Kita selalunya cenderung untuk berfikir bahawa kita tahu apa yang kita buat, tapi adakalanya atau terutamanya apabila ia berkaitan dengan kehamilan, kita sebenarnya salah. Glade B. Curtis, M.D., penulis bersama Your Pregnancy, Week by Week, mempunyai penyelesaian kepada 9 tanggapan salah tentang kesuburan.

9 Tips Kesuburan

Imej:Janine

#1 Terlalu Bimbang

Anda mungkin mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan yang memberi pendapat tentang kehamilan,

“Kehamilan berlaku secara semula jadi. Ianya akan hadir apabila anda berhenti bimbang tentangnya.”

Mendengarnya adalah amat menjengkelkan, terutama apabila perkara yang diinginkan kita adalah hamil. Namun hal ini selalunya benar. Tekanan boleh menjadi perosak utama dalam proses kehamilan. Jika anda memiliki tahap kortisol yang menaik beserta hormon tekanan, ia boleh secara negatif memberi kesan kepada ovulasi dan kesuburan.

“Bertenang dan biarkan ia berlaku,” kata Dr. Curtis.

“Berhenti terlampau mencuba untuk merancang kehamilan.”

Sebaliknya, beliau mencadangkan anda untuk mengingatkan anda bahawa kehamilan adalah keajaiban yang kerap berlaku.

“Saya sering memberitahu pesakit-pesakit saya yang terlalu aktif mencuba untuk berhenti ‘bekerja keras’ dan pada masa itulah selalunya mereka hamil.”

#2 Terlampau (Atau Kurang) Melakukannya

Jika anda hendak melakukannya, lakukan dengan betul (dengan jumlah yang betul!). Dr. Curtis mencadangkan untuk melakukan persetubuhan setiap hari atau selang sehari semasa anda berada dalam tempoh paling subur.

Jika anda, seperti wanita lain, tidak tahu bilakah tempoh tersebut, teruskan dengan selang sehari selama tempoh anda merasakan anda berada dalam keadaan paling subur. Lebih daripada itu akan mengurangkan kiraan sperma pasangan anda. Kurang daripada itu akan menyebabkan anda terlepas waktu kritikal kesuburan.

#3 Beralih Kepada Produk Menarik

‘Douching’ atau pembersihan vagina mungkin menjadi kelaziman sebagai langkah seterusnya dalam rutin untuk hamil. Ia sama sekali bukanlah idea yang bagus. Membersihkan vagina boleh bertindak seperti spermisid, mengubah PH vagina anda.

“Ini mampu mengurangkan kesuburan,” kata Dr. Curtis. Begitu juga pelincir peribadi, kebanyakannya produk yang ada menunjukkan bukan saja akan mengurangkan kiraan sperma, juga akan menjejaskan pergerakannya.

#4 Menyalahkan Diri Sendiri

Bila kita bercakap tentang ketidaksuburan, kita biasanya bermula dengan bertanya jika keadaan wanita tersebut menjadi isu dalam hal ini. Dr. Curtis berkata, kes-kes ketidaksuburan biasanya adalah 40 peratus berkaitan dengan lelaki, 40 peratus berkaitan wanita, dan 20 peratus kombinasi kedua-duanya.

“Kerap kali, bakal ibu bergegas untuk menemui doktor pada saat pertama lewat hamil. Ini adalah salah.

Dan ingatlah: Ia selalunya mengambil 6 bulan dan 1 tahun untuk pasangan yang sihat untuk hamil.”

#5 Bergantung Kepada Kiraan “Betul”

Tidakkah anda terfikir anda memerlukan sijil dalam matematik untuk mengandung?

“Tidak memahami masa ovulasi adalah kesilapan popular,” kata Dr. Curtis.

Bagi kebanyakan wanita, ovulasi berlaku pada kitaran pertengahan, tetapi itu turut mengandaikan kitaran 28 sehingga 32 hari. “Kebanyakan wanita mengalami ovulasi 14 hari sebelum permulaan haid mereka,” kata beliau.

“Jadi, sebagai contoh, jika anda mempunyai kitaran 24 hari, ovulasi adalah dalam lingkungan hari ke-sepuluh.”

