Tahun ini, banyak telefon Realme terbaik dikeluarkan dengan lebih banyak spesifikasi menarik dengan tawaran yang baik.
Jika anda mencari telefon pintar kelas pertengahan dengan bajet yang kecil tetapi prestasi dan spesifikasi yang terbaik, kami mencadangkan anda untuk memiliki smartphone keluaran Realme ini.
Realme kini menjadi jenama smartphone yang kian terkenal dengan tawaran menarik. Jom teroka 10 telefon Realme terbaik yang mungkin menjadi idaman anda!
Jika ditanya tentang keistimewaan Realme 11 Pro+, pasti ramai yang mengatakan kekuatannya terletak pada kamera. Model ini hadir dengan 200MP OIS 4x Superzoom Camera. Walaupun ciri ini membolehkan pengguna zoom sehingga 4x ganda, namun hasilnya masih jelas, tajam dan cantik. Ciri portrait dan makro juga tidak mengecewakan.
Reka bentuk skrin Realme 11 Pro+ menarik dengan Curved Vision Display. 120Hz kadar segar semula ditetapkan pada peranti 6.7 inci ini. Bunyi audio jelas dan sedap didengar dengan adanya Stereo Speaker. 5000mAh kapasiti bateri dengan 100W, peranti boleh dicas penuh dalam masa 26 minit sahaja.
Storan yang dibekalkan adalah 512GB bersama 12GB RAM. Anda boleh menyimpan fail, gambar, video dan lain-lain dengan banyak tanpa menjejaskan prestasi telefon. Cipset yang digunakan adalah MediaTek MT6877V Dimensity 7050 (6nm) dengan GPU Mli-G68 MC4. Ia dikuasakan oleh Realme UI 4.0 berasaskan Android 13.
Mencari smartphone bajet dengan harga bawah RM 600? Ada ke? Semestinya ada dan walaupun harganya sangat murah, namun spesifikasi sangat mantap. Storan yang dibekalkan adalah 128GB ROM dipadankan dengan 8GB RAM. Jangan risau jika tidak mencukupi, external memory pada peranti ini mencecah 2TB!
Dari sudut kamera juga tidak mengecewakan dengan 50MP AI Camera pada kamera utama dan 5MP kamera swafoto. Ultraboom speaker pada sistem audio peranti ini menghasilkan bunyi atau audio yang jelas dan sedap didengar. Smartphone bersaiz 6.64 inci ini lengkap dengan IPS LCD bersama 90Hz kadar segar semula.
Kapasiti bateri sangat memuaskan walaupun harga smartphone ini mahal. Dengan 5000mAh kapasiti bateri serta 33W SuperVooc yang boleh memenuhkan sehingga 50% dalam masa 28 minit sahaja.
Ini juga peranti mampu milik kerana harganya bawah RM 600! Smartphone jenama realme memang tidak dinafikan lagi terbaik walaupun harganya rendah. Ditawarkan dengan warna hitam dan keemasan, realme C53 nampak lebih eksklusif kerana belakang panel diperbuat dengan ciri New Shiny Champion Design.
Kapasiti bateri adalah 5000mAh dan menyokong pengecasan 33W SuperVooc yang mampu mengecas hingga 50% dalam masa setengah jam. Sama seperti realme C51, kamera utama dengan 50MP AI camera memberikan hasil gambar dan video yang cantik, jelas dan tajam.
Realme C53 menggunakan paparan LCD dengan kadar penyegaran 90Hz. Storan yang dibekalkan sebanyak 128GB bersama 6+6GB RAM. Selain itu, ia dikuasakan oleh Unisoc T612 yang memberikan hasil terbaik dan lancar sewaktu menggunakannya. Paling menarik, ianya sangat tahan lasak!
Dilancarkan pada awal tahun 2022, Realme GT 2 Pro dikuasakan oleh cipset terbaik dan terkini iaitu Snapdragon 8 Gen 1 (4nm) serta GPU Adreno 730. Dengan sistem Realme UI 3.0, smartphone ini menggunakan Android 12 yang membolehkan pengguna mendapat update terkini terhadap aplikasi dan ciri lain.
