Surat cuti sakit merupakan antara perkara yang penting bagi seseorang individu. Hal ini kerana, surat cuti sakit memainkan peranan yang penting untuk pekerja mahupun mereka yang bergelar pelajar. Sebagai pekerja, kita pastinya mahu menjaga imej sebagai pekerja yang baik. Sebagai ibu bapa pula, kita mestilah peka dengan kehadiran anak ke sekolah. Disebabkan hal ini, surat cuti sakit menjadi perkara yang penting bagi menjelaskan sebab mengapa kita tidak dapat hadir ke sekolah mahupun kerja.

Terdapat beberapa jenis surat cuti sakit yang digunakan sesuai dengan keadaan yang berlaku. Surat cuti sakit ini terdiri daripada surat yang ditulis sendiri dengan menggunakan elemen yang perlu ada di dalam surat rasmi cuti sakit mahupun surat rasmi dari doktor itu sendiri. Kelebihan menulis surat cuti sakit adalah untuk memberikan kesan yang baik kepada rekod kita sebagai pekerja mahupun pelajar.

Di bawah menunjukkan beberapa contoh surat cuti sakit yang dapat dijadikan rujukan anda.

Terdapat juga beberapa ayat yang biasa digunakan untuk surat ini seperti:

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah Dari Anda

Imej via [zik.my]

(NAMA ANDA),

(ALAMAT RUMAH).

______________________________________________________________________

Guru Kelas (nama kelas),

(ALAMAT SEKOLAH).                                                                                    (Tarikh)

Tuan,

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH DISEBABKAN SAKIT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya (nama anda) pelajar (tulis nama kelas) tidak dapat hadir ke sekolah pada (tarikh tidak hadir) disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

02. Pada pagi (tarikh sakit) saya mengalami (nyatakan sakit apa) yang tidak membolehkan untuk saya bergerak ke sekolah.

03. Sepanjang saya tidak hadir ke sekolah ini, saya akan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi.

04. Saya berharap pihak tuan dapat mengizinkan dan meluluskan permohonan saya tidak dapat hadir ke sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………………

(NAMA ANDA)

Terdapat juga beberapa ayat yang biasa digunakan untuk surat ini seperti:

Contoh Surat Tidak Hadir ke Sekolah Dari Waris

Imej via [pinterest.com]

NAMA WARIS DAN ALAMAT

Tuan,

GURU TINGKATAN

NAMA SEKOLAH DAN ALAMAT TARIKH

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah waris kepada (nama pelajar). Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada (tarikh) bersamaan hari (hariI) kerana demam.

02. Oleh yang demikian, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada demam nanti.

03. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak sekolah boleh hubungi saya di talian (No telefon) untuk mendapatkan kepastian.

04. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

…………………………………

(NAMA WARIS)

Contoh 2

PENGETUA SMK PERMATANG TODI

JALAN CHANGGAI,

46000 PETALING JAYA

SELANGOR DARUL EHSAN.                                                                                  Tarikh :

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya (nama ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama (nama anak) dari kelas (nama kelas) ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh (tulis tarikh).

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana (berikan sebab).

  • Anak/jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor.
  • Anak/jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah.
  • Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis (nyatakan majlis apa) bersama keluarga.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………

(Nama Anda)

Contoh 3

(NAMA PELAJAR)

(ALAMAT)

______________________________________________________________________

GURU BESAR (MASUKKAN NAMA SEKOLAH)                                   Tarikh:

PER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK / JAGAAN KE SEKOLAH

Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya (Masukkan Nama ibu/bapa/penjaga), ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama (Masukkan Nama Anak) dari kelas (Masukkan Nama Kelas) ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh (Masukkan tarikh tidak hadir ke sekolah).

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana (Masukkan alasan ketidakhadiran, contoh : demam, sakit)

4. Disini saya juga sediakan lampiran surat MC dari doctor sebagai pengesahan untuk rujukan pihak sekolah.

5. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak sekolah mengambil maklum dan tidak mengkategorikan anak saya sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………

(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)

(Nama ibu/Bapa/Penjaga)

(Nombor telefon ibu/Bapa/Penjaga)

Kesimpulan

Surat cuti sakit sememangnya penting untuk menyatakan ketidakhadiran anda ke sekolah mahupun kerja. Ramai yang tidak mengetahui format rasmi yang betul untuk menulis surat cuti sakit. Hal ini akhirnya menyebabkan mereka disalah sangka sebagai individu yang ponteng sekolah mahupun kerja. Perkara ini akhirnya memberikan kesan yang negatif kepada rekod mereka sebagai pekerja mahupun pelajar.

Disebabkan oleh itu, surat cuti sakit merupakan perkara yang perlu dilakukan. Pastikan anda mendapatkan surat doktor yang menyatakan anda diberikan cuti bagi menguatkan alasan mengapa anda tidak dapat hadir ke sekolah mahupun kerja. Semoga contoh surat-surat ini dapat membantu anda.

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.