Solat berjemaah bersama keluarga akan lebih selesa jika kita mempunyai surau di rumah.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan tips bagaimana cara buat sendiri surau di rumah.

1. Cari ruangan yang sesuai

Pillih ruang atau sudut di rumah yang jauh dari gangguan atau tumpuan. Sebaiknya saiz persegi ruangan ini mengikut bilangan ahli keluarga anda agar lebih selesa nanti ketika solat berjemaah.

Jika anda tinggal bersendirian, cukup dengan keluasan ruang 70cm x 140cm. Manakala bagai 3 orang ahli keluarga. pula, sesuai dengan keluasan 2.5m x 4m.

2. Tentutkan arah kiblat

surau di rumah

Ruang solat yang terbaik adalah yang boleh terus menghadap kiblat. Arah kiblat ini seeloknya terus ke dinding hadapan bagi mengelakkan sebarang gangguan untuk orang lalu lalang.

Selain itu, elakkan juga dari menghadap ke arah bilik air sebagai tanda hormat dan adab ketika solat.

3. Lengkapkan dengan perabot ringkas

Bilik surau di rumah tidak memerlukan perabot yang terlalu sarat dan berat. Cukuplah sekadar ada rak gantung sejadah dan pakaian solat, tempat letak Al-Quran, dan sedikit buku-buku keagamaan serta rehal.

Jangan lupa untuk sediakan juga kerusi kecil bagi kemudahan jemaah yang solat secara duduk. Dari segi susunan perabot pula, ia sesuai diletakkan di bahagian tepi atau belakang tempat berdiri solat ataupun membelakangi kiblat.

4. Gunakan warna terang

Pilih warna dinding yang boleh membuatkan anda rasa lebih tenang dan damai ketika melihatnya.

Jika anda ingin menetapkan mood untuk kedamaian dan ketanangan, pilih tona yang lebih terang, lembut, dan neutral.

5. Bentang karpet tebal dan selesa

surau di rumah

Karpet atau permaidani lembut dapat memberi keselesaan ketika sujud dan menghalang bunyi dari pergerakan ketukan tapak kaki semasa solat.

6. Ada pencahayaan dan udara

Pencahayaan dan pengudaraan juga merupakan antara elemen terpenting untuk ruangan solat.

Jika boleh, biarkan ruang solat tersebut boleh mendapatkan cahaya dan udara dari sumber semulajadi seperti berdekatan tingkap dan sebagainya.

7. Hiasan dinding islamik

surau di rumah

Di samping itu, untuk surau di rumah bertambah cantik, boleh hiaskan dengan hiasan dinding berkonsepkan islamik seperti frame kaabah, tulisan khat, ayat-ayat Al-Quran, zikir, dan sebagainya.

Namun tidak perlu terlalu sarat. Cukup sekadar 1 atau 2 bingkai gambar pun sudah memadai. Tambahkan juga sebuah cermin bersaiz sederhana untuk kegunaan di surau.

8. Tempat wuduk sendiri

Jika mempunya bajet lebih, sediakan juga tempat wuduk sendiri di surau tersebut untuk memudahkan anda berwuduk.

Tidak perlu terlalu luas, cukup sekadar tempat ambil wuduk mini di dalam ruang solat yang dibina.

9. Jam digital azan

Tidak lengkap surau di rumah anda jika tidak mempunyai jam digital azan. Jam ini akan memudahkan anda untuk mengetahui waktu masuk azan setiap hari dan mendengar alunan zikir setiap sejam di rumah.

10. Harumkan suasana

Berwangi-wangian adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. Wangian 3. Rasa seronok dalam solat.” (Hadis Riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

Kelebihan berjemaah bersama keluarga

Pelaksanaan solat secara berjemaah adalah antara amalan yang sangat Rasulullah SAW jaga sepanjang hayat baginda. 

Ganjaran pahala yang dikurniakan bagi seseorang yang melaksanakan solat secara berjemaah adalah berlipat kali ganda berbanding solat secara bersendirian. 

Solat secara berjemaah bersama keluarga juga dapat mengikat tali persaudaraan antara sesama Muslim.

Selain dari tips buat surau di rumah ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan dekorasi rumah eperti:

Sumber:

  1. Steps to Creating an Islamic Prayer Room in Your Home. Home Synchronize
  2. How to Design a Prayer Room at Home? The Halal Times

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.