Muka adalah bahagian amat penting sekali. Apabila kita berjumpa dengan orang ramai, semestinya kita ingin kulit yang cantik dan mulus, bukan. Kita mahu keadaan muka kita bersih dan sihat, barulah dapat meningkatkan keyakinan diri. Tidak kira lelaki atau wanita, semua inginkan kulit yang cantik dan mulus.

Begitu juga kulit di bahagian badan. Kita mesti mahu kulit di badan kita lembut dan gebu. Terutama bagi isteri yang ingin cantik di depan suami. Kulit cantik dan lembut barulah suami bertambah sayang. Tapi untuk cantik kita memerlukan modal yang banyak untuk beli produk kecantikan. Jadi, bagaimana kita mahu ada kulit yang cantik tetapi tidak menggunakan modal yang banyak?

Mari kami kongsikan info mengenai tips kulit cantik dengan tepung pulut. Tips ini dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan. Puan Sarifa merupakan bekas pakar spa di Hard Rock Hotel Penang. Dia juga menguruskan kursus spa dan kursus produk spa. Jom kita baca tips yang diberi oleh Puan Sarifa.

Tepung beras pulut mengandungi gamma oryzanol. Ia adalah anti-UV dan anti-pigmentasi. Ia juga dikatakan mengandungi proanthocyanidins.

Kajian menunjukkan bahawa proanthocyanidins semula jadi mempunyai antioksidan, anti-radang dan tidak mempunyai kesan buruk. Ia melindungi kulit daripada kesan buruk dari pencemaran.

Manfaat tepung beras pulut

tips kulit cantik dengan tepung beras pulut
Image via Facebook

Selain itu, manfaat terbaik tepung beras pulut ialah boleh

✅ Mencegah kedutan pada kulit

✅ Menyerap minyak serta kotoran di liang-liang

✅ Membersihkan kulit

✅ Membantu mengeluarkan dan mengangkat sel-sel mati

✅ Melembapkan

✅ Mengimbangi tahap PH kulit

✅ Memudarkan parut jerawat

Fuhhh, banyak la manfaat dia kan. Okay, cikgu kongsi resipi best guna tepung beras pulut ni.

Kegunaan tepung beras pulut

Masker wajah

Bahan-bahan:

1) 2 Sudu Besar Tepung Beras Pulut

2) 3 sudu besar susu kambing segar. Jika tidak ada susu kambing, boleh juga susu biasa.

Cara-cara:

1. Sapukan pada muka dan leher

2. Biarkan sekurang-kurangnya 20-30 minit

3. Kemudian bilas dengan air biasa 

4. Amalkan seminggu 3 kali secara teratur

Nanti lihatlah kesannya. Ia akan memberi kulit licin, cerah berseri, mengurangkan jerawat, kedut dan pigmentasi.

Lulur badan

Bahan-bahan:

1) 6 Sudu besar tepung beras pulut 

2) 1/2 cawan susu segar. Lebih baik susu kambing

3) 2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

1. Kacau bahan sebati. Sekiranya terlalu pekat boleh tambah susu segar lagi

2. lulur seluruh badan. 

3. Biarkan 10 minit 

4. Bilas dengan air biasa 

5. Amalkan seminggu 2-3 Kali

Kulit badan jadi halus dan licin gitew!

*Mudahkan tips yang diberi oleh Puan Sarifa ini. Hanya menggunakan bahan utama iaitu tepung beras pulut, ia boleh memberi kulit yang licin dan cantik. Modal juga tidak mahal dan bahan-bahannya mudah didapati di mana-mana kedai.

Tidak perlu menghabiskan wang sehingga beratus-ratus untuk mendapatkan kulit yang cantik. Yang pasti, anda perlu rajin ikuti tips ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.