Mencari telefon Samsung terbaik buat tahun ini yang berkualiti dan tahan lama? Jangan risau, kami senaraikan 13 telefon pintar model Samsung yang mungkin menjadi pilihan anda.
Sebenarnya ramai yang memilih untuk memakai telefon pintar Android kerana harganya yang mampu milik bahkan ada perincian yang lebih mantap dan berkualiti dari yang lain. Jenama Samsung antara peranti Android yang dicari dan dimiliki ramai orang ekoran kualitinya serta menjadi yang terunggul dalam dunia gajet bertahun lamanya.
Jika anda salah satu darinya, jom teroka model Samsung yang sesuai dengan bajet, penggunaan dan citarasa anda!
Smartphone terbaru dan terkini keluaran Samsung adalah model S23 FE yang hadir dengan corak glossy pada belakang panel dengan pilihan warna mint yang kelihatan lebih premium. Peranti 6.4 inci ini menggunakan paparan HDR20+ bersama Dynamic AMOLED 2X dengan 120Hz kadar segar semula.
Kapasiti bateri tidak mengecewakan dengan 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W. Peranti ini dikuasakan oleh Exynos 2200 (4nm) 5G yang membolehkan pengguna melakukan tugasan harian seperti gaming, menonton movie dan sebagainya dengan lancar. Pembeli boleh memilih storan dengan 128GB bersama 8GB RAM mahupun 256GB ROM bersama 8GB RAM.
Spesifikasi kamera sangat padu dengan 50MP + 12MP + 8MP pada kamera utama. Dari sudut audio, Samsung Galaxy S23 FE dilengkapi dengan stereo speaker pada bahagian atas dan bawah peranti. Memang layak dikategorikan sebagai telefon Samsung terbaik pada tahun ini!
Ini merupakan peranti terbaru dalam edisi Samsung Galaxy Z Flip yang boleh dilipat. Model ini mempunyai paparan yang lebih besar berbanding model sebelumnya dengan Super AMOLED 3.4 inci.
Samsung Galaxy Z Flip5 dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 iaitu antara cipset terkini dan terbaik. Paling penting, peranti ini menyokong High Graphic Game. Jadi anda boleh bermain game yang berat seperti Mobile Legend, Pubg dan sebagainya dengan lancar.
Antara perbezaan dengan Samsung Galaxy Z Flip4 adalah pada bahagian flex window dimana pengguna boleh tambah lebih banyak widget, letak wallpaper, sensor dan anda sendiri boleh membuka Whatsapp walaupun dilipat.
Antara satu keunikan Samsung Galaxy Z Fold 5 adalah apabila dilipat tiada ruang atau gap yang dilihat berbanding model Galaxy Z Fold sebelum ini. Saiznya juga lebih nipis, ringan dan bersaiz poket. Peranti 6.2 inci ini akan menjadi 7.6 inci apabila dibuka. Paparan skrin menggunakan Dynamic 2x dengan kadar segar semula 120Hz.
Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 dan sesuai untuk melakukan kerja berat atau bermain permainan video. Selain itu, ia masih berasaskan Android 13 seperti kebanyakan peranti pintar terkini. Storan yang dibekalkan adalah 256GB dipadankan dengan 12GB RAM.
Kapasiti bateri memuaskan dengan 4400mAh dengan pengecasan pantas 25W. Paling penting, walaupun Samsung Galaxy Z Fold 5 boleh dilipat, namun masih mampu kalis air dengan IPX8 berbanding smartphone boleh dilipat yang lain. Pembeli boleh memilih dua pilihan warna menarik iaitu kelabu dan biru.
Saiz, reka bentuk peranti dan kualiti kamera antara spesifikasi berbeza yang dapat dilihat berbanding dua model yang keluar bersama iaitu Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23 Plus. Samsung Galaxy S23 Ultra mempunyai skrin yang lebih besar iaitu 6.8 inci dengan paparan Dynamic AMOLED 2X serta 120Hz kadar segar semula.
Antara tumpuan utama pada model ini semestinya dengan 200MP pada kamera utama beserta ciri Nightography. Bukan itu sahaja, pengguna boleh zoom sehingga 100x dengan jelas, tajam dan warna yang cantik!
Selain itu, cipset terkini wujud pada model ini iaitu Snapdragon 8 Gen 2 (4nm). Pembeli boleh memilih 4 saiz storan dari 256GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM hingga 1TB ROM dipadankan dengan 12GB RAM. Pilihlah mengikut bajet dan tujuan penggunaan anda!
5000mAh kapasiti bateri pasti dapat bertahan dengan lebih lama. Dengan sokongan pengecasan berwayar 45W, telefon ini boleh dicas dari 0% sehingga 65% dalam hanya 30 minit sahaja. Mungkin inilah pilihan telefon Samsung terbaik buat anda pada tahun ini?
