Sebut sahaja mengenai sayur keladi tentu kebanyakan orang Melayu sejak zaman dahulu kala lagi sudah sangat biasa dijadikan sebahagian dari hidangan keluarga.

Sayur ini sedap dimakan bersama ikan terbuk masin dan nasi putih, ala-ala selera kampung.

Namun sesetengah orang takut untuk makan keladi sebab tidak tahu bagaimana cara untuk hilangkan miang keladi sebelum dimasak.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kaedahnya yang betul untuk memudahkan anda memasak sayur keladi.

Apa itu sayur keladi?

sayur keladi

Pokok keladi air atau juga dikenali sebagai keladi cina adalah sejenis tumbuhan yang berasal daripada kawasan Asia Tropika.

Bahkan ia juga dijadikan sumber makanan ruji bagi beberapa kepulauan seperti Papua New Guinea dan kepulauan-kepulauan lain sekitar Tanah Jawa.

Berikut adalah kandungan nutrisi yang terdapat dalam keladi (setiap 100g):

  • Karbohidrat – 2.32 g
  • Protein – 0.92 g
  • Lemak – 0.09 g
  • Kalsium – 12 mg
  • Zat besi – 0.6 mg
  • Kalium – 332 mg
  • Fosforus – 28 mg
  • Natrium – 1 mg
  • Vitamin B1 – 0.04 mg
  • Vitamin B2 – 0.8 mg
  • Vitamin C – 21 mg

Khasiat ubi keladi dalam masakan

Selain sedap dibuat masak, ia juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan.

Bagi anda yang tertanya-tanya apa sahaja khasiat dari sayur ini, berikut adalah penjelasannya.

1. Tinggi anti oksidan

Falvonoid adalah bahan semula jadi yang boleh ditemukan dalam keladi. Fungsinya sudah tentu untuk bertindak balas sebagai anti oksidan.

Antara penyakit yang berkaitan adalah seperti penyakit kanser, Alzheimer’s, dan penyakit jantung (artherosclerosis)

2. Tinggi kandungan Phytochemical (β-Carotene)

β-carotene merupakan sejenis pro-vitamin A yang biasa terkandung dalam keladi.

Ia berfungsi sebagai salah satu anti-oksidan yang boleh melindungi tubuh daripada radikal bebas.

3. Tinggi kandungan serat

Serat dalam keladi sangat penting bagi mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan sistem pencernaan.

4. Meningkatkan kesihatan mata

Mengikut laporan daripada USDA Food Database, keladi yang mengandungi vitamin A sebanyak 241µg merupakan sumber mikronutrien yang sangat penting dalam mengekalkan kesihatan mata anda.

5. Immune booster

Kandungan vitamin C yang ada pada keladi mampu meningkatkan sistem imun anda.

Cara hilangkan gatal sayur keladi sebelum masak

sayur keladi

Miang sayur keladi bila tidak dibersihkan dengan betul pasti akan menimbulkan kegatalan.

Berikut ini kami kongsikan petua hilang miang sayur keladi dengan betul dan mudah.

Bahan-bahannya:

  • Batang sayur keladi
  • 3 – 4 asam keping
  • Garam kasar

Cara penyediaan:

1. Tarik dan buang kulit hijau yang terdapat pada batang keladi. Walaupun peniaga keladi tersebut claim yang mereka sudah siap-siap buang.

Tetapi semasa basuh pastikan anda periksa dan buang kulitnya yang peniaga terlepas pandang. Pastikan pakai sarung tangan atau plastik supaya tangan tidak gatal.

2. Basuh bersih dan toskan. Tonyoh-tonyoh sikit keladi semasa proses membasuh.

3. Masak air dan letak asam keping 3 – 4 keping juga sedikit garam kasar. Masak air sehingga mendidih.

4. Masak batang keladi sehingga empuk atau lembut.

5. Seterusnya, buang air rebusan tersebut.

6. Proses pembersihan miang batang keladi siap!

Cara yang diajarkan ini pasti tidak akan menyebabkan anda berasa gatal-gatal lagi ketika makan keladi.

Selain dari petua hilang miang sayur keladi ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kegunaan keladi seperti:

Sumber:

  1. Petua Masak Sayur Keladi. Safiyyah Osman
  2. Khasiat Ubi Keladi Yang Ramai Tidak Tahu. Jiwa Sihat

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.