Sudah menjadi fitrah manusia ingin menyayangi dan disayangi. Malah sudah pastinya setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal bahagia selamanya.

Para isteri terutamanya ingin dilayan dengan baik seperti permaisuri walau pun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga. Ada yang mengatakan bahawa semakin lama berkahwin semain kurang gula dan manisnya menyebabkan hubungan mula menjadi dingin.

Jika kedinginan dalam rumah tangga dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk dibaiki, dibimbangi dalam masa yang sama perasaan cinta dan sayang juga akan mula pudar. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui tanda suami tak sayang isteri agar kita boleh bertindak dengan segera sebelum nasi menjadi bubur. Nak tahu apakah tanda-tanda yang perlu anda perhatikan?

tanda suami tak sayang

Sumber: Pa&ma

Kurang memberikan perhatian seperti dahulu

Di antara tanda penting yang anda akan perasan ialan suami tidak lagi memberikan perhatian kepada anda seperti dulu. Kalau dulu suami selalu bersembang dan bergurau-senda dengan anda, kini suami tidak lagi mesra seperti selalu. Malah jika anda mengadu atau ajak bersembang, suami akan kelihatan dingin dan kurang memberikan respons.

Tidak lagi menelefon atau menghantar mesej seperti dulu

Kalau dulu suami kerap menelefon atau menghantar mesej walau pun sibuk dengan kerja di pejabat, kini dia tidak lagi menghubungi anda. Malah jika anda menelefon suami, kebanyakan masa dia tidak menjawab panggilan anda dengan alas an terlalu sibuk. Pesanan teks yang anda hantar juga lambat dibalas.

Tidak lagi mesra seperti dulu

Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah anda akan mula perasan bahawa suami tidak lagi mesra seperti dulu. Kebiasaannya ketidak mesraan yang ditunjukkan kepada anda akan cuba disembunyikan apabila ada orang lain di sisi seperti anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Suami seolah-olah cuba berlakon di hadapan semua orang.

Lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan

Tiba-tiba suami lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan berbanding meluangkan masa berkualiti di rumah bersama anda dan anak-anak. Kalau dulu setiap hujung minggu akan digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang seronok dan mencipta memori bersama, kini suami anda lebih suka untuk keluar berjumpa kawan-kawan sama ada untuk melepak di kedai mamak atau berkonvoi merentas negeri.

Lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit apabila berada di rumah

Cuba perhatikan suami anda, adakah secara tiba-tiba dia terlalu banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit semasa berada di rumah? Lagi parah kalau secara tiba-tiba telefon bimbit suami anda mempunyai password rahsia dan anda selaku isteri tidak lagi dapat membuka telefon suami anda.Ini adalah salah satu tanda yang paling nyata bahawa suami tidak lagi menyayangi anda. Malah telefon bimbit suami akan sentiasa ada bersamanya, langsung tak boleh berenggang. Apabila masuk ke tandas, suami anda akan membawa telefon bimbitnya sekali. Semasa tidur pada waktu malam, suami anda akan meletakkan telefon bimbintnya dibawah bantal. Sebagai seorang isteri pastinya anda akan mula memahami bahawa sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan suami.

Lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa bersama keluarga di rumah

Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda kelihatan seperti lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa di rumah bersama keluar. Sebagai contoh, jika dulu suami anda akan bergegas pulang dari pejabat apabila habis waktu bekerja namun kini suami anda selalu melakukan overtime.

Malahpada hari sabtu dan ahad juga suami anda terpaksa ke pejabat dengan alasan ada tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada masanya suami anda memilih untuk minum bersama rakan sekerja selepas habis bekerja.

Dingin semasa berada di atas katil

Pada awal perkahwinan pastinya hubungan anda suami isteri di atas katil sangat hangat. Lama-kelamaan mungkin ia akan mula berkurangan dan lebih relax. Itu adalah sesuatu yang normal. Namun jika secara tiba-tiba hubungan di atas katil menjadi dingin, ia adalah satu petanda yang jangan dipandang ringan. Suami mungkin menolak untuk bersama dengan memberikan alasan penat sedangkan selama ini suami anda sentiasa menanti ajakan anda.

Mula berahsia

Jika suami anda mula berahsia, ia juga adalah salah satu tanda suami sudah tidak sayang lagi. Di antara rahsia yang sering disimpan ialah dengan siapa suami keluar, ke mana suami pergi, atas urusan apa. Malah telefon bmbit suami juga mula dikunci dengan password dan anda tidak lagi boleh memeriksa dengan siapa suami anda berhubung setiap hari.

Tidur berasingan

Tidur berasingan adalah tanda suami tak sayang isteri yang paling nyata. Berpisah tempat tidur adalah satu tragedi dalam rumah tangga. Suami anda mungkin memberikan alasan ingin menonton televisyen atak ingin menyelesaikan kerja pejabat dan menyuruh anda tidur dahulu tanpanya. Akhirnya suami akan tertidur di luar.

Perubahan pada sikap secara keseluruhan

Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda akan berubah secara keseluruhan. Suami anda bukan lagi lelaki yang anda kenali satu masa dahulu. Pada awalnya mungkin cuma anda seorang yang menyedari perubahan pada suami namun lama-kelamaan ahli keluarga yang lain juga akan dapat menghidu perubahan yang berlaku.

Kesimpulan

Itulah dia info tentang  tanda suami tak sayang isteri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang harta suami harta isteri, harta sepencarian, dan urutan untuk pikat suami.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.