Samsung Galaxy S22 Ultra dikeluarkan pada Februari 2022 bersama Samsung Galaxy S22 dan Samsung Galaxy S22+. Kami memilih model ini kerana perinciannya memang mantap dari banyak segi sehingga ada yang menggelarnya smartphone flagship terbaik untuk 2022.
Model ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1 dengan cip grafik Adreno 730. Ia juga menyokong rangkaian 5G, Wifi 6e dan lain-lain. Dari sudut kamera pula, kamera utama dengan 108MP, lengkap bersama kamera ultralebar dan telefoto. Kamera swafoto pula 40MP, pasti puas untuk mereka yang suka akan fotografi.
Kapasiti bateri adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W. Bukan itu sahaja, paparan skrin lebih cerah dari model sebelumnya dengan skrin AMOLED 2x dan kecerahan tertinggi mencecah 1750 nits, pasti cerah terutama penggunaan sewaktu matahari terik.
Lebih menarik, model ini menawarkan penggunaan stylus Pen untuk setiap pembeliannya dan menjadi model pertama dalam kelompok Galaxy S dengan keistimewaan ini. Samsung Galaxy S22 Ultra juga cukup ringan untuk dipegang dengan beratnya 228 gram sahaja.
Model ini antara model Samsung yang boleh dilipat terbaik berbanding koleksi yang lain. Dikeluarkan pada Ogos 2022, Samsung Galaxy Z Flip 4 merupakan model smartphone yang telah ditambahbaik dari kelemahan model-model Samsung sebelum ini.
Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1, yang seperti diketahui umum sistemnya yang terkini dan lancar. Antara kelebihan model ini adalah ianya kalis air.
Kapasiti storan anda boleh dapatkan dari 128GB, 256GB atau 512GB untuk dipadankan dengan 8GB RAM. Paparan skrin memang mantap dengan Dynamic AMOLED 2x serta menyokong sehingga 120Hz kadar penyegaran.
Kapasiti bateri untuk Samsung Galaxy Z Flip 4 adalah 3700mAh dan mampu mencapai 50% dalam masa 30 minit. Kamera utama pula dengan 12MP, dilengkapi dengan ciri ultrawide, OIS serta autofocus dwi-pixel. Bagi kamera swafoto dengan 10MP sahaja.
Antara keistimewaan Samsung Galaxy A53 adalah dari segi reka bentuk dan warna yang ditawarkan lebih menarik seperti Awesome Peach. Wanita khususnya pasti menyukai warna lembut ini kerana kelihatan eksklusif, bergaya dan tenang.
Dengan paparan skrin Super AMOLED FHD+, kadar penyegaran boleh mencecah 120Hz. Samsung Galaxy A53 menggunakan cipset Exynos 1280 bersama cip grafik Mali G68. Tak cukup dengan itu, sistem operasi One UI 4.1 dengan Android 12 pasti dapat memenuhi aplikasi terkini. Selain itu, kapasiti storan 256GB dengan 8GB RAM.
Dari sudut kamera pula, kamera utama dengan 64MP manakala kamera selfie 32MP. Kapasiti bateri peranti ini lebih besar berbanding Galaxy Z Flip 4 iaitu dengan kadar 5000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas 25W berwayar.
Kelebihan lain yang dimiliki peranti ini adalah kalis air, kalis debu, mempunyai sokongan terhadap dwi-SIM nano serta kad mikro SD. Ciri lain khas untuk model ini adalah Easy Mode, AOD, Live Captions, tambahan RAM dan sebagainya.
Galaxy A73 juga tidak kurang hebatnya. Dikategorikan sebagai smarphone flagship pada tahun ini, kekuatan utamanya terletak pada bahagian kamera. Jika ada yang mencari telefon pintar Samsung yang sesuai untuk permainan video dan bagus untuk fotografi dengan harga rendah, kami cadangkan untuk membeli model ini.
Untuk model ini, ia dikuasakan oleh Snapdragon 778G bersama cip GPU Adreno 642L iaitu cipset terbaik untuk smartphone dalam kategori mid-range. Sebayak 256GB storan dibekalkan dan pengguna boleh menambah penggunaan kad micro SD, memuatkan 1TB storan. Selain itu, jika 8GB RAM tidak mencukupi, pengguna boleh menambah DRE sama ada 2GB, 4GB atau 6GB.
Spesifikasi kamera memang memuaskan buat pecinta fotografi. Kamera utama dengan 108MP OIS dilengkapi dengan 12MP kamera ultralebar, 5MP sensor kedalaman serta 5MP kamera makro. Kamera selfie pula dengan kadar 32MP. Hasil gambar pasti jelas dengan warna yang memukau tanpa perlu mengedit semula.
