Hubungan bapa dengan anak merupakan faktor penentu peranan seorang ayah dalam kehidupan. Kebanyakan ayah secara semulajadi melindungi, menyokong dan bertanggungjawab.

Mana-mana lelaki boleh sahaja menjaga anak, tetapi peranan sebagai seorang bapa sebenarnya tidak senang. Sebagai ketua keluarga yang bergelar suami dan ayah, anda mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.

Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak sangat penting sekali dalam keluarga. Mengikut psikologi, cara seorang bapa mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Bapa akan lebih suka menegakkan keadilan, kesaksamaan dan tanggungjawab.

tanggungjawab bapa
Imej via [sinar]

Bapa akan menggunakan kaedah-kaedah sistematik dan tegas untuk mengajar anak akan perbuatan yang baik dan yang salah. Manakala, ibu lebih ke arah simpati, penjagaan anak ,ingin membantu, lembut dan selalu memberi harapan. Jom lihat beberapa tanggungjawab seorang bapa terhadap anak.

1. Menjaga Kestabilan Keluarga

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [brainly]

Bapa bertanggungjawab untuk menjaga kestabilan dalam keluarga. Hal ini demikian, bapa adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam  menguruskan semua perkara dan boleh memperbaiki hubungan sesama keluarga ataupun urusan kewangan.

Kajian ini menunjukkan bahawa jika bapa seorang penyayang,  seorang yang selalu memberi sokongan dan suka melibatkan diri dengan aktiviti keluarga, dia boleh memberi sumbangan besar kepada anak. Tamsilnya, aktiviti harian seperti makan malam bersama-sama, menonton TV dan bermain di halaman. 

2. Pelindung Kepada Anak-anak

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [bumbumcak]

Tanggungjawab bapa adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anak. Dengan ini, bapa seolah-olah menjadi hero yang boleh menjauhkan segala keburukan dari memudaratkan anak. 

Tahukah anda, Rob Palkovitz iaitu seorang pakar psikologi telah memberitahu The Atlantic bahawa Para sarjana yang selalu menggunakan ketiadaan seorang bapa, sebagai faktor penyumbang kehamilan remaja muda. 

 Ini menunjukkan bahawa apabila bapa lebih terlibat, mereka boleh memantau apa yang berlaku di dalam kehidupan anak mereka termasuk interaksi anak dengan rakan sebaya dan orang lain. Oleh itu, bapa bertanggungjawab dalam melindungi anak supaya mereka tidak tercedera atau disakiti oleh orang lain.

3. Menjadi Model Kepada Anak-anak

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [siraplimau]

Bapa adalah model kepada anak-anak. Tanggungjawab bapa dalam hubungan antara anak dengan bapanya boleh mempengaruhi corak interaksi anak dengan kawan-kawan, kekasih dan pasangan. 

Jika ayah seorang yang panas baran, suka mengawal dan memerintah, inilah ciri-ciri yang akan ditiru dan dicontohi. Oleh itu,  bapa bertanggungjawab memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

4. Sebagai Seorang Pendisplin

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [assyahada]

Tanggungjawab bapa terhadap anak juga adalah seorang berdisplin. Bapa yang bertanggungjawab haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya untuk menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. 

Contohnya, si ayah perlu mendidik anak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. 

Bak kata peribahasa, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Tujuan seorang bapa yang bertanggungjawab adalah dengan  mendisiplinkan anaknya supaya mereka menjadi orang yang berguna kelak.

5. Menyediakan Tempat Tinggal, Pakaian Dan Makanan

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [kompas]

Seorang bapa memang menjadi tanggungjawabnya dalam menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan kepada anak. Memberi keselesaan kepada anak-anak juga adalah nafkah yang bapa perlu sediakan.

Dalam surah al-Talaq ayat 6 menyatakan bahawa:

Tempatkan mereka di mana kamu bertempat tinggal sekadar menurut kemampuanmu dan janganlah kamu mempersulitkan mereka supaya sempit kehidupan mereka. 

Oleh itu, Ia menjadi tanggungjawab bapa dalam menyediakan keperluan tersebut supaya mereka tidak merasa terlalu susah dalam menempuh kehidupan yang akan datang.

6. Memberi Nafkah Sekadar Yang Mampu

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [beritaharian]

Tanggungjawab bapa adalah dengan memberi nafkah kepada anak-anak mengikut kemampuan. Bapa bertanggungjawab dalam menanggung nafkah anak dalam apa jua keadaan walaupun hak penjagaan diberikan kepada bekas isteri. 

Berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith, sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat bahawa anak itu belum boleh berdikari dan bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.

7. Mendidik Anak Menunaikan Kewajipan Fardhu Ain

tanggungjawab bapa
Imej via [pa&ma]

Selain itu, seorang bapa juga bertanggungjawab mendidik anak menunaikan kewajipan fardhu ain. Fardhu ain wajib dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab bapa untuk mengajar anak mereka.

Antaranya adalah solat, berpuasa, menunaikan zakat , menimba ilmu dan sebagainya.  Tanggungjawab bapa ini sangat berat dalam mendidik anak mengenai kewajipan fardhu ain supaya anak lebih mengeratkan hubungan dengan Allah Swt.

8. Bergaul Dengan Anak Dengan Cara Baik

tanggungjawab seorang bapa
Imej via [babab]

Setiap bapa bertanggungjawab untuk bergaul dengan anak dengan cara baik. Sebagai anak yang merupakan darah daging kepada bapa, ia menjadi tanggungjawab bapa untuk mengeratkan lagi hubungan antara bapa dan anak. 

Bapa boleh berbual dengan anak tentang perkara yang mereka suka seperti bola, mewarna, melukis dan sebagainya. Dengan ini, ia dapat mendekatkan lagi anak dengan bapa. Bapa juga bertanggungjawab melatih anak untuk mudah bergaul supaya mereka merasa selesa dengan semua orang.

9. Memberikan Pendidikan Yang Baik

Imej via [siraplimau]

Memberi pendidikan yang baik adalah salah satu tanggungjawab seorang bapa terhadap anak. Tanggungjawab seorang bapa untuk menjadikan anak seorang yang berguna apabila sudah meningkat dewasa nanti adalah dengan pendidikan.

Menghantar ke sekolah tadika, kelas tambahan dan sekolah berpendidikan tinggi adalah contohnya. Tanggungjawab bapa juga dalam memberi pendidikan supaya anak berkemahiran tinggi dan dapat membantu ibubapa suatu hari nanti dengan ilmu yang ada.

10. Bersifat Rahmah

Imej via [dakuamat]

Bapa bertanggungjawab untuk bersifat rahmah kepada anak-anak memandangkan bapa adalah ketua keluarga. Sebagai contoh, bersifat belas kasihan, adil, baik hati dan sebagainya amat penting. Sifat rahmah perlu ada pada bapa yang bertanggungjawab supaya dapat meningkatkan nilai murni dalam diri anak.

11. Menjadi Penasihat Anak

Bapa yang bertanggungjawab akan menjadi penasihat buat anak. Hal ini demikian kerana, nasihat bapa yang bertanggungjawab amat berguna sekali.  Ketika anak berada dalam kesusahan, kesedihan, kecewa, marah dan sebagainya, bapa perlu menjadi penasihat.

12. Memberi Semangat Dan Kekuatan

Beri semangat dan kekuatan kepada anak! Semangat dan kekuatan dari bapa yang bertanggungjawab akan memberi impak yang mendalam terhadap anak. Pada saat anak bersedih, sukar menghadapi peperiksaan dan sebagainya, waktu itulah bapa memberi semangat dan kekuatan untuk mereka terus berjuang berjaya.

13. Memberi Keyakinan

Memberi keyakinan kepada anak adalah tanggungjawab bapa. Hal ini demikian kerana, tanggungjawab bapa dalam memberi keyakinan dapat membantu anak untuk menghilangkan rasa takut. 

Keyakinan boleh diberi semasa anak membuat persembahan, pencapaian hadiah, memberi ucapan, dan lain lagi situasi. Oleh itu, bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa tidak putus asa untuk memberi keyakinan kepada anak supaya anak dapat menempuh segala rintangan  dengan penuh keyakinan dan berani.

Itulah dia 13 tanggungjawab seorang bapa terhadap anak perlu anda tahu. Jom baca Statistik anak luar nikah Malaysia, Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dan Cara pikat hati mak mertua.

Rujukan

  1. Pengajianislam
  2. Drhalimi
  3. Theasianparent


Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.