Resepi tauhu sumbat gebus gebas dan mengenyangkan boleh dijadikan juga sebagai hidangan makan malam. Apalagi tauhu sumbat ayam seperti resepi yang kami kongsikan kali ini. Pasti semua orang suka.

Resepi tauhu sumbat ayam ini datangnya daripada Ezrin Kahar‎ di laman Facebook. Resepi ini mendapat perkongsian ramai dari warga Facebook.

Selain sumbat dengan ayam, resepi ini juga boleh guna daging sebagai bahan sumbat tauhu. Mana-manapun kejadiannya tetap gebu dan menyelerakan.

Tauhu digoreng rangup di luar namun sedap berinti di dalam. Makan dengan sos cili jadi makin merangsang selera. Jom buat tauhu sumbat!

Resepi Tauhu Sumbat Ayam @ Daging

tauhu sumbat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tauhu,
  • Dada ayam @ daging,
  • Cili besar – cincang,
  • Daun sup – hiris halus,
  • Bawang besar –cincang,
  • Garam,
  • Lada sulah,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Goreng tauhu. Sejukkan dan belah dua. Keluarkan isi tauhu.
  2. Goreng dada ayam (jangan garing).
  3. Campur isi ayam da nisi tauhu kemudian tumbuk sampai lumat.
  4. Kemudian campurkan cili besar, daun sup, bawang besar, garam dan lada sulah.
  5. Gaulkan rata dan sumbat dalam kulit tauhu yang dikeluarkan isi tadi.
  6. Pukul telur dan celupkan tauhu yang disumbat.
  7. Goreng tauhu sumbat.
  8. Siap. Sedia dimakan dengan sos.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tauhu sumbat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.