“Allah mengikut sangkaan hambaNya…”
Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku.”
Riwayat Ibnu Abid-Dunya
Fahami pesan Allah di dalam hadith Qudsi ini. Ianya juga banyak berkaitan dengan cara kita mendidik anak-anak kita baik di dalam hal akhlak mahupun pembelajaran dan juga aktiviti seharian.
Sangkaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka adalah DOA YANG TIDAK TERLAFAZ.
Jika sangkaan anda terhadap anak anda adalah tidak baik, maka jangan hairan bila melihat itu yang terjadi.
Kadang-kadang sangkaan yang tidak baik ini tidak begitu nyata kepada kita. Namun, amat dirasai oleh anak-anak kita.
Bila mengalami sesuatu yang anda tidak suka mengenai anak-anak anda, tenangkan hati dan selami diri anda. Adakah suatu sangkaan yang tidak baik telah bersemadi. Jika ada, MAAFKAN DIRI dan BUANG dan GANTI dengan sangkaan yang baik. Kemudian BANTU anak untuk merasai lawan dari sangkaan yang tidak baik itu.
Contoh; Anda mendapati anak menipu. Mungkin di dalam diri anda ada kerisauan yang besar takut anak menipu.
Dan anda risau sangat sehingga anda menjadi tidak rasional. Lalu bila anda nampak perbuatan itu dilakukan oleh anak anda, terus anda bertindak kurang bijak dan diluar kawalan.
Apabila anda nampak..PAUSE
#1 Semak diri
#2 Maafkan diri
#3 Betulkan sangkaan
#4 Betulkan anak – maafkan kesilapannya dan hukum berpatutan jika perlu(mulakan dengan nasihat)
#5 BERSANGKA BAIKLAH anak boleh membetulkan diri
#6 BERDOA
#7 Pantau supaya tiada ulangan.
Salam kasih, Ibu Rose