Resepi Sos Black Pepper Viral (Tersangat Sedap)
Resepi sos black pepper viral lain dari yang lain. Sesiapa yang sudah cuba ramai yang syok sendiri sebab boleh masak sos yang sedap sangat. Jadi kali ini…

Resepi sos black pepper viral lain dari yang lain. Sesiapa yang sudah cuba ramai yang syok sendiri sebab boleh masak sos yang sedap sangat. Jadi kali ini kami kongsikan resepi sos black pepper ala Afy AL Habibi yang dikongsikan di laman Facebook dalam ayat lebih ringkas. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Ramai followers yang sudah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Resepi ini langsung tidak buat muak walaupun ianya menggunakan sos keju, serbuk cheese dan planta. Tampilan sos dengan warna yang menarik dan tekstur yang pas betul-betul berbeza dengan resepi lain. Anda wajib cuba resepi ini untuk dihidang dengan lamb chop dan chicken chop misalnya. Dijamin sedap lupa dunia.
Resepi Sos Black Pepper Afy

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
- ¾ sudu besar Planta,
- 1 ulas bawang putih diracik halus,
- 1 tin sos spaghetti keju,
- 1 sudu besar serbuk cheese,
- ½ sudip kicap Jalen lemak manis,
- ¾ sudu besar serbuk lada hitam kisar,
- ¾ sudu kecil gula,
- Air suam 1 cawan.
Cara-cara :
-
Panaskan Planta dalam api kecil sahaja. Kemudian masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
-
Seterusnya masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar.

Imej via Facebook
-
Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
-
Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese (optional), kalau ada lagi sedap.
-
Tambahkan ½ sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. Jangan guna kicap masin.
-
Masukkan ¾ sudu besar serbuk lada hitam kisar.

Imej via Facebook
-
Juga masukkan ¾ sudu kecil gula (boleh masuk sedikit-sedikit untuk langkah selamat). Kacau sebati.
-
Tutup api setelah semua rasa sebati.

Imej via Facebook
Resepi Menarik Lain
Selain sos black pepper viral, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.
- Resepi M&M Cookies
- Resepi Muruku
- Resepi Kek Triple Coklat