Anda hobi masak benda-benda baru dan menarik? Kali ini kami akan berkongsikan resepi baharu yang menarik untuk anda cubakan.

Resepi Vietnam spring rolls ialah kudapan yang tular masa kini. Dengan penyediaan yang teramat sangat mudah, ramai orang cubakan resepi.

Dilihat sekilas, Vietnam spring rolls tampak macam popia gulung. Namun sebenarnya, ia dibuat dengan membungkus pelbagai sayuran dengan rice paper yang transparan.

Vietnam spring roll tidak digoreng. Melainkan, bahan-bahan yang digunakan cukup dicelur dan disusun dengan cantik dalam rice paper. Sehingganya lapisan udang dan sayur tampak menggoda dari luar.

Mari cubakan resepi Vietnam spring roll yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook. Resepi mudah dan senang patut anda cuba.

Resepi Vietnam Spring Roll

vietnam spring rolls

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kulit vietnam spring rolls secukupnya,
  • Salad,
  • Timun batang jepun(hiris panjang),
  • Carrot (hiris panjang),
  • Daun pudina,
  • Daun ketumbar,
  • Bihun @ suhun (dicelur),
  • Udang (celur),
  • Crab stick (celur).

    vietnam spring rolls

    Imej via Facebook

Bahan sos :

  • Separuh ketul nisan @ gula melaka,
  • 5 cawan air,
  • 3-4 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dengan sedikit air),
  • 3-4 biji cili api merah yang pedas banyak biji dicincang halus,
  • 3 senduk kecil sos plum,
  • 3 senduk kecil sos cili thai,
  • 2 senduk kecil jus limau siam dalam botol,
  • 7-9 sudu besar penuh gula (boleh rasa sendiri nanti),
  • 2-3 sudu kecik garam(boleh rasa sendiri),
  • 3 ulas bawang putih cincang halus.

    vietnam spring rolls

    Imej via Facebook

Cara Penyediaan Sos :

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung.
  2. Jika sudah mendidih, masukkan tepung jagung. Kacau sehingga pekat.
  3. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa.

    vietnam spring rolls

    Imej via Facebook

Cara Gulung Vietnam Spring Rolls :

  1. Celup kulit vietnam spring rolls@rice paper ke dalam air suam sekejap terus angkat.
  2. Letakkan salad dahulu sebagai alas, kemudian baru bahan-bahan lain.
  3. Akhir sekali, letak crab stick dan udang.
  4. Gulung seperti gulung popia biasa. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Vietnam spring rolls, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.