Storan yang dibekalkan sebanyak 256GB dipadankan dengan 12GB RAM. Bagi paparan skrin, Realme GT 2 Pro dihadirkan dengan ciri AMOLED dan kadar penyegarannya 120Hz. Kualiti kamera juga baik dengan 50MP kamera utama, 50MP sensor ultra lebar manakala 32MP kamera swafoto.
Bateri juga pasti bertahan dengan lama, sesuai untuk penggunaan harian sepanjang masa kerana kapasitinya 5000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas 65W dengan anggaran masa untuk penuh selama 33 minit sahaja.
Reka bentuk smartphone ini kelihatan minimalis, menawan dan ‘cool’ lebih-lebih lagi warna yang ditawarkan adalah hitam dan putih. Realme GT 2 Pro memang berbaloi untuk dimiliki kerana storan yang besar, prestasi yang bagus dan reka bentuk yang menarik. Sesuai untuk penggunaan harian dan games.
Turut dikeluarkan pada awal 2022, Realme 9 Pro+ dilancarkan bersama Realme 9 Pro. Namun untuk kali ini, kami mendedahkan spesifikasi Realme 9 Pro+ yang lebih premium. Realme 9 Pro+ dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 920 (6nm) dengan cip grafik Mali-G68 MC4. Model ini dioperasikan dengan sistem Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan menyokong 5G.
Kapasiti storan pula 256GB UFS 2.2 dipadankan bersama 8GB RAM LPDDR4X. Bateri berkapasiti 4500mAh, menyokong pengecasan pantas 60W. Dengan kadar ini, smartphone akan dicas penuh dengan anggaran 44 minit.
Dari segi paparan skrin, Realme 9 Pro Plus menggunakan skrin full hd 6.4 inci Super AMOLED, skrin terbaik pada masa kini. Selain skrin dengan resolusi FHD 1080×2400, kadar penyegarannya hanya 90Hz.
Sistem audio juga tidak kurang hebatnya kerana menggunakan Dolby Atmos dengan bicu audio 3.5mm. Kualiti kamera juga baik dengan kamera utama 50MP, sensor ultra lebar 8MP OIS, 2MP makro dan kamera swafoto 16MP.
Satu keunikan lain pada peranti ini adalah reka bentuk luarannya. Hal ini kerana kerangka belakangnya boleh berubah warna dan berkilau. Bukan itu sahaja, jika anda mencari telefon Realmi terbaik yang bersaiz poket, peranti ini boleh dimasukkan ke dalam senarai pilihan.
Realme GT Neo 3 adalah salah satu telefon Realme terbaik untuk tahun ini kerana memiliki prestasi dan spesifikasi yang lebih tinggi berbanding model lain. Model ini juga sesuai buat pengguna yang gemar memain permainan video yang berat.
Tengok saja reka bentuk luaran, unik dan lain daripada yang lain kerana terdapat jalur pada kerangkanya. Terdapat tiga warna yang boleh anda pilih iaitu hitam, biru dan putih. Peranti ini bersaiz poket dan selesa untuk memegangnya oleh kerana berat hanya 188 gram.
Realme GT Neo 3 menggunakan pemproses MediaTek Dimensity 8100 (5nm) dengan cip grafik Mali-G610 MC6. Berasaskan Android 12, sistem operasi yang digunakan adalah yang terkini bagi Realme iaitu Realme UI 3.0.
Sebanyak 256GB UFS 2.2 storan dibekalkan dan digandingkan dengan 8GB RAM LPDDR4X. Bateri juga dapat bertahan dengan lama kerana kapasitinya 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 80W. Hanya dalam 33 minit, smartphone akan dicas dengan penuh.
Antara kelebihan lain adalah menggunakan skrin AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz, kualiti kamera yang baik, mengandungi ciri menarik seperti Kids Space, Always on Display, Flexible Windows dan sebagainya.
Realme 9 5G sesuai buat mereka yang mempunyai bajet yang rendah kerana harganya bawah RM 1000. Peranti ini dikuasakan oleh MediaTek MT6833P Dimensity 810 dipadankan dengan GPU Mali-G57 MC2.
