Sakit kepala ketika hamil adalah masalah yang dialami oleh ramai ibu hamil. Walaupun biasa, ia boleh menjadi sangat mengganggu dan menimbulkan kebimbangan.
Artikel ini akan membincangkan punca sakit kepala ketika mengandung, jenis-jenis sakit kepala yang biasa berlaku, cara menghilangkannya.
Sakit kepala adalah keadaan yang biasa berlaku bercirikan kesakitan di bahagian kepala atau leher atas.
Wanita hamil boleh berisiko untuk sakit kepala khususnya ketika trimester pertama dan ketiga.
Sakit kepala di awal usia kandungan berpunca daripada perubahan hormon di mana berlakunya peningkatan jumlah darah yang terhasil dari tubuh.
Sakit kepala terbahagi kepada beberapa jenis seperti:
Umumnya, terdapat beberapa punca wanita hamil berasa sakit kepala secara tiba-tiba. Ia boleh berlaku disebabkan dari perubahan tubuh badan, gaya hidup dan gangguan mental.
1. Perubahan hormon
Perubahan hormon semasa kehamilan, terutamanya peningkatan hormon estrogen dan progesteron, boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sakit kepala.
2. Stress dan tertekan
Beban emosi yang tinggi semasa kehamilan boleh menyebabkan ketegangan otot dan sakit kepala.
3. Dehidrasi
Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala, jadi penting untuk minum air secukupnya.
Ibu mengandung lebih berisiko lebih tinggi mengalami dehidrasi kerana berlakunya banyak perubahan pada tubuh mereka.
4. Pengambilan kafein berlebihan
Pengambilan kafein yang berlebihan atau pengecutan tiba-tiba pengambilan kafein boleh menyebabkan sakit kepala.
5. Kurang tidur dan rehat
Kesukaran tidur semasa kehamilan boleh mengakibatkan sakit kepala.
6. Kesan sampingan ubat
Beberapa ubat yang digunakan semasa hamil boleh mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala.
7. Berat badan bertambah
Penambahan berat badan semasa hamil boleh mengekalkan tekanan tambahan pada leher dan bahu, yang boleh menyebabkan sakit kepala.
Adalah penting untuk berunding dengan doktor anda sebelum mengambil ubat sakit kepala semasa hamil.
Doktor akan memberi nasihat terbaik berdasarkan keadaan anda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa rawatan yang selamat yang boleh dicuba:
1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
Cuba rehat dan tidur jika mungkin apabila sakit kepala datang.
2. Minum air secukupnya
Pastikan anda sentiasa terhidrasi dengan baik dengan minum banyak air.
3. Amalkan teknik pengurusan stres
Meditasi, yoga, atau latihan pernafasan boleh membantu mengurangkan tekanan emosi.
4. Kekalkan bilik yang gelap
Sekiranya sensitiviti kepada cahaya adalah masalah, kekalkan bilik gelap.
5. Makan ikut waku yang ditetapkan
Pastikan anda makan dalam jumlah yang mencukupi dan mengelakkan berlapar. Amalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrien yang diperlukan dan elak makanan pencetus sakit kepala.
6. Berurut
Anda boleh berikhtiar dengan mendapatkan khidmat berurut dari tukang urut. Lakukan urutan pada bahagian leher, belakang badan dan bahu.
Mengenai pengambilan panadol untuk wanita hamil, ianya tidak menjadi masalah kepada ibu hamil jika ia diperlukan seperti bagi merawat demam.
Namun begitu pengambilannya perlulah diambil dalam jangka masa yang pendek.
Setiap biji panadol 500 miligram (mg) boleh diambil satu atau dua biji, dan akan berkesan selama empat jam.
Maksima bilangannya yang boleh diambil adalah 4g (empat biji panadol 500mg) dalam masa 24 jam.
Jika anda mengalami sakit kepala yang kerap atau teruk, berbincang dengan doktor anda untuk penilaian lebih lanjut.
Sakit kepala semasa hamil boleh menjadi mencabar, tetapi dengan penjagaan yang betul dan langkah-langkah pencegahan yang tepat, ia boleh dikendalikan.
Jangan ragu untuk mencari nasihat daripada doktor anda jika anda mengalami masalah sakit kepala semasa hamil, kerana kesihatan anda dan bayi anda adalah keutamaan utama.
Diharapkan perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah sakit kepala ketika hamil dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
Selain dari info sakit kepala ketika hamil ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:
Sumber: