Ada sesiapa yang sedang merancang untuk pergi ke Tokyo, Jepun? Anda teringin ke sana pada musim bunga sakura? Atau musim sejuk? Musim mana pun pilihan anda, jom kami kongsikan 14 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Telegraph

1. Tokyo Disneyland dan Disneysea

Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Tokyodisneylandresort

2. Gunung Fuji

Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 meter (12,389 kaki). Gunung Fuji amat terkenal di seluruh dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk kon. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Kapanlagi

3. Harajuku dan Omotesando

Harajuku merupakan pusat peragaan fasyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya.

Omotesando pula merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk senibina banggunan yang unik dan menakjubkan.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Travel-advisor

4. Shinjuku Gyoen National Garden

Shinjuku Gyoen National Park adalah di antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Travelguide

5. Sensoji Temple dan Nakasime Street

Sensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu pagar utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Mystays

6. Meiji Shrine

Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah di antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Oldtokyo

7. Shibuya

Shibuya adalah di antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Fastjapan

8. Yoyogi Park

Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Tokyocheapo

9. Tokyo Skytree

Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Klook

10. Akihabara

Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Cnet

11. Shinjuku

Shinjuku merupakan di antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat membeli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Walkwithcham

12. Odaiba

Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat membeli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: gettyimages

13. Ueno

Di Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Bagi individu yang gemar akan sejarah, budaya dan kesenian, Ueno adalah tempat yang wajib anda lawati. Selain itu, di Ueno juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Japan-guide

14. Roppongi

Roppong merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.

tempat menarik di tokyo

Sumber Gambar: Tokyocheapo

Itulah dia 14 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati. Selamat bercuti!

Artikel Tempat Menarik Lain

Bagaimana artikel ini? Anda suka tempat menarik di Jakarta yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.