Kapasiti storan pula 256GB digandingkan dengan 6GB RAM dan disertakan kad memori mikroSDXC. Peranti ini menggunakan sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Paparan skrin dengan 6.5 inci IPS LCD dengan resolusi 1080×2400. Kadar penyegaran pula mencecah 90Hz.
Kekuatan Realme 9 ini terletak pada baterinya yang boleh tahan dalam jangka masa panjang dengan 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W. Kualiti kamera okay sahaja dengan 48MP kamera utama manakala 16MP kamera selfie.
Realme C35 juga adalah smartphone Realme terbaik yang ditawarkan dengan harga mampu milik. Anda boleh dapat dengan harga bawah RM 700 sahaja. Jika ada yang mencari smartphone untuk kegunaan harian dan minimal, model ini memang sesuai.
Jika anda tanya kelebihan model ini, ia terletak pada kapasiti bateri dan kualiti kamera yang tidak akan menghampakan. Walaupun harganya rendah, Realme C35 mampu bertahan dengan lama kerana kapasiti bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.
Setanding kualiti kamera Realme GT 2 Pro, terdapat 3 sensor kamera belakang dengan 50MP kamera utama, 2MP sensor makro dan 2MP sensor lain. Kamera swafoto pula hadir dengan 8MP. Kamera semestinya lengkap dengan ciri HDR, panorama dan Led flash.
Realme C35 dikuasakan oleh cipset Unisoc T616 (12nm) bersama GPU Mali-G57 MP1. Ia menggunakan sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Pembeli boleh memilih storan 64GB atau 128GB dipadankan dengan 4GB RAM. Jika ruang tidak mencukupi, anda boleh masukkan kad microSD yang boleh memuatkan 1TB storan.
Dilancarkan pada Ogos 2022, Realme 9i menggunakan cipset Snapdragon 680 dengan GPU Adreno 610. Sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Sebanyak 128GB storan dibekalkan bersama 4GB RAM. Jika tidak mencukupi, anda boleh menambah kad mikroSD.
Sama seperti Realme C35, kapasiti bateri Realme 9i juga adalah 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Dari segi kualiti kamera, kamera utama dengan 50MP manakala kamera swafoto 16MP.
Saiz skrin adalah 6.6 inci dengan paparan IPS LCD serta resolusi 1080×2400 piksel. Kadar penyegaran adalah 90Hz. Harga Realme 9i juga sesuai buat sesiapa yang mempunyai bajet yang rendah tetapi prestasi yang baik. Pengguna boleh dapatkan dengan harga bawah RM 1000.
Mencari telefon Realme terbaik untuk gaming? Realme Narzo 50 perlu dimasukkan kedalam senarai anda! Peranti kelas pertengahan ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G96 Gaming Processor dengan GPU Mali-57 MC2. Ia dilancarkan dengan sistem Realme UI 2.0 berasaskan Android 11.
Kapasiti bater juga memuaskan dengan kadar 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Sebanyak 64GB storan dibekalkan bersama 4GB RAM.
Kualiti kamera juga tidak kurang hebatnya dengan 50MP kamera utama manakala kamera swafoto 16MP. Kamera dilengkapi dengan ciri HDR, panorama dan LED flash. Saiz skrin adalah 6.6 inci dengan paparan IPS LCD serta resolusi 1080×2412 piksel. Kadar penyegaran pula 120Hz.
Dah ada telefon Realme terbaik yang menjadi pilihan anda? Tak perlu pening kepala, buat pilihan yang bijak berdasarkan penggunaan, citarasa dan bajet yang anda ada.
Dengan senarai dan spesifikasi yang ditunjukkan, kita dapat simpulkan bahawa Realme menawarkan pelbagai jenis smartphone dengan harga yang mampu milik. Prestasinya juga tidak menghampakan. Jika berkenan, tempah sahaja sekarang. Selamat membeli!
Kami juga ada menulis artikel lain berkaitan smartphone. Tak tau nak pilih yang mana? Ini yang kami cadangkan buat anda: