Anda merancang untuk bercuti ke Kuantan? Tercari-cari destinasi menarik di sana? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Kuantan yang wajib anda lawati jika pergi ke Pahang.
Muzium ini dibina untuk menyimpan khazanah bernilai negara berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah. Lokasi muzium ini merupakan bekas tapak perlombongan bijih timah yang paling dalam dan antara yang terbesar di dunia pada satu ketika dahulu.
Tempat bersejarah ini telah diuruskan oleh Jabatan Muzium dan telah dibuka untuk kunjungan para pelancong bagi memperkenalkan peralatan melombong bijih timah dan pakaian yang digunakan oleh pekerja lombong dahulu.
Di samping itu, reka bentuk muzium berserta perabot dan hiasan dalamannya dibina berilhamkan zaman kolonial atau era penjajahan Inggeris dahulu. Dengan keluasan 5.51 hektar, muzium ini turut mempunyai terowong atau lombong bawah tanah akan tetapi ia tidak dibuka kepada pengunjung biasa disebabkan faktor keselamatan.
Kepada pengunjung yang berminat untuk melihat dan mengetahui lebih mendalam tentang sejarah perlombongan bijih timah negara kita bolehlah berkunjung ke Muzium Sungai Lembing ini.
Waktu operasi: Jumaat – Ahad (9.00am – 5.00pm)
Lokasi: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing
Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pengunjung yang berasal dari negeri Pahang sendiri. Pantai Teluk Cempedak cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian.
Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.
Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Pantai Teluk Cempedak juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, hotel, restoran, gerai akan memudahkan pengunjung.
Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.
Sebuah lagi lokasi menarik yang perlu dikunjungi iaitu Petrosains Smart Kuantan pastinya akan memberi keceriaan kepada anak-anak semasa bercuti. Kanak-kanak akan terhibur dengan permainan yang tersedia di Petrosains Smart seperti trek kereta, ruang main bola, pertandingan mewarna, pertandingan menampal, dan banyak lagi.
Pusat sains mini ini memberi peluang kepada pengunjung cilik untuk menerokai dunia sains yang hebat melalui pembelajaran yang sangat menyeronokkan tanpa membuat mereka merasa terbeban atau bosan. Selain itu, kanak-kanak akan menimba ilmu baru berkaitan dunia sains berkaitan dengan kehidupan mereka.
Justeru, pengunjung tidak perlu melepaskan peluang untuk datang bersama anak-anak kerana masuk ke Petrosains Smart Kuantan ini adalah percuma dan tempat ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Isnin dan Cuti Umum: Tutup
Lokasi: Petrosains Playsmart Kuantan, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan
Bukit Gambang Waterpark merupakan taman tema yang paling menarik di Kuantan yang terletak hanya 40 kilometer dari pusat bandar dan ia bakal menjanjikan keseronokan yang terbaik untuk pengunjung. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.
Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini.
Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.30am-6.30pm) | Jumaat – Ahad (9.30am – 6.30pm) | Selasa: Tutup
Bayaran Masuk: Dewasa (RM19.90) | Kanak-kanak (RM12.90)
Lokasi: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang
Pantai Sepat lebih dikenali dengan nama Tanjung Sepat oleh penduduk sekitarnya merupakan perkampungan Melayu nelayan popular di Kuantan. Pantai ini terletak lebih kurang 10 kilometer dari bandar Kuantan dan selatan bandar Pekan pasti memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di perkampungan nelayan.
Keindahan panorama yang dihiasi pokok-pokok pastinya sesuai untuk melakukan aktiviti fotografi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti seperti bermain layang-layang, memancing dan menjala ikan ketika berada di Pantai Sepat. Lokasi ini turut menawarkan perkhidmatan menunggang kuda kepada pengunjung yang ingin bersiar-siar di tepi pantai.
Lokasi: East Coast Mall, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan
Pantai Balok merupakan salah satu lokasi menarik yang terdapat di Kuantan, Pahang. Terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar, pasti akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini. Pantai Balok yang diketahui umun mempunyai pemandangan indah akan menimbulkan rasa keterujaan di kalangan pengunjung. Walaupun lokasi ini bukan merupakan pantai peranginan tetapi ia cukup dikenali dengan aktiviti windsurfing.
Pertandingan windsurfing juga sering diadakan di Pantai Balok disebabkan faktor angin dan arus pantainya yang sangat sesuai untuk aktiviti ini. Di samping itu, Pantai Balok juga merupakan lokasi menarik kepada pengunjung yang meminati aktiviti perkhemahan.
Kemudahan tapak perkhemahan disediakan kepada pengunjung yang ingin melakukan aktiviti perkhemahan ini turut mempunyai ciri keselamatan apabila lokasinya sentiasa dikawal selia oleh pihak pengurusan pantai bagi menggelakkan sebarang bahaya.
Selain, menjadi lokasi tarikan penggemar aktiviti windsurfing, pantai ini turut menawarkan kemudahan gerai makanan yang menyediakan pelbagai sajian berasaskan makanan laut. Di samping itu, pengunjung juga tidak perlu risau dengan tempat penginapan kerana
Pantai Balok ini juga berdekatan dengan hotel dan resort yang pastinya memberikan keselesaan. Oleh itu, pengunjung tidak perlu melepaskan peluang untuk datang ke Pantai Balok kerana lokasi ini menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung dengan pantai lain di sekitar Kuantan, Pahang.
