Para ibu yang melahirkan secara pembedahan, amat risau jika berlaku tanda jahitan caesarean terbuka khususnya pada mereka yang baru pertama kali.
Bagi mereka yang terbuka jahitan bersalin, jahitan yang diterima sebelum ini perlu dibuka semula atau perlu dijahit semula. Pasti ibu-ibu rasa ngerikan?
Namun itulah hakikatnya yang perlu ibu jalani sekiranya mereka mendapatkan simptom tanda jahitan caesarean terbuka seperti berikut:
Pendarahan selepas bersalin adalah normal untuk 4 hingga 6 minggu pertama.
Tetapi, jika anda mendapati darah yang keluar melalui pad lebih dari masa dua jam terus menerus keluar dengan begitu banyak, maka segera hubungi doktor anda.
Darah nifas yang normal berbau sedikit menyengit. Tetapi sekiranya bau berubah menjadi busuk, maka ini boleh menjadi petanda berlaku jangkitan yang menyebabkan nanah iaitu kesan sampingan daripada jahitan yang terbuka.
Normal jika seorang ibu mengeluarkan beberapa gumpalan darah beku selama 1 hingga 3 hari selepas bersalin.
Tetapi, anda harus melaporkan kepada doktor sekiranya terdapat gumpalan yang lebih besar daripada plum atau tiba lebih daripada 3 hari selepas bersalin.
Kesakitan anda akan berkurangan setiap hari selepas c-section dilakukan. Namun sekiranya, anda mendapatkan sakit perut yang begitu teruk secara tiba-tiba dalam waktu yang lama, segeralah dapatkan rawatan di hospital.
Kadang kala, jangkitan dari luka bersalin akan memberi kesan kepada kesihatan ibu seperti demam panas. Demam yang melebihi 100.4 °F adalah tanda jangkitan dan perlukan rawatan kecemasan segara.
Pendarahan dalaman boleh menyebabkan tekanan darah rendah dan pening.
Jika anda tercungap-cungap atau sukar untuk bernafas, hubungi doktor dengan segera. Ia adalah satu lagi gejala pendarahan dalaman dan tanda jahitan caesarean terbuka semula.
Lebam pada perut berhampiran dengan luka jahitan, berkemungkinan besar memberi maksud bahawa jahitan anda telah terbuka dan anda mengalami pendarahan secara dalaman.
Sakit apabila hendak kencing atau bercangkung boleh menjadi tanda jahitan terkoyak dan jangkitan.
Anda mungkin mendapati pergerakan usus tidak selesa selama seminggu selepas pembedahan.
Tetapi, jika ia menjadi lebih menyakitkan atau ketidakselesaan berlarutan lebih lama daripada seminggu, hubungi doktor anda.
Normal, jika darah berwarna merah segar keluar dalam jumlah yang banyak pada hari pertama selepas melahirkan anak.
Namun, jika kehilangan darah selepas bersalin bertukar coklat tetapi kemudian tiba-tiba merah semula, ini menunjukkan berlakunya pendarahan baru.
Nasihat buat para ibu semua, bagi mendapatkan proses penyembuhan luka caesar dengan cepat, anda boleh lakukan lapan cara mudah ini antaranya seperti:
Selain dari tanda jahitan caesarean terbuka ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan kehamilan seperti:
Sumber: