Sejauh mana anda kenali diri sendiri? Adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri? Adakah anda yakin bahawa anda benar-benar mengetahui potensi yang ada dalam diri? Kebanyakan daripada kita mendakwa sangat mengenali diri sendiri namun hakikatnya masih ramai yang tidak mengenali diri sendiri.

Tidak mengenali diri sendiri adalah punca kenapa ramai yang mengalami masalah kurang yakin dan tidak berusaha sebaiknya kerana merasakan diri tidak mampu atau tak layak untuk melakukannya.

Jemput baca artikel tips kenali diri sendiri yang boleh anda amalkan untuk membantu anda lebih mengenali siapakah anda yang sebenarnya dan dalam masa yang sama akan membantu membuka kunci potensi diri yang telah lama terkurung di dalam. Malah ia juga akan membantu anda untuk lebih memahami kelemahan serta kelebihan yang ada dalam diri. Semoga bermanfaat.

Dekatkan diri kepada Allah

tips kenali diri sendiri

Sumber: Holstee

Sebagai orang islam yang melafazkan syahadah dan berpegang bahawa Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengenali diri sendiri adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana mendekatkan diri kepada Allah membantu kita untuk mengenali diri dengan lebih baik?

Cuba perhatikan, berapa ramai yang berasa tidak tenang dan tercari-cari erti sebenar kehidupan? Salah satu daripada puncanya ialah kerana kita lupa kepada Allah dan tidak beribadat kepadanya. Ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan sebagainya adalah makanan jiwa yang akan membuatkan kita berasa lebih tenang.

Semakin banyak kita beribadat, semakin dekat diri kita dengan Allah. Secara automatik kita akan berasa lebih tenang dan akan lebih melihat dengan jelas apakah hala tuju hidup kita. Malah seseorang yang dekat dirinya dengan tuhan akan berasa seolah-olah diberikan hidayah dalam membuat keputusan dalam aktiviti harian. Kita akan lebih mengenali diri sendiri apabila mendekatkan diri kepada Allah.

"

Terima segala kekurangan yang ada dalam diri

Sebagai manusia, kita tidak sempurna. Pastnya ada banyak kekurangan dalam diri kita. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan cara menerima segala kekurangan yang ada dalam diri dengan seadanya dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengatasi kekurangan tersebut. Bagaimana cara untuk melakukannya? Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah senaraikan segala kekurangan diri yang anda rasakan.

Setelah disenaraikan, baca semula dengan tenang dan pilih kekurangan yang boleh diatasi. Usaha untuk mengatasi masalah tersebut dan menjadi manusia yang lebih baik. Sebagai contoh, katakana salah satu daripada kekurangan yang anda senaraikan ialah suka menipu. Jika anda sudah mengaku kelemahan yang ini, langkah seterusnya ialah dengan berusaha untuk tidak menipu lagi. Cuba untuk menjadi seorang yang jujur apabila berkata-kata. Ianya tak mudah namun tak mustahil.

tips kenali diri sendiri

Sumber: Thoughtcatalog

Senaraikan kelebihan yang ada dalam diri

Tips kenali diri yang seterusnya ialah dengan cara menyenaraikan semua kelebihan yang ada dalam diri. Tak perlu bimbang kalau anda menjadi seorang yang perasan diri sendiri bagus. Senaraikan setiap kebaikan dalam diri yang anda boleh fikirkan. Lagi panjang senarainya lagi bagus. Apabila anda sudah habis menulis tentang kebaikan diri, baca semula. Anda boleh tampal kertas tadi di tempat yang anda selalu lihat. Melihat senarai kebaikan diri adalah salah satu cara yang terbaik untuk anda mengenali diri.

Ia membantu anda untuk lebih mengenali diri dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keyakinan diri. Selepa sini pastinya anda tidak akan mudah rasa tidak yakin diri atau memandangan rendah kepada diri sendiri lagi.

Jauhi mereka yang bertoksik

Tidak dinafikan bahawa dalam hidup kita, ada manusia bertoksik yang sentiasa membuatkan kita berasa rendah diri dan menyebabkan potensi dalam diri kita tidak dapat diasah. Siapakah manusia bertoksik yang kami maksudkan? Meraka adalah manusia yang memberikan pengaruh buruk kepada diri anda, seperti rakan-rakan yang mengajak anda melakukan perkara negatif. Mereka membuatkan anda menjadi manusia yang semakin negatif dan bukannya menjadi seorang yang lebih baik.

Manusia bertoksik juga adalah manusia yang selalu membuatkan anda berasa rendah diri, tidak yakin pada diri sendiri, malah malu dengan diri sendiri melalui kata-kata dan layanan mereka kepada anda. Kalau ada manusia sebegini dalam hidup anda, sila jauhkan diri daripada mereka. Ini kerana mereka memberikan kesan yang sangat negative kepada diri anda dan akan menyebabkan anda tidak kenal diri sendiri.

Jangan terlalu fokus kepada kekurangan diri sehingga terlupa kelebihan yang ada

Tips kenali diri yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan cara jangan terlalu fokus kepada kekurangan diri sehingga terlupa kepada kelebihan yang ada. Ketahuilah bahawa walau pun mempunyai banyak kekurangan, anda juga mempunyai terlalu banyak kelebihan dan kebaikan dalam diri. Anda adalah seorang yang istimewa dan hebat. Jangan pernah lupa!

Jika anda terlalu fokuskan keburukan yang anda, akan menjadi seorang yang rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. Anda tidak akan berani mencuba dan akhirnya akan sentiasa berada di tahap yang sama dalam hidup tanpa sebarang perkembangan. Sedangkan yang sebenarnya ada potensi yang besar dalam diri anda. Sayang sungguh jika potensi yang ada dalam diri anda dibazirkan semata-mata kerana anda terlalu memikirkan tentang kekurangan diri.

Kesimpulan

Itulah dia perkongsian tentang tips kenali diri sendiri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kata-kata semangat dan ayat motivasi untuk wanita

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.