Mencari telefon Asus terbaik untuk tahun ini? Anda berada di laman yang tepat kerana kami menyediakan informasi berkaitan spesifikasi dan harga yang boleh anda bandingkan dan pilih mengikut bajet dan citarasa anda. Buat pengetahuan anda, model pada dua tahun terkini terdiri daripada siri ZenFone dan ROG Phone.
Berita baik buat para gamers kerana pada tahun ini Asus menumpukan dan mengeluarkan banyak model yang mempunyai perincian khas untuk anda bermain permainan dalam talian dengan puasnya, sesuai dengan nama sirinya ROG iaitu Republic Of Gamers.
Nak tahu perbezaan setiap model Asus ini? Jom teroka spesifikasi dan harganya.
Asus ZenFone 9 dilancarkan pada September 2022, antara telefon model Asus terbaik terbaru dikeluarkan untuk tahun ini. Jika anda menginginkan telefon bersaiz poket, kalis calar dan kalis air, ini pilihan yang tepat buat anda!
Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Qualcomm SM8475 Snapdragon 8+ Gen 1, iaitu pemproses yang terbaik dan terbaru setakat ini. Dengan storan 256GB, ia dipadankan dengan 8GB RAM. Jika tidak mencukupi, pilih saja 16GB RAM.
Bateri pula berkapasiti 4300 mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W berwayar. Paling menarik adalah pada bahagian kameranya. Mana tidaknya kerana kamera utama dengan 50MP Sony IMX766 manakala kamera selfie 12 MP. Ia lengkap dengan panorama, HDR dan penstabilan. Harga Asus Zenfone 9 pada masa ini adalah bermula RM2969.
Mencari smartphone terbaik untuk bermain video game yang terkini? Asus ROG Phone 6 dan Asus ROG 6 Pro perlu dimasukkan ke dalam senarai pilihan anda! Tengok sahaja reka bentuk luarannya, memang cantik dan melambangkan ciri gamers. Banyak perincian khas dalaman dan aplikasi buat pemain dengan Asus ROG Phone 6 Pro ini.
Salah satu sebab smartphone ini sesuai untuk para gamers adalah kuasa penyegarannya meningkat berbanding model Asus ROG sebelum ini dengan kadar 165Hz dan hadir dengan ciri touch sampling rate 720Hz dan input lag. Dengan ciri AMOLED dan HDR10+ yang dikuasakan pemproses Pixelworks i6, pasti layar atau paparannya memuaskan.
Peranti ini beroperasi dengan chipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan GPU Adreno 730 yang sudah pasti anda tahu keupayaannya yang sempurna. Bukan itu sahaja, ia hadir dengan ciri dwi pembesar suara hadapan dengan bicu audio 3.5mm serta kapasiti bateri yang mantap iaitu 6000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.
Jika anda hanya menumpukan untuk bermain game, kualiti kameranya juga tidak menjadi masalah. Kamera utama 50MP dengan Sony IMX766 manakala kamera selfie 12MP dengan IMX663. Gambar yang dihasilkan masih berkualiti dan jelas.
Tak banyak perbezaan antara Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro. Antara perbezaan dua model ini adalah Asus ROG Phone 5s menggunakan paparan monokrom manakala Asus ROG Phone 5s Pro menggunakan paparan belakang dari panel PMOLED .
Kedua-dua model Asus terbaik ini menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 888+ yang pasti menghasilkan prestasi yang pantas. Kapasiti storan sebanyak 512GB UFS 3.1 beserta 18GB RAM LPDDR5. Sistem audionya juga sangat berkualiti kerana dibekalkan dengan ciri pembesar suara stereo bersama GameFX dan Dirac HD Sound.
Bukan itu sahaja, dengan ciri input sentuh kedua-dua model dapat beroperasi dengan lebih pantas dengan kadar 360Hz. Para gamers pasti berpuas hati untuk bermain video game dengan lama kerana kapasiti baterinya 6000mAh. Ia turut menyokong pengecasan pantas HyperCharger dengan 65W.
Dikeluarkan pada 2021, kamera utama dengan 64MP manakala kamera selfie adalah 24MP. Cukup untuk menghasilkan gambar yang jelas, warna yang baik dan tidak pecah. Tak hairanlah telefon ini terdapat dalam senarai Asus terbaik pada masa kini.
Dikategorikan sebagai salah satu smartphone ‘flagship’ terbaik masa kini, Asus ZenFone 8 Flip dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 5G dengan GPU Adreno 660. Kapasiti storan yang dibekalkan adalah 256GB dengan 8GB RAM.
Salah satu kelebihan yang terdapat pada model ini adalah kamera belakang yang boleh dijadikan kamera hadapan dengan cara ‘flip’ kameranya, sama seperti Asus ZenFone 7 sebelum ini. Sesuai untuk pengguna yang sering membuat video atau vlog. 64MP kamera utama dengan sensor Sony IMX686 manakala kamera hadapan 16MP, pasti menghasilkan gambar berkualiti.
Paparan pada peranti ini juga menakjubkan hingga digelar NanoEdge Display dengan ciri 6.67” Super AMOLED. Kadar penyegarannya adalah 90Hz. Dengan kapasiti bateri 5000mAh, ia pasti bertahan dengan lama.
Dari segi kamera, Asus ZenFone 8 Flip menampilkan Sony IMX686 dengan kamera utama 64MP, kamera ultrawide 12MP dengan sensor Sony IMX363 serta kamera telefoto dengan sensor 8MP yang membolehkan zoom 3 kali optikal.
Terdapat beberapa perbezaan ketara terhadap Asus ZenFone 8 dan Asus ZenFone 8 Flip. Salah satunya adalah pada kameranya. Kamera pada Asus ZenFone 8 tidak boleh dikilas, sama seperti model biasa yang lain. Terdapat dua kamera belakang iaitu 74MP kamera utama serta 12MP kamera ultrawide manakala kamera hadapan 12MP.
Model ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 888 dipadankan dengan GPU Adreno 660. Peranti ini sesuai untuk kegunaan harian atau bermain permainan video.
Paparan pada model ini adalah Super AMOLED yang menampilkan mod always on display. Kadar penyegarannya lebih tinggi berbanding Asus ZenFone 8 Flip iaitu 120Hz. Kapasiti bateri pula sekadar 4000mAh namun masih menyokong pengecasan pantas 30W beserta teknologi QC4.0 dan PD dengan pengecas pihak ketiga.
Antara kelebihan model ini adalah saiznya yang kecil dan bersaiz poket, sesuai untuk mereka yang suka akan smartphone kecil dan boleh memegang dengan satu tangan. Walaupun bersaiz kecil, jangan pandang rendah dengan prestasinya yang sangat mantap.
Bukan itu sahaja, ia dilengkapi dengan ciri DC dimming yang baik untuk mata terutama buat pengguna yang banyak menghabiskan masa dengan telefon. Paling best, peranti ini menggunakan sistem operasi ZenUI 8 dengan Android 11 yang membolehkan banyak perincian terkini seperti twin-apps, smart key, game genie dan lain-lain.
Secara ringkasnya, Asus terbaik dengan model ROG sesuai untuk gamers dan yang suka akan reka bentuk smartphone yang unik dan kelihatan garang. Model ZenFone pula sesuai untuk kegunaan harian dan kelihatan mewah.
Semua model Asus di atas memang terbaik dari segi reka bentuk luaran dan perincian dalamannya. Memang berbaloi untuk digunakan pada tahun ini dan akan datang. Telefon pintar Asus mana yang menjadi pilihan anda?
Kami juga ada menulis artikel mengenai smartphone yang lain seperti: