Sudah menjadi fitrah manusia, ingin hidup berpasangan. Ingin menyayangi dan disayangi. Ingin dikasihi dan dibelai manja.
Bagi seorang gadis, pastinya hati akan terusik apabila melihat orang di sekeliling berbahagia dengan pasangan masing-masing sedangkan diri sendiri masih kesunyian tidak berteman. Nak-nak pula bila ada makcik bawang yang mula bertanya tentang jodoh dan pasangan.
Jika anda sedang mencari pasangan, pastinya anda mahukan lelaki terbaik sebagai suami. Takut juga kalau tersalah pilih. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Kami tahu, jauh di sudut hati pastinya anda tertanya-tanya adakah dia ditakdirkan untuk anda? Apakah tanda lelaki itu jodoh kita? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tanda lelaki itu jodoh kita sebagai panduan. Semoga bermanfaat!
Tanda dia jodoh kita yang pertama ialah si dia membuatkan anda semakin dekat dengan Allah. Ketahuilah bahawa untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia dan dirahmati Allah, anda dan pasangan perlu menjalankan cara hidup dengan mengikut ajaran islam. Lelaki yang baik akan membawa anda semakin dekat dengan Allah. Semasa berkenalan anda sudah dapat melihat sedikit sebanyak bagaimana personaliti dan sikap si dia. Di ntara perkara yang boleh anda perhatikan ialah:
Tanda dia jodoh kita yang seterusnya ialah kita akan berasa seolah-olah tak boleh hidup tanpa dia. Kita tak dapat bayangkan hidup dalam dunia tanpa dia. Kita tak boleh bayangkan untuk hidup bersama lelaki lain, dan bukannya dia. Ia adalah satu perasaan yang akan datang dengan sendiri, tanpa boleh dipaksa atau dicipta.
Apabila anda mula merasakan yang anda tak mampu hidup tanpa dia, percayalah bahawa itu adalah tanda bahawa dia jodoh kita.
Dalam hidup, kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis lelaki. Mungkin juga anda akan jatuh cinta berkali-kali dengan ramai lelaki namun perasaan yang kami sebutkan tadi adalah sangat istimewa. Anda takkan merasainya dengan semua lelaki yang anda sayangi.
Apabila anda merasakan yang anda tak boleh hidup tanpa dia, bukanlah bermaksud anda mengubah pergantungan daripada bergantung kepada Allah kepada bergantung kepada manusia. Tapi anda mahu menghabiskan hidup anda dengan dia, bukan lelaki lain.
Seterusnya, tanda lelaki itu jodoh kita ialah si dia membuatkan anda berasa sangat istimewa dengan layanan yang sangat istimewa. Jika si dia benar-benar sukakan anda, dia akan melayan anda dengan cara yang sangat baik dan manis. Di antara contoh layanan istimewa yang mungkin anda tak perasan sedang berlaku ialah:
Tanda lelaki itu jodoh kita yang seterusnya ialah kita akan berasa sangat selesa apabila meluangkan masa bersama. Kita akan berasa bahagia dan serasi tak kira walau apa pun aktiviti yang dilakukan bersama. Tidak semestinya kita dan si dia mempunyai minat dan kegemaran yang sama, namun asalkan dapat meluangkan masa bersama, kita tak kisah. Sebagai contoh:
Jika anda merasai perasaan yang ini, ia adalah tanda bahawa dia sememangnya jodoh anda. Kalau ikutkan hati, setiap hari nak berjumpa. Setiap hari nak meluangkan masa bersama. Tak kisah apa pun perkara yang dilakukan, hatta sekadar duduk bersama dalam kereta, masing-masing diam dan memerhatikan alam. Ia dah cukup indah dan membahagiakan buat kita. Kalau dah rasa perasaan ini, tak ragu-ragu lagi bahawa dia adalah jodoh kita.
Itulah dia tanda lelaki itu jodoh kita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Didoakan semoga anda ditemukan dengan jodoh baik yang boleh membimbing ke syurga dalam masa terdekat. Ketahuilah bahawa Allah sebaik-baik perancang, Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jika anda sukakan artikel ini anda juga dijemput untuk membaca perkongsian doa murah rezeki jenis talak , dan sihir pemisah