Semua maklumat ini akan mengelirukan jika anda mengalami haid yang tidak menentu atau tidak ingat bila kali terakhir anda mengalami haid.

Kesilapan biasa yang lain? Tidak mengira dari permulaan hari pertama kitaran anda. “Hari pertama adalah hari pertama keluar darah haid, bukan sehari selepas atau sebelum hari itu,” kata Dr. Curtis. Ini kerana kesuburan boleh secara literal akan menurun dalam masa beberapa jam, ia amat penting untuk mengetahui masa kitaran yang tepat.

Dr. Curtis mencadangkan supaya menggunakan kit ramalan ovulasi. Mempunyai kalendar yang menjejaki kitaran haid anda juga akan sangat membantu. Begitu juga dengan menggunakan ramalan ovulasi secara dalam talian atau aplikasi telefon bimbit.

#6 Cuba Untuk Kekal Mengikut Jadual

Sebanyak mana kita telah mencuba, kehamilan tidak boleh dirancang. Menurut Dr. Curtis, secara puratanya, yang normal, pasangan sihat akan mengambil kira-kira setahun untuk hamil.

“Ramai wanita mengambil kira-kira 6 bulan atau lebih hanya untuk mempunyai kitaran haid yang biasa atau anda tidak akan pasti jika anda sedang berovulasi, (atau jika anda mempunyai soalan-soalan tentang kesuburan). Oleh itu ia adalah idea yang bagus untuk mendapatkan nasihat doktor.”

#7 Cepat Bangun

Tiada siapa yang tahu mengapa, tetapi ada banyak anekdot dan maklumat sains untuk menyokong fakta iaitu selepas persetubuhan, adalah amat membantu jika anda kekal baring di atas katil dengan pinggul menaik untuk kira-kira 20 hingga 30 minit.

Dalam erti kata lain, selepas sibuk, Dr. Curtis menasihatkan, “Jangan melompat atau berlari ke dalam bilik air atau mencuci vagina!” Hanya dengan melakukan itu saja akan mengubah dan boleh menyelesaikan sehingga 80 peratus masalah kesuburan.

Oleh itu, sebanyak mana anda ingin menari gembira kerana memikirkan anda sudah pun ‘mencipta’ bayi, sekurang-kurangnya bertahanlah untuk sementara waktu.

#8 Abaikan Kebimbangan Gila Anda

Mungkin anda selalu mempunyai haid yang tidak menentu dan bimbang anda akan mempunyai masalah untuk hamil. Atau mungkin anda mempunyai diabetes dan mahu memastikan ia terkawal sebelum mencuba untuk hamil. Mendapatkan khidmat professional bukanlah neurotik atau gila – ia bijak!

Ini adalah situasi di mana anda tidak harus mengabaikan perasaan bimbang yang banyak, kata Dr. Curtis. Sebaliknya, dapatkan khidmat doktor atau konsultan kesuburan secepat mungkin untuk membuat perancangan. Dengan cara itu, jika ia mengambil masa yang panjang sedikit untuk anda hamil, anda sudah pun mengetahui bagaimana untuk menguruskan perkara-perkara tertentu.

Dan, jika anda melakukannya, anda akan mendapati akan membaca tanda “campur” lebih cepat daripada yang anda fikirkan, anda sudah bersedia untuk diawasi oleh seorang doktor dan bertindak dengan sihat.

#9 Bersukaria Sebelum Hamil

Dr. Curtis berkata, “Mengapa minum minuman yang memabukkan, merokok, alkohol, mengambil dadah jika anda tahu ia boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan?”

Beliau memberi amaran kepada pesakit-pesakitnya bahawa bahagian awal semasa hamil adalah paling kritikal dalam perkembangan fetus.

“Tiada jumlah alkohol yang selamat semasa hamil, dan kita tahu merokok itu merbahaya.

Nasihat saya adalah, jika anda tidak menggunakan perlindungan,tetapi mengambil dadah, alkohol dan rokok, bertindaklah seperti anda sudah pun hamil.”

Semoga 9 tips yang dikongsi membantu pembaca sekalian untuk hamil.

 

Artikel Menarik Lain

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.