Bagaimanakah caranya melakukan solat sunat adilfitri secara berjemaah? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan mengerjakan solat sunat aidilfitri dengan betul.
Solat sunat aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan oleh umat Islam sebanyak dua rakaat pada 1 Syawal iaitu hari raya aidilfitri yang pertama.
Solat ini adalah afdhal untuk dilakukan secara berjemaah dan kemudian itu dibacakan dua khutbah. Tetapi ia juga boleh dilakukan secara bersendirian di rumah.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata : ‘’Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :
خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ
Maksudnya: (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.
Kemudian lelaki itu bertanya: ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?’’. Maka Nabi SAW menjawab :
لا، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ
Maksudnya: Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Ibn Al-Somit RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
Maksudnya: Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1420)
Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.
Solat sunat ini adalah sunat muakad iaitu solat sunat yang sangat diberatkan oleh Nabi SAW.
Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sejak pada ia disyariatkan sehinggalah baginda wafat. Begitu juga para sahabat RA berterusan melakukannya selepas kewafatan baginda Nabi.
Cara solat sunat aidilfitri ini sedikit berlainan dengan solat sunat lain yang kita pelajari. Dalam solat ini, kita disyariatkan untuk membaca takbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat ke dua.
Diriwayatkan oleh ‘Amr Bin Shuaib, dari bapanya dari datuknya, bahawa:
Maksudnya: “Nabi SAW bertabir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali dan lima kali.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 1278)
Bagi lafaz solat sunat aidilfitri tersebut adalah seperti yang berikut:
Selain dari cara solat sunat aidilfitri ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan solat sunat seperti:
Sumber: