Kek pandan sangat sedap dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja terutama sekali ketika minum petang. Rasa yang enak dan rupa yang gebu itu mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kek pandan ini. Antaranya adalah dengan membakar, akan tetapi resepi yang ingin dikongsikan ini menggunakan cara mengukus. Resepi ini sangat senang dan sesiapa sahaja boleh cuba membuatnya.

Resepi kek pandan kukus ini telah dikongsikan oleh Rose Rosnah Rosnah di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai. Mari kita cuba resepi yang simple ini!

Kek Pandan Kukus

Resepi Kek Pandan Kukus

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak jagung/biasa
  • 1 sudu perasa pandan
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 2 cawan tepung
  • Pewarna hijau

Cara-cara membuat:

  • Mix telur dengan gula sampai putih berkrim, masukkan susu, minyak dan perasa pandan, mix lagi.
  • Masukkan soda dan tepung yang sudah di ayak.
  • Masukkan pewarna.
  • Panaskan pengukus dan kukus adunan dengan api yg besar.
  • Bungkus penutup kukus dgn kain jarang supaya air wap tidak menitis.
  • Kukus sampai masak.
Resepi Kek Pandan Kukus

Image via Facebook

Siap!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kek Pandan Kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Nur Aisyah

Meminati bidang penulisan dan kini merupakan antara penulis di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.