Apakah tips dapat anak perempuan secara semula jadi yang boleh kita dan pasangan amalkan?

Mungkin ramai pasangan yang masih ternanti-nanti kehadiran zuriat perempuan dalam rumah tangga mereka.

Justeru, di sini kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips dapat anak perempuan yang paling banyak orang buat dan berkesan.

1. Tahu kitaran haid setiap bulan dan waktu subur

Setiap wanita mempunyai peluang yang berbeza-beza untuk hamil. Namun begitu, memahami proses kehamilan dari awal mungkin boleh membantu ramai wanita merancang dan mengenal potensi mahupun masalah diri.

Yang mana perkara utama perlu kita sebagai kaum wanita tahu adalah waktu subur yang sesuai untuk melakukan hubungan intim.

Hal ini kerana, mereka yang berhubungan intim ketika ovulasi atau dua hari sebelumnya dapat meningkatkan peluang hamil sebanyak 30%.

Waktu subur boleh dikira seperti yang berikut:

  • Jika haid anda datang pada 1 haribulan, maka tarikh subur anda akan jatuh pada 14 haribulan.
  • Jika haid anda datang pada 28 haribulan ( campurkan 13 hari lagi ) Ini bererti Hari Subur anda adalah jatuh pada 11 haribulan.
  • Jika haid anda datang pada 5 haribulan ( campur 13 hari lagi ), maka Hari Subur anda jatuh pada 18 haribulan. 

2. Ubah diet pemakanan

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan peluang anda mengandung baby girl.

Hal ini terbukti bagi mereka yang percaya dan mengamalkan diet vegetarian. Pengambilan sayur-sayuran seperti bayam, kekacang dan brokoli yang konsisten memberi peluang yang tinggi untuk mendapatkan bayi perempuan.

Anda juga disarankan untuk memilih makanan tinggi kalsium dan magnesium.

3. Kaedah Shettles

Kaedah Shettles adalah salah satu kaedah yang digunakan secara meluaskan untuk menentukan jantina anak.

Terdapat beribu-ribu pasangan di Amerika Syarikat dan di tempat lain telah bersungguh-sungguh mencuba Kaedah Shettles untuk pemilihan jantina bayi.

Bagi pasangan yang ingin mempunyai anak perempuan, mengikut Kaedah Shettles, pasangan itu harus membuat hubungan seks di mana-mana 2-5 hari sebelum wanita itu berovulasi.

4. Menggunakan teknologi tinggi

tips dapat anak perempuan

Antara tips lain untuk dapat anak perempuan adalah menggunakan teknologi tinggi.

Dua pilihan berteknologi tinggi untuk mengandung seorang anak perempuan termasuk seperti:

  • IVF dengan PGT (ujian genetik praimplantasi). Embrio yang dicipta melalui IVF boleh diuji secara genetik. Ini biasanya dilakukan untuk memeriksa keabnormalan kromosom tetapi juga boleh memberikan maklumat tentang jantina mereka.
  • Pengisihan sperma. Ini kurang invasif daripada IVF dengan PGT dan boleh dilakukan sebelum inseminasi intrauterin (IUI). Ia lebih berkemungkinan menghasilkan jantina yang diingini, berbanding dengan konsep semula jadi, tetapi kurang berkemungkinan daripada PGT.

Kedua-dua kaedah di atas agak invasif, selalunya mahal, dan tidak tersedia di mana-mana. 

Ia biasanya digunakan hanya oleh pasangan yang sudah memerlukan bantuan pembiakan berteknologi tinggi.

5. Kedudukan seks

Ketika anda melakukan hubungan intim, cuba posisi yang memerlukan “shallow penetration” iaitu mengehadkan kedalaman penembusan.

Sel sperma lelaki berenang sangat pantas untuk tempoh yang singkat sebelum letih.

Dengan menghalang penembusan dalam, anda mungkin menghalang sperma lelaki daripada mencapai dan menyuburkan telur.

Ini secara tidak langsung, akan memberi lebih rendah peluang agar sperma tersebut melekat dengan mudah pada telur.

6. Kurangkan makan garam

Tips dapat anak perempuan dari segi pemakanan adalah dengan mengamalkan diet rendah garam.

Kajian menunjukkan bahawa diet tinggit natrium dan kalian lebih digemari sel sperma lelaki.

Dalam masa yang sama, elakkan juga dari makan daging masin, buah zaitun, keju biru, dan makanan yang diproses.

7. Lebih banyak “bersama”

Daripada mengehadkan kehidupan seks anda pada masa tertentu, anda harus menyasarkan untuk melakukan lebih banyak seks apabila anda mencuba untuk seorang gadis. 

Pada hari-hari menjelang masa ovulasi anda, anda harus melakukan seks sebanyak mungkin.

Ini akan mengurangkan kiraan sperma pasangan anda, dan bermakna terdapat kurang sperma lelaki yang berenang pantas untuk menyertai perlumbaan untuk persenyawaan.

8. Makan makanan yang berasid

tips dapat anak perempuan

Satu lagi petua berkaitan makanan ialah makan makanan berasid pada hari-hari menjelang ovulasi.

Sel sperma lelaki tidak mampu bertahan dalam persekitaran berasid. Bukti menunjukkan makan makanan berasid boleh mengubah pH faraj anda.

Selain dari tips dapat anak perempuan ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:

Sumber:

  1. Sex Positions When Trying For a Baby Girl: What Does The Science Say? Flo. Health
  2. How To Conceive A Girl | 9 Unique Tips To Have A Baby Girl. Belly Belly

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.