Minyak wangi atau perfume sering dibeli sama ada untuk di pakai sendiri ataupun sebagai hadiah. Untuk membeli perfume ini tidak susah kerana ada banyak pilihan jenama minyak wangi di pasaran. Cuma yang menyukarkan proses pemilihan minyak wangi ini adalah pada wangiannya, memang boleh bikin rasa keliru hingga tak tahu nak beli yang mana satu. Lagi-lagi bila nak membeli minyak wangi di pasaraya, bila didatangi para penjual rekomen itu dan ini mulalah rasa makin keliru dan rimas. Silap haribulan terus balik rumah dan tak jadi nak beli.

Baik lelaki mahupun wanita, masalah kesukaran ketika memilih minyak wangi yang sesuai ini memang sering berlaku. Kerana itu, sebelum membeli mana-mana minyak wangi, kena tahu dulu apakah tips untuk memilih minyak wangi yang betul supaya kena dengan personaliti masing-masing.

Kenapa Ramai Orang Suka Pakai Minyak Wangi?

Kelebihan memakai wangian ini ada banyak. Antara sebab musabab kenapa ramai orang suka pakai minyak wangi ini adalah :

  • dapat menambahkan keyakinan
  • dapat menutup bau badan
  • dapat memberikan mood yang baik
  • dapat menyerlahkan gaya penampilan
  • dapat menambahkan aura personaliti
  • dapat menarik perhatian orang lain
tips memilih minyak wangi

image via :Islam Itu Indah

Ketahui Apa Itu EDP dan EDT Dalam Minyak Wangi

Tetapi sebelum kita pergi ke tips pemilihan minyak wangi, apa kata kita kenali dahulu apa itu EDP dan EDT. Pasti ramai yang masih keliru akan perbezaan kedua-dua wangian ini.

EEau de parfum (EDP) mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi. Minyak wangi dengan EDP mampu bertahan sehingga 5 jam. Pada kebiasaannya, ketumpatan kandungan EDP adalah daripada pati wangian dan alkohol yang dibenarkan. Pati wangian melebihi kandungan alkohol, disebabkan oleh itu ianya mampu bertahan lebih lama. 

Berbeza dengan Eau de toilette (EDT). Eau de toilette (EDT) lebih ringan dan lebih banyak kandungan alkohol berbanding pati wangian.  EDT tidak tahan lama dan pada kebiasaannya ia digunakan untuk kegunaan seharian seperti bersosial bersama kawan-kawan, shopping dll. 

Jadi, EDP akan menjadi pilihan ramai kerana wangiannya yang lebih tahan lama. Walaubagaimana sekali pun, ianya bergantung kepada seseorang itu, mana yang menjadi pilihan mereka kerana pilihan di tangan anda. Semasa membuat pemilihan minyak wangi kita memerlukan beberapa tips bagi memastikan wangian tersebut mengikut cita rasa dan kehendak kita. 

4 Tips Memilih Minyak Wangi Yang Betul

Setiap manusia akan menjadi seorang yang pemilih sekiranya ia berkenaan dengan minyak wangi. Hal ini disebabkan, minyak wangi adalah salah satu item yang penting bagi sesetengah orang. Justeru itu, terdapat beberapa tips bagi memilih minyak wangi. Antara tips untuk memilih minyak wangi ini dengan betul adalah ;

1) Uji Pada Kulit 

Buat pengetahuan semua, minyak wangi akan mengeluarkan aroma yang berbeza apabila ianya di sembur pada kulit. Jadi, semasa proceas pemilihan minyak wangi, uji wangian tersebut pada kulit tidak pada kertas. Hal ini disebabkan, semburan wangian pada kertas dan kulit mempunyai tindak balas aroma yang berbeza.  

Selepas selesai menghidu wangian yang di ingini, cuba sembur tester tersebut pada tangan. Tindakbalas wangian dengan kulit mengambil masa 15 minit, sekiranya wangian tersebut serasi dengan cita rasa bolehlah meneruskan hajat untuk memilikinya. 

Sedangkan cita rasa manusia berbeza-beza inikan pula wangian. Jadi, untuk memilih wangian yang sesuai ELAKKAN membuat semburan minyak wangi pada kawan atau ahli keluarga sendiri. Hal ini disebabkan, bahan dalam pewangi bertindak balas mengikut kelembapan dan pH pada kulit. Justeru itu, bau wangian akan menjadi perbeza setiap orang. 

2) Mood Wangian 

Semasa proses pemilihan minyak wangi, mood wangian perlu diambil kira. Mood wangian bermaksud haruman wangian haruslah mengikut situasi dan keadaan sekeliling sebagai contoh wangian sukan dan bekerja adalah suatu mood wangian yang berbeza.

Ketika bersukan, ramai yang suka memilih wangian yang lebih keras (wangian yang lebih citrus segar) kerana ianya lebih sesuai dengan keadaan bersukan. Manakala, wangian yang lembut lebih sesuai untuk digunakan di pejabat. 

3) Kenali Keperibadian Si Pemakai Wangian 

Ha, info baru untuk semua wangian juga menunjukkan keperibadian si pemakainya. Pada kebiasaannya, wanita yang lembut dan pemalu gemar memilih wangian yang berasaskan haruman bunga tetapi bukanlah haruman yang mempunyai bau yang terlalu kuat, mereka akan memilih haruman yang tidak terlalu kuat baunya bagi menyembunyikan akan kehadiran mereka. 

Manakala, wanita yang dominan atau mempunyai kerjaya (bekerja di pejabat) lebih memilih haruman yang kuat. Hal ini disebabkan haruman mampu mengelakkan bau yang tidak menyenangkan bagi rakan sekerja. 

tips memilih minyak wangi

image via : Pudorefragrance

4) Gunakan Kopi Setelah Menghidu Wangian

Tip yang terakhir ini lebih kepada mereka yang suka menghidu wangian sebelum menyembur wangian pada kulit. Tujuan sebenar menghidu bau kopi setelah menghidu wangian adalah bagi meneturalkan semula deria bau si pembeli.

Sekiranya menghidu bau kopi setelah menghidu wangian mereka tidak akan tersalah menilai wangian tersebut. Cara ini kebiasaannya digunakan didalam kedai yang menjual pelbagai jenis haruman wangian. Mereka akan menyediakan bekas yang berisi kopi bagi memudahkan pelanggan mereka menghidu bau kopi tersebut untuk menghidu wangian yang lain.

5 Tips Untuk Bau Minyak Wangi Kekal Lama Selepas Dipakai

  1. pakai losyen sebelum sembur minyak wangi
  2. sapu vaseline pada nadi terutama di kedua-dua pergelangan tangan
  3. jangan simpan minyak wangi dalam air atau di persitaran yang lembab
  4. spray minyak wangi sebaik saja selepas mandi sebelum pakai pakaian
  5. jangan lap minyak wangi pada ke dua-dua pergelangan tangan selepas disembur
tips memilih minyak wangi

image via : RD

Anda Nak Beli Minyak Wangi Tapi Tak Pandai? Beranikan Diri Untuk Mencari Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Diri

Itulah serba sedikit perkongsian untuk petua memilih minyak wangi yang sesuai dengan personaliti diri masing-masing. Buatlah pilihan dengan mengambil kira kekuatan wangian itu juga. pemilihan haruman minyak wangi yang serasi dengan diri hendaklah sesuai juga untuk tempat yang ingin dihadiri. Janganlah pergi kerja pakai minyak wangi kuat sangat hingga rakan sekerja jadi pening kepala.

Baca juga tips pilih baju nikah dan bersanding untuk bakal pengantin dan tips pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka. 

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.