Bila sebut Bangi, apa yang anda fikirkan? Ada banyak ke tempat menarik di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Bangi yang pasti membuatkan anda terkejut.
Taman tasik ini dinamakan sebagai Taman Tasik Cempaka kerana banyak pokok Cempakma yang ditanam di sini. Taman tasik yang terletak di tengah-tengah Bandar Baru Bangi merupakan taman yang luas dan terdiri dari beberapa buah padang dan sebuah tasik yang besar.
Ia menjadi tempat kegemaran penduduk Bandar Baru Bangi untuk bersantai-santai, bersukan dan berjogging. Taman tasik ini mempunyai trek jogging sepanjang 3km dan banyak pondok rehat untuk pengunjung bersantai dan berehat. Terdapat juga taman permainan serta beberapa peralatan atau kemudahan untuk bersenam.
Syurga dunia untuk peminat fesyen. Di sinilah tempatnya kalau anda mencari baju, skirt, jubah, blouse, shawl, akserori wanita. Bangi Central menjadi tumpuan pada setiap hujung minggu terutamanya pada musim perayaan. Bermacam-macam butik terkenal ada di sini. Siapa peminat fesyen dan busana muslimah pasti mengenali Leyana Rahman, Minaz, Elrah, Bella Ammara dan lain-lain.
Selain Sunway Lagoon dan A Famosa Water Theme Park, terdapat satu lagi taman tema air yang popular di Malaysia iaitu Bangi Wonderland yang terletak di Bangi Avenue. Terdapat 15 aktiviti yang boleh dilakukan di sini iaitu Pirate Spa, Water Cannon, Surf Rider, Kid Adventure, Body Slide, Spiralax, Insane Racer, Wonderloop, Green Pearl, Boomeriang dan macam-macam lagi.
Anda boleh datang ke sini melalui highway plus dan exit ke Putra Mahkota atau boleh juga melalui Jalan Bangi Lama. Lawati website Bangi Wonderland di sini.
Alang-alang sampai ke Bangi, apa kata anda singgah ke Universiti Kebangsaan Malaysia yang lebih dikenali sebagai UKM. Ambil masa anda untuk melawat sekitar campus dan mengimbau kembali zaman anda menjadi seorang pelajar universiti.
Taman Paku Pakis UKM telah mula diusahakan pada bulan Jun 1988 dan telah dirasmikan pada tahun 18 Mei 1990 oleh Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman, Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia bersempena perayaan Ulang Tahun UKM yang ke-20 tahun.
perasmian ini turut dihadiri oleh Tun Ismail Mohd. Ali dan Tan Sri Abdullah Salleh, sebagai Pro-canselor UKM dan juga Tan Sri Rashdan Baba. Apa yang ada di sini? Semestinya paku-pakis dan tumbuhan lain.
Jika anda melancong bersama anak kecil, boleh singgah ke Molly Fantasy Bangi Gateway. Lokasinya ialah di ground floor Bangi Gateway Shopping Centre. Di antara tarikan di sini ialah inflatable bouncing castle, cyber wheel, sand art dan sebagainya.
Teringin nak bermain ice skating, anda boleh pergi ke IOI Mall ice skating rink. Pengalaman bermain luncur ais pastinya takkan anda lupakan sehingga ke akhir hayat. Tak pandai meluncur ais? Segan orang lain pandang? Tak perlh risau.Ramai peluncur lain seperti anda. Belajar untuk seimbangkan diri dengan berpaut kepada railing dahulu, bila dah yakin boleh lepaskan tangan.
Makan mee goreng & char kuew teaw mungkin satu perkara yang biasa tetapi makan mee tarik yang fresh-fresh dibuat di depan mata memang satu perkara yang unik. Mee Tarik Warisan Asli diusahakan oleh seorang usahawan yang berasal dari Negara China, & merupakan seorang cina Muslim.
Jadi anda tidak perlu ragu-ragu tentang status halalnya. Mee tarik di sini memang sangat kenyal & sedap dikunyah berbeza dengan mee kuning biasa. Jenis masakan pula memang banyak ada yang bergoreng & bersup. Semua resepi di sini dibawa khas dari China. Kalau anda teringin makan menu mee orang Cina Muslim bolehlah singgah di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Bangi.
Ini adalah satu lagi kedai makan menarik di Bangi untuk mereka yang ingin mencuba makanan Cina Halal seperti dim sum, masakan kantonis, wantan mee & pelbagai masakan seafood yang menarik.
Restoran ini menyediakan menu makanan berkonsepkan Jepun seperti sushi, set nasi kari Jepun, teriyaki & bermacam lagi menu unik lain. Destinasi ini juga pernah menjadi terjahan rancangan tv popular negara iaitu JJCM TV 3. Apa yang penting anda boleh makan di sini tanpa rasa ragu-ragu samaada halal atau tidak kerana turut terpamer sijil halal dari JAKIM.
Kalau anda pernah mencuba & suka akan ikan bakar petai di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan maka secara tak langsung anda mesti suka menu-menu ikan bakar di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi. Walaupun lokasi 2 restoran ini jauh tetapi konsepnya memang sama & menu makanan ikan bakar yang segar dengan pelbagai jenis masakan Thai & berbakar pasti menjadikan restoran ini satu destinasi yang ideal untuk anda makan malam sedap dengan keluarga.
Bagi orang pantai timur, menu sup urat keting mungkin bukan satu perkara yang luar biasa. Kalau di Terengganu ada rojak kateh yang juga menggunakan bahagian urat kaki lembu yang akan direbus supaya lembut & kenyal sebelum dijadikan sup & rojak.
Di restoran ini anda boleh makan tengahari atau malam dengan pelbagai pilihan jenis sup-sup & dikena pula dengan sambal yang pasti akan membuatkan anda berpeluh. Selain menu nasi bersup, di sini juga ada menu popular lain seperti satay & nasi himpit yang tidak kurang sedapnya.
Menu makanan dari Indonesia memang ada ramai peminat tegar di Malaysia. Salah satu tempat makan sedap di Bangi yang menyediakan makanan Indonesia adalah di Pondok Malindo yang menawarkan begitu banyak menu makanan Indonesia sehinggakan kebanyakann namanya kita sendiri tidak tahu.
Antara yang pelik namanya tetapi menggiurkan rupanya adalah Gurame Goreng Turbans iaitu merupakan ikan kaloi yang akan digoreng dengan rangup & anda boleh makan dengan nasi bersama sambal cilinya. Menu-menu lain yang biasa kita dengar adalah lele penyet, ayam penyet & nasi ambeng Malindo yang juga tidak kurang menariknya untuk anda
Itulah dia 13 tempat menarik di Bangi yang ingin kami kongsikan kelada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat.
Kami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Bangi/ Selain tempat di Bangi, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.