Selamat hari Isnin semua. Bagaimana dengan persiapan raya anda? Baju raya, kuih raya, duit raya ape semua tu dah settle tak? Harapnya sudahlah semuanya. Saya yakin yang anda semua dah sabar-sabar dah nak balik kampong. Asyik duk membilang hari je kan?

Apa-apa pun, Ramadhan yang berbaki ini jangan dipandang sebelah mata sahaja. Gunalah sebaik-baik mungkin untuk meraih keberkatan dan ganjaran yang sangat banyak dariNya di bulan yang mulia ini. InshaaAllah.

Di pagi yang indah ni, saya terfikir untuk share resepi waffle. Resepi waffle ni anda boleh tengok-tengok untuk dijadikan juadah petang selepas Ramadhan nanti. Tapi kalau rasa mengidam sangat, boleh buat terus malam ni after terawih ok? Hihihi

Waffle ni memang sangat mudah untuk dibuat. Tak perlu lagi nak beli di kedai dengan harga yang agak mahal untuk satu biji waffle. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat mudah untuk didapati. Jadi, mari kita tengok salah satu resepi best dari Hairul Nizam Ijam di Facebook.

Resepi Waffle (3 keping)

Waffle

Image Via  Facebook

Bahan-bahan:

2 cawan gandum
2 cawan air
1/3 minyak
1 biji telur
1 1/2 sudu baking powder
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga sebati
  2. Kemudian, boleh lah panaskan waffle maker dan letakkan adunan.
  3. Tunggu sehingga masak. SIAP!

Selain resepi waffle yang best ni, kami juga menulis resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya!

Penulis: Fazeeda Abdul Malik

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.