Anak-anak membawa penyeri dalam kehidupan seharian kita. Setiap perbuatan dan percakapan mereka yang pertama akan membuatkan kita rasa gembira dan ingin merakamnya sebagai memori. Memori terindah yang tidak akan dilupakan.
Setiap kanak-kanak mempunyai ragam dan kemahiran yang berbeza. Tidak semua kanak-kanak dianugerahkan untuk cepat bercakap atau berjalan. Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu tanda-tanda anak lambat bercakap. Apakah tanda-tanda anak lambat bercakap?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda anak lambat bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Beliau merupakan ahli patologi bahasa. Beliau juga mempunyai akademi sendiri iaitu Aishah Kassim Academy yang terletak di Selangor. Beliau memang pakar dalam mendidik anak-anak yang ada masalah dalam pertuturan bahasa. Selain itu, beliau juga sering berkongsi info di laman Facebooknya.
– Tidak ketawa atau menghasilkan bunyi
– Tidak mencari sumber bunyi spt nama dipanggil
– Tidak melakukan eye contact
– Tidak memberi respon pada nama
– Tidak memahami arahan mudah
– Tidak mengenali objek2 mudah spt susu, baju etc
– Tidak pandai menggunakan gesture spt angguk, geleng, lambai tngn, menunjuk, dan lain-lain.
– Menyebut perkataan kurang dari 50 perkataan
– Tidak berminat dengan interaksi sosial
– Tidak memahami arahan mudah
– Tidak boleh menyambung ayat 3 perkataan
– Tidak boleh menjawab soalan mudah spt apa, mana dan siapa
– Tidak boleh bercerita cerita yg mudah
– Belum menyambung ayat sekurang kurangnya 5 perkataan
– Pertuturan sukar difahami (sepatutnya 90% blh difahami)
– Tidak boleh menyampaikan perasaan
– Tidak boleh menjawab soalan apa, mana, siapa, kenapa, bila dan macam mana
– Tidak boleh mengikut arahan 3 langkah tanpa kiu gesture (cth: ambil bola, pergi dapur dan letak dalam sinki)
– Tidak boleh memberi tumpuan pada cerita dan memahami cerita
– Tidak boleh bercerita perkara lepas dan menggunakan kata hubung
*Sebagai ibu bapa kita perlu memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak. Jika anak lambat bercakap, tidak perlu rasa risau. Sekarang ini sudah banyak program atau sekolah khas untuk kanak-kanak sebegini.
Ibu bapa juga boleh mendidik di rumah secara perlahan-lahan agar mereka boleh belajar dan bercakap dengan lancar. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.