur mereka masih di bawah umur 4 tahun, mereka lebih suka bermain sehingga tidak mahu makan.

Hal ini membuatkan ibu bapa risau akan kesihatan anak. Kalau kita ingin menyuap mereka makan, mereka akan mengelat, berlari sana sini, menangis kerana tidak mahu makan. Ibu bapa akan rasa penat mengejar anak-anak untuk diberi makan. Cara yang mudah bagi ibu bapa selalu guna adalah memberikan gajet agar mereka akan duduk diam dan makan.

Memberi gajet tidak bagus untuk anak-anak. Ia akan memberi kesan negatif jika mereka selalu bermain gajet di usia yang muda. Jadi, bagaimanakah kita mahu beri makan kepada anak-anak tanpa menggunakan gajet?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips mudah untuk beri anak makan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC.

7 Tips mudah untuk beri anak makan.

tips bagi anak makan
Image via Facebook

Berikut adalah tips untuk beri anak makan :

1. MAKAN BERJADUAL

Ya, memang bosan bila bercakap tentang jadual. Tapi percaya atau tak, ini adalah senjata yang paling berkesan sebenarnya. Cuba jarakkan mealtime anak setiap 3 jam, dan selama gap 3 jam tu jangan bagi apa2 makanan atau snack kecuali air. 

When I say JADUAL, I’m not talking about a specific time of the day, tapi INTERVAL. Ini penting untuk set awareness tentang waktu makan pada anak. Supaya anak tak makan secara random atau bila-bila lapar je, makan. Kaedah ni juga akan pastikan anak LAPAR dan FOKUS MAKAN bila tiba waktu makan. 

2. GET THEM INVOLVED

Bila anak dah besar sikit, libatkan anak dalam persiapan meja makan. Mungkin boleh suruh dia susun pinggan atau cawan. I did this before, dan mula2 memang challenging sebab anak tak biasa. 

3. TEMPOH MAKAN 10-30 MINIT SAHAJA

Anak suka main dan tak duduk diam masa makan adalah sebab dia rasa dia ada seluruh masa dalam dunia. So how to teach them about sense of time? Perlahan-lahan hadkan masa makan.

Bila dah ready nak makan, tunjuk jam dinding dan cakap pada anak “Kita boleh makan sampai jarum panjang tunjuk nombor 6 sahaja, okay? So we have to eat quickly, sebab kita ada 20 minit sahaja. Lepas nombor 6, no more food.” Itu contoh. 

Mula2 mungkin anak tak faham konsep masa dan tak tahu berapa cepat jarum jam tu bergerak, but it’s ok. Konsisten hadkan masa dan lama-lama they’ll get it. Strategi ni sangat helpful especially bila kita tengah rushing pagi2 nak pergi kerja atau nak kejar masa.

4. PASTIKAN ANAK DUDUK DENGAN BETUL

I hear this a lot from Occupational Therapist. Pastikan anak SELESA di meja makan. Pastikan kerusi tu tak terlalu besar atau terlalu rendah, dan pastikan anak tak terlalu jauh dari meja makan. 

Can you imagine makan dalam keadaan permukaan meja satu level dengan muka? . Jadi, pastikan bontot anak tekap di kerusi, siku di atas permukaan meja, dan kaki tidak tergantung. Letak la apa2 kat bawah kaki dia. Atau gunakan booster seat yang boleh ikat di kerusi biasa. Ada banyak booster seat yang portable sekarang.

5. SENSORY ACTIVITY SEBELUM MAKAN

tips bagi anak makan
Image via cheapdisabilityaids

Sensory activities sangat sangat sangat membantu untuk bagi anak tenang dan fokus dalam aktiviti seterusnya iaitu makan. Ada banyak sensory activity yang sesuai mengikut umur. Yang paling mudah: melompat, merangkak, menari, anything involves body movements.

6. SENSORY TOOLS DURING EATING

Bila anak tak duduk diam jugak waktu makan, gunakan senjata seterusnya, SENSORY TOOLS. Cuba google “Sensory Tools” atau “Sensory Toys”, ada banyak pilihan. Cuba cari yang ada vibration. Vibration adalah one powerful treatment untuk beri anak duduk diam, alert dan focus.

Btw, sensory tools ni sebenarnya selalu digunakan untuk anak autistic/ADHD/ADD/Hyperactive, tapi untuk anak biasa pun, SANGAT MEMBANTU. 

7. NO SCREEN TIME DURING MEALTIME.

Ini yang paling berbuih mulut bila bercakap dengan parents. Saya sangat sangat sangat faham kenapa korang terpaksa bagi anak phone, TV, tablet masa makan. Anak makan banyak bila menghadap screen, bukan sebab dia berselera, but because they’re hypnotised.

Brain is conquered by the screen. Anak dah tak sedar dengan apa yang dia buat (makan), anak dah tak rasa kesedapan makanan tu, dan otak dia tak mampu trigger rasa kenyang, sebab dia sebenarnya dah “HILANG DALAM SCREEN”. And this will cause much bigger problems, contohnya masalah penghadaman, overeating, obesity, dan ketagihan skrin.

*Permulaan memang susah untuk kita didik anak kita supaya sopan di meja makan. Tetapi lama-kelamaan, mereka akan terbiasa dengan keadaan di meja makan.

Baik kita mula dari usia mereka muda daripada mereka terbiasa dengan tingkah laku tidak sopan di meja makan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.