Mencari cara dan tips merancang kehamilan yang betul? Artikel in akan mengupas tips merancang kehamilan yang boleh anda cuba.

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Oleh itu amat penting untuk bakal ibu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kerap melakukan senaman, kurangkan pengambilan kafein, kurangkan stress, berhenti merokok, serta elakkan meminum minuman keras atau alkohol.

Berat Badan Yang Ideal

Dapatkan berat badan yang ideal. Berat badan yang terlalu kurus atau terlalu gemuk (obesiti) akan mengganggu tahap kesuburan wanita. Perlu diingat juga bahawa wanita dengan berat badan berlebihan adalah berisiko untuk mengalami keguguran, tekanan darah tinggi, dan juga diabetes semasa mengandung.

Makanan Yang Seimbang

Ambillah makanan yang seimbang. Ikan seperti tuna dan salmon mempunyai kandungan omega dan DHA yang tinggi dan sangat baik untuk perkembangan minda dan mata bayi. Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kale pula adalah tinggi dengan asid folik. Susu, yoghurt dan makanan tenusu lain yang tinggi kalsium juga diperlukan.

Pengambilan Asid Folik

Ambil asid folik dalam dos yang disarankan iaitu 400 microgram sehari, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Pengambilan asid folik penting untuk mencegah kecacatan pada bahagian tiub saraf (neural tube defect) kandungan anda.

Awas Penyakit Kronik

Wanita yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, ashtma, masalah tiroid atau penyakit lupus perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan penyakit tersebut berada dalam keadaan terkawal sebelum merancang untuk hamil. Pastikan juga anda tidak mengambil ubat-ubatan terlarang.

Temujanji Dengan Doktor Gigi

Buat temujanji dengan doktor gigi, dan dapatkan rawatan gigi dan gusi. Wanita hamil mudah mendapat jangkitan gusi seperti gingivitis. Jangkitan gusi yang tidak dirawat berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.

Periksa Sejarah Genetik

Bincang dengan pasangan anda dan kenalpasti sekiranya terdapat sejarah kesihatan genetik keluarga seperti thalassemia atau sickle cell anemia. Sekiranya berisiko, berbincanglah dengan doktor anda tentang keperluan menjalani ujian genetik.

Semak Waktu Subur dan Kitar Haid

Kenalpasti kitar haid dan waktu subur anda. Catat kitaran haid anda, dan kenalpasti waktu subur untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

Kewangan Keluarga

Rancang kewangan keluarga. Menimang cahayamata merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Rancanglah kewangan dan budget keluarga sebaik-baiknya.

Semoga anda menyukai artikel tips merancang kehamilan ini. Jemput juga membaca artikel lain di laman ini seperti sakit lutut semasa hamil dan tips elak tubuh badan ibu hamil cepat letih

Penulis: Dr Idayu Ruslan

Ikuti juga perkongsian daripada Dr. Idayu Ruslan, seorang doktor pakar sakit puan dari Pantai Hospital Ayer Keroh tentang tips-tips penjagaan kesihatan wanita.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.