Adakah anda selalu mengalami kekejangan kaki ? Jika bukan selalu pun, dalam masa seminggu mesti 2 atau 3 kali akan mengalami kekejangan kaki dan ia amat tidak selesa lebih-lebih lagi ketika tidur pada waktu malam.

Terdapat beberapa sebab kenapa kita akan mengalami kekejangan kaki. Ia mungkin kerana faktor usia atau akibat daripada aktiviti harian anda. Kekejangan kaki ini tidak lah terlalu serious tetapi jika selalu sangat berlaku ia boleh menjadi satu masalah buat individu.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca mengalami kekejangan kaki dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

3 Punca berlakunya kekejangan kaki

punca kekejangan kaki dan cara mengatasinya
Imej via Bidadari.my

Semasa hamil, jantung, buah pinggang dan sistem peredaran dalam badan anda bekerja lebih kuat untuk membantu anda berfungsi secara normal. Otot-otot anda pula menyokong pertambahan berat badan yang semakin meningkat, dan ini memberi tekanan kepadanya. Akibatnya, otot-otot kaki anda yang keletihan akan menegang dan kejang sebagai langkah memprotes, terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga.

Kesakitan ini boleh menyebabkan anda tersedar daripada tidur pada waktu malam. Keletihan otot bukan satu-satunya sebab anda mendapat kejang kaki.

Kedua, terlalu banyak fosforus (terdapat dalam daging proses, makanan ringan dan minuman bersoda), dan terlalu sedikit kalsium dan potassium dalam darah anda juga boleh menyebabkan kejang otot.

Ketiga pula ialah apabila uterus anda mengembang, ini boleh memberi tekanan kepada saraf-saraf yang mengunjur daripada badan ke kaki anda.

Tips elak kekejangan kaki

Cubalah tip-tip kami dan makan pisang atau minum segelas susu sebelum tidur untuk meningkatkan tahap kalsium dan potasium dalam darah. Jangan ambil sebarang vitamin tambahan atau produk herba tanpa berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Berikut ialah beberapa tip untuk mengelakkan kejang kaki:

🌼 Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang panjang.

🌼 Pusing dan gerak-gerakkan buku lali dan jari-jari kaki anda apabila anda duduk, semasa makan atau menonton televisyen.

🌼 Regangkan otot-otot betis anda (lihat Cara menghentikan kejang kaki di bawah) beberapa kali sebelum anda masuk tidur.

punca kekejangan kaki dan cara mengatasinya
Imej via Facebook

Cara menghentikan kejang kaki

Jika anda mengalami kekejangan, regangkan otot-otot anda serta-merta. Tegakkan kaki, tumit dahulu, dan tegangkan buku lali dan jari-jari kaki perlahan-lahan. Anda mungkin rasa sakit seketika, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang. Anda juga boleh melegakan kekejangan dengan mengurut otot atau memanaskannya menggunakan botol air panas. Berjalan-jalan selama beberapa minit juga boleh membantu.

*Berikut adalah punca-punca berlakunya kekejangan kaki dan cara untuk elakkan kekejangan kaki. Jika anda tiba-tiba sahaja mengalami kekejangan kaki, jangan panik, cuba ikuti langkah seperti yang diajarkan di atas tadi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.