Kita sebagai manusia perlu menjaga kesihatan diri seperti melakukan senaman diri dan makan makanan yang sihat. Oleh sebab itu, tercipta lah piramid makanan untuk menjadi panduan kepada manusia untuk pengimbanan makanan yang sihat. Piramid makanan ini sangat bagus kerana selain mendapatkan kesihatan baik, ia dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang ideal.

Ini adalah cara menjaga kesihatan diri pada zaman kini. Di zaman Rasulullah, cara beliau mengamalkan kesihatan diri agak berbeza sedikit daripada sekarang. Cara beliau mengamalkan kesihatan diri amat bagus dan menurut kajian ia memberi banyak kebaikan pada individu itu sendiri. Bagaimanakah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 sunnah rasulullah menjaga kesihatan diri. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

8 Sunnah Rasulullah menjaga kesihatan diri

sunnah rasulullah menjaga kesihatan diri

Imej via aynorablogs

1. Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2 Cara Rasulullah menjaga kesihatan dengan menjaga kebersihan diri

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3 Rasulullah tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4 Rasulullah menjaga kesihatan diri dengan gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5 Rasulullah bukan pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6 Sentiasa optimis dan tidak berputus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7 Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8 Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
*Berikut adalah 8 sunnah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri. Dari sini kita dapat lihat, selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam, kita perlu mengelakkan sifat negatif dalam diri. Sifat negatif juga mempengaruhi kesihatan diri kita tanpa kita sedar. Jadi buangkan sifat negatif dalam diri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Jemput juga baca artikel piramid makanan dan jenis sakit kepala
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.