Dari segi bahasa, ‘rukun’ bermakna juzuk atau tiang bagi sesuatu. Manakala dalam solat, rukun adalah perbuatan-perbuatan yang tersusun mengikut tertibnya. Dengan itu tidak lengkap dan tidak sah sesuatu solat itu jika tertinggal salah satu rukunnya.
Dalam mazhab Syafie, terdapat pendapat yang rajih (kuat) dan mu’tamad (yang dipegang), iaitu sebanyak 13 perbuatan yang menjadi rukun dalam solat.
“Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah
(Hadis Riwayat Bukhari)
Berdiri secara tegak, lurus serta mengadap kiblat penting bagi yang mampu. Hukumnya sunat, jika ketika berdiri ditundukkan sedikit kepala serta memandang ke tempat yang akan disujud.
Sekiranya sakit atau cacat dan sebagainya bolehlah bersolat secara berbaring, terlentang, duduk, atau dengan menggunakan isyarat. Ianya bergantung kepada keadaan yang dikirakan sesuai.
“Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring.”
(Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud)
Hendaklah berniat dalam hati atau secara lintasan dalam ingatan untuk mendirikan solat. Contohnya, jika seseorang itu mahu menunaikan solat asar, maka mestilah berniat untuk bersolat asar, bukan solat yang lain.
Iaitu, dengan melafaz ‘Allahuakbar’ ketika memulakan solat dengan suara sederhana yang sekuranganya dapat didengar oleh diri sendiri.
Surah al-Fatihah adalah wajib dibaca, jika tertinggal solat menjadi tidak sah.
“Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah)”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Begitu juga jika ianya tidak dibaca dengan tajwid yang betul, solat menjadi tidak sah. Bacaannya juga tidak boleh diubah ke bahasa lain bahasa Arab. Nada bacaannya mestilah boleh didengari oleh diri sendiri.
Rukuk adalah keadaan meletakkan kedua tapak tangan ke lutut, sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Ada bacaan tertentu semasa berukuk, ataupun berdoa dan cukup dengan bertasbih.
Tamakninah pula adalah diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya. Tamakninah juga bermaksud ‘tenang’ iaitu, berhenti sekejap.
Iktidal adalah bangkit dari rukuk dan kembali berdiri tegak beserta dengan tamakninah. Kadar masa tamakninah tidaklah lama iaitu sekadar sekali sebutan tasbih sahaja.
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sunat jika meletakkan hidung ketika bersujud.
Duduk antara dua sujud adalah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat. Sujud ini juga mesti dilakukan dengan tamakninah.
Duduk antara dua sujud adalah dalam keadaan kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari hampir dengan lutut. Kemudian dibaringkan tapak kaki kiri dan duduk di atasnya. Tapak kaki kanan pula ditegakkan dengan anak-anak jari dihalakan ke arah kiblat.
Duduk ketika ini sewaktu membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam. Tangan diletakkan di atas paha.
Tahiyat adalah ucapan dan doa yang yang merangkumi pujian kepada Allah SWT dan salam serta diakhiri dengan lafaz syahadah.
Ketika duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah, wajib membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.
Salam sebagai penutup dalam mendirikan solat, iaitu cukup dengan melafazkan ‘Assalamualaikum’.
Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal.
Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.
Dalam 13 rukun solat ini pula terdiri daripada beberapa pembahagian kecil. Rukun ini dikenali sebagai rukun qauli, qalbi, fi’li.
Rukun qauli (perkataan atau bacaan) adalah rukun yang bacaannya wajib didengari oleh telinga sendiri. Jika tertinggal walau satu huruf, hukumnya wajib diulangi semula bacaan itu.
Antara bacaan yang terlibat dengan rukun ini adalah:
Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan hal yang perlu dilakukan dalam hati seperti;
Rukun fi’li adalah rukun yang melibatkan pergerakan atau perbuatan. Jika terlupa atau tertinggal, mestilah berpatah balik kepada rukun tersebut. Ada enam rukun fi’li, iaitu;
Imej via Ustaz Sharhan Shafie
Ertinya, jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan solat ini, solat akan menjadi tidak sah dan perlu didirikan semula. Oleh itu, perkara yang membatalkan solat adalah;