Pernah tak sesiapa yang mencuba tips kecantikan tradisional lama-lama? Dikatakan bahawa petua orang-orang lama ni sangat berkesan. Ini disebabkan faktor pemakanan dan persekitaran yang jauh lebih baik dari zaman moden ini.
Wanita dan kecantikan seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Aspek kecantikan menjadi keutamaan walau dalam apa zaman sekalipun. Lihat saja kulit wajah dan tubuh orang-orang tua kita. Mereka mempunyai kulit yang mulus dan kebanyakannya bertubuh langsing.
Apakah sebabnya? Pada zaman itu, tentunya belum wujud lagi pelbagai produk wajah seperti toner, serum, mask dan sebagainya. Pencuci wajah pun pastinya yang jenis biasa-biasa saja. Tidak dikhususkan untuk masalah kulit tertentu seperti sekarang.
Tidak dinafikan sebab utamanya ialah faktor pemakanan dan persekitaran. Pada waktu itu, kebanyakan orang tidak mampu membeli makanan yang mahal-mahal. Ayam atau daging pun pastinya hanya beberapa kali sebulan.
Mereka lebih banyak makan sumber protein daripada ikan dan sayur-sayuran kampung. Malahan, ulam-ulaman menjadi kemestian dalam hidangan. Begitu juga dengan keadaan pada waktu itu tiada sebarang pencemaran. Udara lebih segar dan bersih.
Justeru, dalam artikel ini penulis akan kongsikan beberapa tips kecantikan tradisional. Pastinya ia berkaitan dengan petua orang-orang lama yang berkesan. Jom baca!
Tanpa perlu buat suntikan botoks atau vitamin C, kulit wanita pada zaman dahulu tetap tegang dan awet mudah. Apakah rahsianya?
Rahsianya ialah menggunakan air kelapa. Caranya ialah selepas mencuci muka dengan bersih, sapukan air kelapa di keseluruhan wajah. Biarkan ia kering sebelum dibilas.
Jangan dibuang air basuhan beras. Ia sangat berkesan untuk menaikkan seri wajah. Caranya ialah simpan air basuhan beras yang ketiga. Biarkan mendapan kanji pada dasar bekas.
Buang airnya dan gunakan mendapan kanji itu untuk menyapu pada wajah. Biarkan ia kering. Mask tradisional ini sangat bagus untuk kulit. Buat petua ini seminggu 3 kali.
Wajah yang mempunyai jerawat dan parut pastinya membuat kita kurang keyakinan apabila berjumpa dengan orang. Jangan risau, anda boleh mencuba tips kecantikan tradisional yang berkesan ini.
Caranya ialah ambil sedikit madu asli dan sapukan pada bahagian yang mempunyai parut dan jerawat. Madu berfungsi sebagai antibakteria yang mampu mengecutkan jerawat. Ia juga mampu menghilangkan kesan gelap akibat parut.
Cuba pergi ke dapur. Pasti anda akan terjumpa beras pulut. Tahukah anda bahawa orang-orang dulu menggunakan beras pulut untuk membersihkan wajah?
Beras pulut sangat berkesan untuk membuang kotoran seperti minyak, peluh dan debu. Malahan, ia dapat menanggalkan sel kulit mati. Caranya ialah kisar atau tumbuk beras pulut agak halus. Kemudian, gosok pada muka dengan lembut. Buat seminggu sekali.
Air mawar sering digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma hidangan. Selain itu, ia juga bagus untuk tujuan kecantikan. Sebagai ganti toner, semburkan air mawar pada wajah setiap hari pada waktu pagi dan malam.
Air mawar yang kaya dengan vitamin A, C dan E mampu membuat kulit wajah jadi mulus. Malahan, air mawar mampu mengecilkan pori-pori di wajah.
Wanita India sering menggunakan serbuk kunyit untuk mengecutkan jerawat dan mencerahkan kulit. Begitu juga dengan orang-orang tua kita dulu. Serbuk kunyit kaya dengan nutrien yang sangat baik untuk kulit.
Pastikan anda mendapatkan serbuk kunyit khas untuk kulit di kedai dan bukannya bukan serbuk kunyit masakan. Jika susah untuk mendapatkannya, boleh saja menggunakan kunyit hidup.
Caranya ialah ambil sedikit serbuk kunyit dan dicampurkan dengan air suam. Sapukan pada wajah dan juga di bahagian tubuh yang lain. Kemudian, jangan lupa cuci bersih-bersih.
Pada zaman dulu, tiada sebarang krim atau mask untuk bawah mata. Jadi, bagaimana orang-orang dulu menjaga kecantikan mata? Caranya ialah menggunakan timun yang dihiris. Kemudian, letakkan di bawah mata.
Kulit wajah yang mulus dan sihat pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Anda boleh cuba selang-selikan tips kecantikan tradisional ini dengan rutin biasa anda.
Caranya ialah ambil sedikit daun pokok pegaga. Setelah dibasuh bersih-bersih, tumbuk untuk mengeluarkan jusnya. Sapukan pada wajah dan biarkan hingga kering. Selain itu, daun pokok pegaga juga boleh dijadikan ulaman. Akarnya juga boleh direbus dan dijadikan minuman.
Wanita sangat mementingkan kesihatan bahagian keintiman mereka. Tidak kiralah anak dara atau juga yang sudah beranak-pinak. Salah satu cara yang sering dilakukan oleh orang-orang dulu ialah menggunakan daun sirih.
Daun sirih digunakan sebagai pencuci bahagian keintiman wanita yang paling popular. Caranya ialah rebus beberapa helai daun sirih. Kemudian, minum air rebusan setiap hari.
Selain menjaga kecantikan wajah, orang-orang dulu juga amat mementingkan kelangsingan tubuh. Buktinya, dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kebanyakan pelakon wanitanya berpinggang kerengga.
Pada zaman itu, cukup susah untuk mendapat ayam dan daging. Oleh itu, itu ikan dan sayur menjadi hidangan wajib. Kebanyakan sayur hanya dimakan secara ulaman saja. Antaranya ialah peria katak, terung bulat, daun ulam raja, pegaga, daun betik, pucuk ubi dan sebagainya.
Jadi, tidak hairanlah mereka lebih sihat dan mempunyai potongan badan yang ideal. Cara memasak juga lebih kepada merebus, mencelur dan membakar. Berbanding zaman sekarang yang terlalu banyak makanan proses dan segera.
Rambut merupakan mahkota wanita yang mencantikkan lagi penampilan. Pada zaman dulu, kebanyakan wanita menggunakan minyak kelapa untuk mencantikkan rambut.
Caranya ialah ambil sedikit biji betik yang dikeringkan. Setelah ditumbuk halus, campurkan ke dalam botol yang berisi minyak kelapa. Sapukan pada rambut sebelum mandi. Hasilnya rambut akan menjadi lebih sihat, hitam dan lebat.
Hendakkan bibir merah bak buah delima? Cukup mudah caranya. Ambil sedikit madu asli yang dicampurkan dengan sedikit susu. Sapukan pada bibir setiap malam sehingga nampak kesannya.
Bibir yang kering dan gelap akan lebih merah. Malahan, bibir juga akan nampak lembap dan sihat. Cubalah!
Anda juga boleh menambah pengetahuan tentang pelbagai topik petua kecantikan di petua orang tua tentang kecantikan dan petua kecantikan. Semoga bermanfaat.