Siapa tercari resepi tauhu telur atau biasa dipanggil tauhu jepun atau tauhu lembut? Ada banyak nama tapi ianya sama sahaja. Tauhu telur merupakan bangsa tauhu juga tapi ia lebih lembut dan lunak. Jika tidak berhati-hati masa masaknya boleh jadi bubur tauhu.

Kebiasan resepi yang dipakai untuk mengolah tauhu telur ialah aneka sup dan berkuah. Jarang sangat kita akan jumpa tauhu telur digoreng sambal sebab ianya akan hancur dengan mudah. Satu resepi tauhu telur yang naik akhir-akhir ini ialah tauhu telur masak sos tiram.

Nampak senang penyediaan tauhu masak sos tiram ini. Mahu jadikan lauk ini lebih menarik? Tambahkan bahan-bahan seperti udang, cendawan, sayuran. Sudah jadinya macam hidangan restoran. Dapat pula makan dengan nasi putih memang bertambah-tambah pinggan. Memang sedap dan berbaloi masak sendiri bukan? Resepi dikongsikan oleh Salina Saad di laman Facebook.

Resepi Tauhu Telur Sos Tiram

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tauhu telur digoreng dengan minyak yang betul-betul panas.
  • Bawang putih dicincang,
  • Serbuk lada hitam,
  • Udang/isi ayam,
  • Sos tiram anggaran 2 sudu besar,
  • Cendawan shimeji/shitake,
  • Lobak merah dihiris halus memanjang,
  • Daun sup dihiris,
  • Tepung ubi dibancuh dengan sedikit air (kalau ingin ganti dengan tepung jagung pun boleh),
  • 2 biji telur dipukul dengan garfu,
  • Garam,
  • Serbuk perasa.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang/ayam dan serbuk lada hitam.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, air dan cendawan.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam.
  4. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi, jangan sampai bergentel.
  5. Seterusnya masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi.
  6. Perlahankan api, tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.
  7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tauhu telur sos tiram, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.