Sebagai seorang yang menganut dan mengamalkan ajaran Islam, kita berpegang kepada dua sumber utama dalam agama yakni Al Quran dan As Sunnah. Seperti yang kita maklum, Al Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan sepanjang zaman oleh setiap muslim. Namun, tahukah anda apa itu sunnah? 

Sunnah menurut bahasa membawa maksud jalan manakala menurut istilah ulama hadis, sunnah dapat didefinisikan sebagai segala hal yang disandarkan kepada nabi, baik itu berupa perkataan, perbuatan, taqrir (ketetapan), mahupun sifat perangai atau sifat fizikal. Baik sebelum diutus menjadi nabi ataupun setelahnya.

Jom kami kongsikan kepada anda 30 sunnah nabi yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

sunnah nabi
Imej via [muslim]

1. Selalu Tersenyum

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, maksudnya “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Senyum selalu! Ia perkara mudah yang boleh kita lakukan setiap hari. Senyum kepada sesiapa sahaja dapat menenangkan hati mereka, tidak salah untuk kita lakukan sunnah nabi yang memberi ganjaran pahala seperti bersedekah ini.

2. Ketika Bangun Daripada Tidur

Nabi S.A..W akan mengusap wajah dengan tangannya ketika bangun daripada tidur lalu membaca doa.  

Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim)

Kemudian beliau membaca doa:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan.” (Riwayat Muslim)

sunnah nabi
Imej via [slideserve]

3. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

4. Menyambung Silaturrahim

Hadist riwayat Anas bin Malik R.a, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) “ (Shahih Muslim).

5. Ketika Keluar Dari Rumah

Dari Anas bin Malik, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa: ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alaallahi haula wa laa quwwata illa billah’ (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah).

Maka pada saat itu dikatakan kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya.

Lalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan (perlindungan).” (Riwayat Abu Daud)

6. Bercakap

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

7. Mendahului Yang Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim)

8. Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibbah).

9. Ketika Marah

Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Muslim).

Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Riwayat Abi Daud).

sunnah nabi
Imej via [tzkrh]

10. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

11. Istighfar

“Demi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam sehari.” (HR Muslim).

12. Memberi Salam

 “Apakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

13. Mencegah Kemungkaran

“Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim) 

14. Diam

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

sunnah nabi
Imej via [yadim]

15. Masuk Dan Keluar Tandas

Doa masuk tandas:

اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ 

Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. (Riwayat Bukhari)

Nabi SAW juga menutup kepalanya ketika memasuki tandas. Baginda membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar tandas.

Adalah Nabi saw apabila masuk ke tandas baginda menutup kepalanya.” (Hadith Baihaqi)

Doa keluar tandas:

غُفْرَانَكَ

Artinya : “Aku minta keampunan-Mu ya Allah.” (Riwayat Tirmizi/Ahmad)

16. Menunaikan Hak Saudara Muslim

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara.” Lalu beliau ditanya; ‘Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah?

‘Jawab beliau: (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggalkan, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur.’ (Riwayat Muslim)

17. Bersugi

Dari Saidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” (Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)

18. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

19. Bersedekah

Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya)”, manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

20. Doa Kepada Orang Lain

Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. (Riwayat Muslim)

sunnah nabi
Imej via [majalahperdana]

21. Solat Diawal Waktu Dan Saf Pertama

“Kalau saja manusia tahu pahala panggilan solat dan saf awal,jika mereka tidak mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi.” ( Riwayat Muslim)

Ia menunjukkan ramai orang bersungguh-sungguh ingin mendapatka saf bahagian hadapan kerana ganjaran yang diberikan amat luar biasa. Ia adalah sunnah nabi yang harus anda ikuti.

22. Membaca Al Quran

Sunnah nabi iaitu membaca Al-Quran amat mudah kita amalkan bergantung kepada jenis invididu. Jangan jadikan kekangan masa sebagai penghalang untuk kita beramal dengan sunnah nabi ini.

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang membacanya).” (Riwayat Muslim)

23. Berwuduk

“Siapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya,dosa-dosanya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari hujung-hujung kukunya.” (Riwayat Muslim)

Sunnah nabi ini sering diamalkan oleh semua pelajar tahfiz dan golongan agama. Dosa akan terhapus sedikit dengan sedikit dengan mengamalkan sunnah nabi ini.

24. Solat Dhuha

Aisyah radhiallahu anha, dia berkata, “Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam solat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang beliau menambah sesuai keinginannya.” (Riwayat Muslim)

25. Solat Tahajud

“Lakukanlah solat malam oleh kalian, karena hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia pun dapat mendekatkan kalian kepada Rabb kalian, menghapus segala kesalahan dan mencegah dari perbuatan dosa.” (Riwayat Tirmidzi)

sunnah nabi
Imej via [liputan6]

26. Ketika Bersin

“Jika seseorang di antara kalian bersin, maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah). Hendaklah saudaranya mengucapkan YARHAMUKALLAH (semoga Allah merahmatimu). Jika ia mengucapkan YARHAMUKALLAH, ucapkanlah YAHDIKUMULLAH WA YUSHLIH BAALAKUM (semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).” (HR. Bukhari) [Riwayat Bukhari)

27. Memberi Makan Kepada Orang Lain

 “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

28. Jika Mimpi Buruk

“Apabila salah seorang dari kalian melihat mimpi yang ia benci, maka hendaknya ia meludah ke kiri sebanyak tiga kali dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatan setan sebanyak tiga kali dan ubahlah posisi tidurnya” (Riwayat Muslim).

29. Membaca Basmalah Pada Setiap Pekerjaan 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan ‘bismillahirrahmanir rahiim’, amalan tersebut terputus berkahnya.” (Riwayat. Al-Khatib dalam Al-Jami’)

Oleh itu, kita disarankan memulakan setiap pekerjaan dengan bacaan Basmallah. Walaupun kerja yang dilakukan adalah mudah, jangan tinggal untuk membaca basmallah kerana ia adalah sunnah nabi.

30. Memaafkan Kesalahan Orang Lain

Barangsiapa yang ingin dibangunkan baginya bangunan di Syurga, hendaknya ia memaafkan orang yang mendzaliminya, memberi orang yang bakhil padanya dan menyambung silaturrahim kepada orang yang memutuskannya.” (Riwayat Thabrani)

Maafkan kesalahan orang lain adalah sunnah nabi yang ramai tak sedar. Mulai sekarang, maafkanlah segala kesalahan orang lain. Pasti hati anda akan tenang dan rezeki anda akan berjalan lancar.

sunnah nabi
Imej via [baituljannah]

Demikianlah 30 sunnah nabi yang dapat kita amal dan terapkan dalam kehidupan seharian. Selain memperoleh ganjaran dari Allah SWT, mengamalkan sunnah nabi juga sudah terbukti dari segi saintifik bahawa ia amat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Jom baca juga adab pelajar dengan guru, kelebihan solat dhuha, doa penerang hati anak dan Panduan solat sunat rawatib.

Rujukan:

  1. tzkrh
  2. bookcafe
  3. shafiqolbu

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.