Roti wholemeal mempunyai banyak khasiat. Ramai dari kita yang tidak sedar mengenai kebaikan roti wholemeal. Hal ini kerana ramai yang berpendapat dengan memakan roti semasa diet akan menaikkan berat badan serta menambahkan lemak di dalam badan. Sebenarnya pengambilan roti putih dan roti wholemeal mempunyai perbezaan yang cukup besar dari segi kalori dan nutrisi.

Sebenarnya, memakan roti wholemeal semasa diet akan memberikan anda banyak kebaikan serta nutrisi yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya, terdapat banyak jenis roti dengan bahan yang berbeza digunakan dan setiap bahan tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan pada jenis roti masing-masing.

Bantu Menurunkan Berat Badan

Roti gandum dikatakan tidak menyebabkan penambahan berat badan. Hal ini kerana kandungan yang terdapat di dalam roti ini membantu usus untuk memproses makanan dengan perlahan. Disebabkan oleh itu, mereka yang ingin berdiet gemar menjadikan roti wholemeal sebagai sarapan sebelum melakukan seberang senaman.

Kandungan bijirin yang terdapat dalam roti ini juga dapat memberikan pemakannya rasa kenyang yang lama. Hal ini kerana roti gandum mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dan serat yang memberikan anda rasa kenyang yang lama.

Memberikan Tenaga

Bercakap mengenai diet, ramai yang berfikir untuk melakukan senaman mahupun larian agar dapat melihat proses penurunan yang drastic. Hal ini pastinya akan memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti ini. Sekiranya anda makan roti wholemeal, kandungan serat dan vitamin yang terdapat di dalam roti ini mampu membantu memberikan tenaga kepada anda tanpa menaikkan berat badan anda.

Membuatkan Anda Kenyang

Khasiat roti wholemeal untuk diet adalah dapat membuatkan anda berasa kenyang. Menurut pakar kesihatan, pengambilan fiber yang cukup dapat memperkuatkan pengendalian usus secara berkesan. Fiber juga dapat membuatkan anda berasa kenyang dan seterusnya mengurangkan kuantiti pengambilan makanan anda. Hal ini pastinya dapat membantu anda untuk mengawal berat badan.

Kandungan fiber juga dapat memanjangkan makanan yang anda makan di dalam perut anda sehingga membuatkan anda berasa kenyang. Sekiranya anda kekal kenyang, anda pastinya dapat mengurangkan pengambilan kalori.

Karbohidrat Kompleks

Karbohidrat yang terdapat di dalam roti ini menjadikan makanan dicerna dengan lebih cepat dan menyebabkan penurunan gula lebih cepat. Hal ini kerana proses penghadaman lebih perlahan menjadikan tenaga dapat digunakan dalam tempoh yang lebih lama dan tidak menyebabkan paras gula naik dengan mendadak.

Rendah Kalori

Pilihan Roti Rendah Kalori yang paling sihat ialah roti yang rendah gula dan garam serta mengandungi jumlah serat pemakanan yang baik bagi setiap keping. Contohnya roti wholemeal yang mengandungi kalori lebih rendah daripada roti putih iaitu sebanyak 127 kalori untuk 2 keping roti wholemeal berbanding dengan 157 kalori untuk 2 keping roti putih.

Kaya Serat

Makan makanan yang kaya dengan serat boleh mengelakkan anda untuk mengambil lebih makanan bagi tubuh badan anda ketika sedang berdiet. Roti perang adalah bahan makanan yang kaya dengan serat. Disebabkan itu, warna roti yang perang menunjukkan roti tersebut kaya dengan pelbagai jenis serat. Roti ini disyorkan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Di samping itu, Roti ini telah menjadi antara makanan yang disyorkan untuk anda makan ketika berdiet. Kandungan roti wholemeal akan menjadikan anda tetap kenyang. Hal ini menyebabkan anda tidak berasa lapat dan membekalkan tenaga untuk anda melakukan senama ketika diet. Jadi tiada alasan untuk anda tidak menjalani hidup yang sihat!

Kaya Vitamin

Imej via [tribunnews.com]

Roti perang mengandungi banyak vitamin dan mineral kepada tubuh badan seseorang. Sumber vitamin yang kuat. Kandungan vitamin yang terdapat di dalam roti ini terdiri daripada vitamin B, vitamin E dan vitamin K. Vitamin-vitamin ini dapat membantu anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Vitamin K yang terdapat di dalam roti mampu melancarkan pengaliran darah. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengelakkan badan daripada terkena penyakit seperti sakit jantung, stroke dan banyak lagi. Vitamin ini juga mampu menguatkan tulang anda. Kandungan roti yang kaya dengan vitamin ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada anda ketika anda sedang berdiet.

Zat Besi Zink

Imej via [hellosehat.com]

Kandungan roti yang kaya dengan zink pastinya dapat membantu meningkatkan imun badan anda. Hal ini kerana zink mempunyai kebaikan dalam memastikan anda tidak mempunyai masalah usus, keguguran rambut, mengurangkan gula dalam darah, masalah tiroid dan banyak lagi.

Kesimpulan

Senarai di atas jelas menunjukkan bahawa dengan memakan roti ini memberikan perbezaan yang lebih sihat dibandingkan dengan memakan roti putih. Walaupun rasanya berbeza dengan roti putih, khasiat roti wholemeal untuk mereka yang sedang berdiet sangat banyak. Khasiat yang terdapat di dalam roti ini bukan sahaja baik untuk badan anda tetapi turut membantu melindungi badan anda dari penyakit.

Hal ini menunjukkan tidak salah untuk anda memakan roti ketika ingin berdiet. Kandungan tenaga yang terdapat di dalam roti ini juga cukup untuk membekalkan tenaga ketika anda ingin melakukan senaman walaupun sedang berdiet. Hal ini yang menjadikan roti wholemeal popular bukan sahaja dikalangan mereka yang sedang berdiet tetapi golongan tua yang ingin menjaga pemakanan.

Anda juga boleh membaca artikel menarik yang lain di website kami:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.