Kapasiti bateri tinggi iaitu 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W. Antara kelebihan model ini adalah kalis air IP65, mengandungi ciri ‘Link to Windows’, Buds Auto Switching, Bixby Routine dan sebagainya.
Mencari telefon Samsung terbaik bawah RM 2000 yang berkualiti dan terbaik pada tahun ini? Mungkin Samsung Galaxy M53 yang anda cari. Telefon yang dilancarkan pada Jun 2022 ini dikuasakan oleh MediaTek MT6877 Dimensity 900 bersama GPU Mali-G68 MC4.
Sebanyak 256GB storan dibekalkan bersama 8GB RAM. Ia menggunakan sistem One UI 4.1 berasaskan Android 12. Kapasiti bateri juga tinggi dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W.
Kualiti kamera juga bagus seperti Galaxy A73 dengan kamera utama 108MP, dilengkapi dengan kamera ultra lebar 8 MP manakala kamera makro 2MP. Kamera swafoto tidak kurang hebatnya dengan 32MP.
Antara smartphone Samsung dalam siri M terbaik, paparan skrin juga mantap, cerah dan memukau dengan Super AMOLED Plus 6.7 inci. Kadar penyegaran mencecah 120Hz.
Dilancarkan pada Mac 2022, Galaxy A13 pengguna mempunyai tiga pilihan warna smartphone iaitu biru, peach dan hitam. Reka bentuknya memang sangat unik. Skrinnya adalah 6.6 inci yang mengokong hingga FHD+. Warna dan paparan memang cantik, sesuai untuk melihat movie dan kegunaan harian.
Selain itu, kapasiti storan sebanyak 128GB dengan 12GB RAM. Jika tidak mencukupi, anda boleh memasukkan kad mikro SD yang boleh memuatkan hingga 1TB. Peranti ini dikuasakan oleh cipset Exynos 850 (8nm) dan menggunakan sistem One UI 4.1 berasaskan Android 12.
Kapasiti bateri 5000mAh menyokong pengecasan pantas 15W. Memang sesuai untuk kegunaan harian kerana boleh bertahan dengan lama dengan anggaran satu hari.
Dari sudut kamera, kamera utama dengan 50MP manakala kamera swafoto dengan 8MP. Kualiti gambar menjadi cantik dari segi kejelasan dan warna. Mencari smartphone Samsung bawah RM 1000? Ini untuk anda!
Samsung Galaxy A33 merupakan smartphone dalam kategori mid-range yang dikuasakan oleh Exynos 1280 5G (5nm) yang dapat menghasilkan prestasi yang baik. Dengan software One UI 4.1, ia berasaskan Android 12.
Bateri yang berkapasiti 5000mAh mampu bertahan satu atau dua hari mengikut kadar penggunaan. Turut menyokong pengecasan pantas 25W, ia dapat memenuhi dari kosong hingga 100% dengan anggaran satu jam atau lebih.
Paparan skrin Super AMOLED 6.4 inci FHD+ dan kadar penyegarannya 90Hz, lebih lancar. Kamera pula 13MP untuk kamera swafoto manakala kamera utama 48MP OIS dan untuk rakaman video, ia menyokong hingga 4k 30fps.
Nak telefon bersaiz poket? Model ini memang sesuai kerana beratnya 186 gram sahaja. Bukan itu sahaja, peranti ini kalis air IP67, boleh ditambah kad mikro SD, dilindungi Samsung Knox dan lain-lain.
Senarai telefon Samsung terbaik 2022 tak lengkap jika tiada model Samsung Galaxy S22. Model ini menggunakan pemproses terbaik dan terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 dengan software One UI 4.1 asas Android 12.
Dengan paparan skrin 6.1 inci FHD+ serta Dynamic AMOLED 2X, kuasa penyegaran memang mantap iaitu 120Hz. Kamera utama adalah 50MP dipadankan dengan 10MP kamera ultra lebar serta 10MP untuk kamera telefoto. Kualiti kamera cukup memuaskan dan berkualiti.
Storan sehingga 256GB dipadankan dengan 8GB RAM. Bateri pula berkapasiti 3700mAh, kurang dari model Galaxy S22 Ultra dan menyokong pengecasan pantas 25W.
Reka bentuknya sesuai untuk mereka yang suka akan smartphone bersaiz poket kerana lebih ringan dan slim. Beratnya hanyalah 167 gram sahaja. Paling menarik, ianya kalis air dan debu.
Bagaimana dengan koleksi telefon Samsung terbaik untuk tahun 2024? Secara ringkasnya, telefon keluaran Samsung tahun ini memang mantap dari segi reka bentuk dan prestasinya. Sesuai untuk penggunaannya yang bertahan lama.
Dah ada yang berminat? Jom belinya sekarang. Pilihlah mengikut citarasa, kegunaan dan bajet yang anda inginkan.
Kami juga ada menulis artikel lain berkaitan smartphone seperti: