Bila sebut Cherating, pasti anda terbayangkan pantai yang putih bersih dan air laut yang membiru. Anda belum pernah sampai ke sana? Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Cherating yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Booking.com

1. Pantai Cherating

Inil adalah destinasi paling terkenal di Cherating. Berdekatan dengan pantai ini terdapat banyak chalet-chalet best untuk anda pilih. Ada banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di sini. Nak belajar surfing? Berkayak? Semuanya boleh diatur di sini.

Alamat: Pantai Cherating, 26080, Pahang

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Caridestinasi

2. Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay

Satu lagi tempat menarik di sekitar Cherating adalah Pantai Teluk Mak Nik. Walaupun pantai ini terletak di negeri Terengganu, ia cuma memakan masa selama 14 minit sahaja dari Cherating.

Dah alang-alang anda berada di Cherating, singgahlah ke Pantai Teluk Mak Nik. Pemandangannya cukup menarik. Anda boleh lihat bukit bukau di sebelah kanan pantai dan inilah yang membezakannya dengan pantai lain. Kalau nak tahu, tempat ini juga dipanggil Monica Bay.

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Youtube

3. Club Med Cherating

Terletak di pesisir Laut China Selatan dan dikelilingi hutan hijau adalah tempat penginapan yang bernama Club Med Cherating. Atmosfera resort tepi pantai ini cukup menyegarkan, jauh dari sebarang pencemaran atau keriuhan kota.

Banyak aaktiviti yang ditawarkan di resort ini. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menyertai kelas memanah, melakukan aktiviti lasak treetop adventure, rock climbing, belajar berlayar, yoga, berkayak dan banyak lagi.

Alamat: Batu 29 miles Jalan Kuantan, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Denai

4. Pulau Ular

Nak rasai pengalaman bersnorkelling? Anda boleh pergi ke Pulau Ular. Pastikan anda bertolak awal sebelum pukul 12 tengahari, kerana selepas sahaja pukul 12, ombak mula bergelora, terpaksalah anda lupakan niat snorkelling  di sini. Perjalanan menaiki bot memakan masa sekitar 35 minit.

Pemandangan bawah air di sini sangat jernih. Hidupan lautnya pasti membuatkan anda terpesona. Buat kaki pancing, jangan lupa bawa joran.

Alamat: Pulau Ular, Cherating, Kuantan

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Munziralawi

5. Limbong Art

Limbong Art adalah tempat untuk mengenali batik dan mempelajari proses penghasilan batik. Anda sekeluarga berpeluang mencanting batik sendiri.  Anda boleh beli kain kosong yang ada di sini. Ada dalam bermacam saiz, pilih saiz yang anda berkenan.

Sekiranya anda nak mencanting puas-puas, belilah yang besar sikit. Batik hasil cantingan anda boleh dibawa pulang sebagai kenangan  atau hiasan rumah. Selain daripada batik, anda boleh juga membeli pelbagai lagi produk kraftangan lain yang dijual di sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Alamat: Kampung Cherating Lama, 26080 Balok, Pahang

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Anniebirdcakes

6. Kelip-kelip Sungai Yah Yah

Teringin nak tengok kelip-kelip? Anda boleh sewa bot yang terdapat di jeti Sungai YahYah. Waktu terbaik untuk melihat cahaya kelip-kelip ini adalah dari bulan Julai hingga Oktober kerana pada waktu ini kelip-kelip membiak dengan banyak sekali. Bayangkanlah pemandangannya pada waktu ini, satu keindahan yang sukar untuk dilupakan. Bukan selalu dapat naik bot, dikelilingi gemerlapan cahaya kelip-kelip pula tu, macam di alam fantasi!

Alamat: Sungai Yah Yah

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Kualasepetang

7. Kelip-kelip Sungai Cherating

Selain Sungai Yah Yah, untuk melihat gemerlapan cahaya kelip-kelip, anda juga boleh singgah ke Sungai Cherating. Apa salahnya pergi ke dua-dua tempat kan, dapatlah anda sekeluarga menikmati ‘pelayaran’ magikal di malam hari bukan sekali tapi dua kali. Untuk menikmati keindahan cahaya semula jadi di Sungai Cherating ini, anda boleh mendapatkan pakej ini dari banyak hotel berdekatan.

Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Naeltrg

8. Mangrove Tour

Pada waktu malam, Sungai Cherating terkenal dengan aktiviti melihat cahaya indah kelip-kelip, tapi pada waktu siang pula anda dapat boleh melihat keindahan kawasan bakau sungai ini dengan lebih jelas. Keindahan hidupan liar dan pokok-pokok paya bakau di sini sangat mengujakan.

Satu pengalaman yang sangat berharga untuk anda sekeluarga nikmati. Kalau anda tertarik untuk melihat keindahan alam semula jadi ini, anda boleh sertai pelayaran dengan bot di bawah Hafiz River Mangrove Cruise. Setiap saat anda di atas bot ini pasti tidak dapat dilupakan.

Waktu Lawatan (Hafiz River Mangrove Cruise): Mangrove Cruise Pertama (9.00am) | Kedua (4.00pm) | Durasi 1 1/2 Jam

Bayaran (Hafiz River Mangrove Cruise): Dewasa RM35 | Kanak-kanak Bawah 11 Tahun RM25

Alamat: Sungai Cherating, Balok, Pahang

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Hafizcheratingactivities

9. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Bagi anda yang bercuti ke Cherating dengan kanak-kanak, jangan lupa untuk ke Santuari Penyu Cherating untuk melihat penyu. Info berkaitan haiwan ini boleh didapati di galeri penerangan. Di bahagian luar bangunan santuari ini pula anda boleh mendekati penyu-penyu ini yang diletakkan di dalam kolam. Paling best kalau anda datang ke sini pada waktu anak-anak penyu baru menetas.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.30am – 4.30pm)

Bayaran: Percuma

Alamat: KM 45, Jalan Kuantan – Kemaman, 26080 Kuantan

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Santuaripenyucherating

10. Warung Awang Ikan Bakar (WAIB)

Warung Awang Ikan Bakar ni sangat senang nak jumpa sebab lokasinya terletak betul-betul di tepi jalan utama Cherating-Kemaman. Dari jauh dah boleh nampak. Makanannya sangat sedap. Kalau anda pergi ke Cherating, jangan lupa singgah makan di sini.

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: David-healed

11. Warung Otak-otak Che Wan

Terletak 10 km dari Cherating, warung yang terletak di bandar Kemaman ini menjual makanan tradisi iaitu satar. Ia adalah campuran isi ikan dan ramuan lain yang dibungkus dalam daun pisang berbentuk segitiga yang dibakar di atas bara api. Aromanya sangat harum dan rasanya semestinyalah lazat!

Begitu juga dengan otak-otak isi ikan di sini. Berbeza dengan otak-otak di tempat lain yang isi ikannya telah dihancurkan. Selain satar dan otak-otak, warung ini juga menjual pulut panggang, keropok lekor, keropok, mee chalong, nasi air serta menu lain.

Kami kerap singgah di warung ini membeli satar, otak-otak, pulut panggang dan keropok lekor untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

tempat menarik di cherating

Sumber Gambar: Thenijanija

Itulah dia 11 tempat menarik di Cherating yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Best kan? Jom kita bercuti ke Cherating! Jemput juga baca artikel kami tentang tempat menarik di Pahang, tempat menarik di Kemaman dan tempat menarik di Pulau Perhentian.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.