Apabila anak sudah mencecah 2 tahun, mereka akan semakin banyak minum susu formula kerana banyak menggunakan tenaga untuk bermain. Selera mereka juga semakin bertambah. Waktu ini, ibu bapa perlu banyak membeli susu formula, mereka akan sering meminta susu kerana lapar dan haus.

Ada yang sampai satu kotak susu formula hanya bertahan seminggu sahaja kerana anak kuat menyusu. Bayangkan kalau satu kotak susu formula anggaran berharga RM28 darabkan dengan 4 minggu, maka sebulan kos untuk susu formula sahaja sudah mencecah RM112. Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu latih mereka untuk makan makanan biasa selain susu formula.

Bagaimana mahu latih mereka untuk makan makanan biasa?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 tips latih anak berumur 2 tahun ke atas makan makanan biasa. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.

Ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak

tips latih anak kurang minum susu formula
Image via Facebook

1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari.

2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.

3. Selalu berhingus / batuk berkahak.

4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga.

5. Sembelit.

6. Kulit yang kering dan gatal.

8 Tips latih anak makan makanan biasa

1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.

2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes taknak makan.

3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.

4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.

5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.

6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.

7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti.

Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.

8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.

*Ikuti tips ini yang dikongsikan oleh doktor aimi, Insyaallah, akan nampak hasilnya. Apabila anak sudah pandai makan, mudahlah ibu bapa tidak perlu lagi pening-pening mahu pergi beli susu formula banyak-banyak lagi. Kos juga dapat dikurangkan. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.