Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, pastinya anda sentiasa mencari ilmu keibu bapaan dan banyak membaca tentang bayi dan kesihatan bayi. Salah satu daripada ilmu yang anda wajib tahu ialah tentang suhu badan bayi. Apakah suhu normal tubuh badan seorang bayi? Apakah suhu badan apabila bayi anda demam? Dan yang paling penting bagaimanakah cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat.

Adalah sangat penting untuk anda memahami perkara ini dengan tepat supaya anda tidak salah mendiagnos bayi anda yang sedang meragam. Ada masanya bayi anda meragam namun tidak demam, dan ada masanya bayi anda nampak normal namun yang sebenarnya suhu bayi anda terlalu tinggi dan hampir mencecah 40 darjah celcius yang sangat bahaya bagi seorang bayi.

suhu normal bayi
Sumber: Go-dok

Apakah suhu normal tubuh badan seorang bayi?

Secara amnya, suhu tubuh badan seorang bayi yang sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit ialah dalam anggaran 36.6 sehingga 37 darjah celcius. Bayi anda berada dalam keadaan kesejukan jika suhu badannya adalah dibawah 36.6 darjah celcius dan anda anda sedang demam jika suhu badannya lebih tinggi daripada 38 darjah celcius.

Walau bagaimana pun, anda harus tahu bahawa suhu tubuh badan bayi anda boleh berubah bergantung kepada keadaan seperti:

  • Pakaian dibadan. Pakaian yang tebal dan panjang akan menyebabkan suhu badan bayi anda meningkat
  • Keadaan persekitaran termasuk suhu bilik. Apabila berada dalam keadaan yang sejuk seperti bilik berhawa dingin atau Cameron Highlands, suhu badan bayi anda akan menurun. Manakal jika anda sedang berkelah di tepi pantai pada waktu petang dengan matahari yang cerah, suhu badana bayi anda akan naik.
  • Selain itu, tubuh badan bayi anda juga akan berasa sedikit panas selepas mendapat suntikan imunisasi. Ia adalah tindak balas biasa yang berlaku selepas bayi anda dicucuk vaksin.

Pada suhu berapakah bayi anda dikira sebagai sedang demam?

Seperti yang kami nyatakan di atas, bayi anda dianggap sebagai sedang demam apabila tubuh badannya mencatatkan suhu setinggi 38 darjah celcius dan lebih. Adalah sangat bahaya jika suhu badan bayi anda mencecah 40 darjah celcius kerana boleh menyebabkan bayi anda mengalami sawan dan merosakkan otaknya. Malah demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kematian.

Oleh itu, jika anda merasakan bahawa badan bayi anda panas daripada biasa, segera dapatkan suhu badan bayi anda bagi memastikan adakah si comel anda sedang demam atau tidak. Jika anda tidak dapat menyukat suhu badan bayi anda dengan segera, anda juga boleh memerhatikan tanda-tanda yang berikut:

  • Sentuh bahagian dahi, leher, belakang, dan perut bayi anda. Jika bayi anda sedang demam, bahagian yang disentuh akan terasa panas.
  • Perhatikan pipi bayi anda. Kebiasannya pipi yang sedang demam akan kelihatan merah atau blushing akibat suhu badan yang panas.
  • Kebiasaannya bayi yang demam akan mula berpeluh.
  • Adakah bayi anda meragam atau merengek? Bayi yang sedang demam biasanya akan mula meragam.
  • Adakah bayi anda masih menyusu seperti biasa? Perhatikan pola penyusuan bayi anda. Jika bayi anda kurang menyusu, ia adalah salah satu petanda yang bayi anda sedang demam.

Jika anda anda sedang demam, pastikan anda selalu memantau suhu bayi anda agar tidak terlalu tinggi. Pastikan juga bayi anda tetap aktif dan masih menyusu seperti biasa. Adalah sangat penting untuk anda memastikan suhu bayi anda tidak melebihi bacaan yang berikut:

  • 38 darjah celcius untuk bayi di bawah 3 bulan
  • 39 darjah celcius dan ke atas untuk bayi yang berumur 3 sehingga 6 bulan

Pergi ke klinik dengan segera sekiranya suhu badan bayi anda melebihi bacaan yang kami nyatakan di atas untuk medapatkan pemeriksaan dan rawatan.

suhu normal bayi
Sumber: Jurnalkeluarga

Apakah cara untuk mengukur suhu badan bayi anda dengan tepat?

Terdapat pelbagai cara untuk mengukur suhu badan manusia, namun tidak semuanya adalah tepat. Kemungkinan berlaku sedikit ralat dan anda tidak akan mendapat bacaan suhu yang tepat. Cara untuk mengukur suhu badan bayi dengan tepat ialah dengan menggunakan termometer. Jika diperhatikan, terdapat pelbagai jenis termometer yang dijual di pasaran seperti:

  • Termometer digital
  • Termometer merkuri

Termometer digital adalah lebih baik daripada termometer merkuri kerana bacaan termometer digital adalah lebih tepat dan ianya lebih selamat berbanding termometer merkuri yang boleh pecah jika jatuh lalu menyebabkan berlakunya kebocoran merkuri. Apabila berlaku kebocoran merkuri, rumah anda perlu dibersihkan oleh pihak bomba dengan sempurna. Anda tidak boleh membersihakan merkuri dengan sendiri.

Selain itu, termometer digital juga ada pelbagai jenis di mana ia boleh diletakkan di dahi, celah ketiak, telinga, mulut, rektum, dan sebagainya. Untuk makluman anda, termometer yang dimasukkan ke dalam rektum atau dubur bayi anda adalah termometer dengan bacaan terbaik kerana suhu didalam rektum memberikan bacaan tubuh badan yang paling tepat. Berikut adalah cara menggunakan termometer rektum:

  • Pastikan termometer bersih. Basuh denganair sabun atau lap dengan alkohol.
  • Letakkan bayi anda dalam posisi meniarap.
  • Sapukan sedikit pelincir seperti jeli petroleum pada hujung termometer.
  • Masukkan termometer sedalam 2 cm.
  • Biarkan termometer di dalam dubur bayi anda sehingga berbunyi bip.
  • Keluarkan termometer dan lihat bacaan yang ditunjukkan.

Itulah dia info tentang suhu normal bayi serta suhu demam dan cara sukat suhu badan bayi dengan tepat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang cara banyakkan susu badan dan simpton bayi berak berdarah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.