Jaman Tory atau lebih mudah difahami sebagai “zaman tori” merupakan pengenalan yang merujuk kepada zaman dahulu dan pastinya masakkan yang dihidangkan di restoran ini merupakan makanan masyarakat tradisional. Oleh itu, kepada pengunjung yang menggemari masakan tradisional boleh singgah ke restoran ini yang terletak di bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Masakan seperti ikan patin bakar tempoyak, daging salai, ulam-ulaman, ayam kampung, masakan tradisi negeri Pahang dan banyak lagi yang boleh dirasai apabila berkunjung ke restoran ini. Di samping itu, pengunjung tidak perlu risau dengan keselesaan ketika berada di restoran ini kerana kemudahan dan kebersihan amat dititik beratkan oleh pemiliknya.
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (4.30pm-12.20am)
Lokasi: Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan
Pantai Cherating terletak di sempadan negeri Pahang dan Terengganu merupakan satu lagi lokasi menarik yang boleh dilawati ketika bercuti di daerah Kuantan. Pantai Cherating merupakan destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi percutian keluarga. Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan perkhidmatan penginapan kepada pengunjung dan pastinya memberi keselesaaan ketika percutian di Kuantan.
Pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti sukan pantai, luncur air, banana boat, memancing, berkayak dan banyak lagi.
Pengunjung yang berada di Pantai Cherating ini juga boleh merancang untuk melawat ke negeri Terengganu kerana lokasinya yang hampir dengan negeri tersebut membolehkan pengunjung melakukan beberapa aktiviti menarik di sekitar Kemaman.
Aktiviti tersebut seperti melihat kelip-kelip, Trip Snorkeling ke Pulau Ular, ATV Ride, Cherating Mangrove River Cruise, mencanting batik di Limbong Art dan banyak lagi. Oleh itu, percutian ke Pantai Cherating semestinya tidak akan menghampakan pengunjung dan pastinya akan merakam kenangan indah bersama keluarga.
Masjid Sultan Ahmad Shah yang tersergam indah di tengah-tengah Bandar Kuantan ini telah direka dengan batu marmar khas yang bersinar cantik apabila terkena pantulan cahaya matahari dan pasti akan memukau pandangan mata uang melihatnya.
Masjid ini merupakan salah satu masjid negeri yang terletak di tengah pusat bandar berhampiran dengan padang Majlis Perbandaran Kuantan. Keluasan masjid Sultan Ahmad Shah ini mampu menampung kira-kira 10,000 orang jemaah dalam satu-satu masa, menjadikan masjid ini yang terbesar di negeri Pahang.
Di samping itu, menara masjid ini yang berukuran 180 kaki menjadikan ianya antara masjid yang terkenal di negeri Pahang.
Diketahui bahawa, nama masjid ini diambil bersempena nama pemerintah Pahang yang pertama iaitu Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.
Reka bentuk dalaman dan hiasan masjid yang bercirikan seni bina zaman Uthmaniah ini menjadikannya sebuah masjid yang sangat indah dan menarik dengan seni ukiran khat di sekitar dinding masjid telah menambahkan lagi keistimewaannya.
Pada bulan Ramadan pula, masjid ini bertambah meriah kerana padang MPK bersebelahan dengannya akan menjadi tumpuan seluruh pengunjung untuk berbuka puasa secara beramai-ramai.
Lokasi: Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan
Tempat menarik yang seterusnya ialah Bukit Gambang Resort City. Tempat ini juga telah mendapat tarikan daripada pelancong yang sering berkunjung atau datang bercuti ke Kuantan. Di sini anda semua dapat mencuba pelbagai aktiviti menarik dan seronok bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubnungan silaturahim antara satu sama lain. Tidak ketinggalan juga, dapat menghilangkan segala tekanan yang sering bermain dalam fikiran.
Tempat menarik yang seterusnya ialah Mangala Resort & Spa. Apabila anda datang bercuti di Kuantan, Anda jangan lupa untuk datang ke sini kerana ia menyediakan pakej penginapan yang begitu terbaik untuk anda semua. Selain daripada itu dapat melihat pemandangan begitu cantik dan menarik sekali apabila bangun tidur. Jangan lepaskan peluang keemasan ini pada hujung minggu.
Santuari Penyu Cherating merupakan tempat menarik untuk dikunjungi oleh masyarakat atau pelancong apabila datang ke Kuantan, Pahang. Anda akan melihat pelbagai spesies penyu serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Wah seronoknya, bercuti sambil menambahkan ilmu pengetahuan. Jangan lepaskan peluang ini.Selain itu, di sini juga terdapat galeri pameran yang sangat informatif tentang dunia penyu untuk tatapan pengunjung.
Tempat menarik di Kuantan ialah taman gelora. Taman Gelora ini merupakan satu tempat popular dalam kalangan masyarakat apabila datang bercuti di Kuantan. Tempat ini juga dapat dijadikan sebagai satu tempat untuk bergambar kerana tempatnya dikelilingi dengan flora& fauna sekali gus dapat memberikan ketenangan dalam jiwa dan fikiran masing-masing.
Akhir sekali, tempat menarik di Kuantan ialah Kuantan River Cruise. Tempat ini amat popular dalam kalangan masyarakat atau pelancong. Selain daripada itu, dapat menyelusuri Sungai Kuantan dengan bot di sini bukannya seperti di Melaka kerana Sungai Kuantan ini sangat besar & berdekatan dengan hutan paya laut. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk pengunjung menerokai Sungai Kuantan di sini yang mana setiap pakejnya mempunyai harga trip yang berbeza.
Itulah dia 15 tempat menarik di Kuantan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga membantu anda merancang perjalanan bila ke sana nanti. Jemput juga baca tempat menarik di Tanjung Malim dan tempat menarik di Cherating
Sumber: Maisinggah