Tauhu bergedil ini adalah gabungan masakan Cina dan Jawa. Masakan ini diinovasikan daripada bergedil daging yang disumbat kedalam tauhu kering. Hidangan ini sangat enak untuk dijadikan sebagai pembuka selera atau minum petang. Semestinya, anda harus mencuba untuk keluarga anda. Anda juga boleh menghidang juadah ini kepada tetamu yang datang ke rumah anda.

Tauhu bergedil ini juga menjadi salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Malah kini ianya telah menjadi resepi viral dan telah dikongsi oleh ramai netizen. Sudah tentunya rasanya yang amat lazat memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Resepi ini dikongsi oleh Noor Laila Yaakop dan telah mendapat sebanyak 5 ribu perkongsian di Facebook. Wow, ramainya!

Resepi Tauhu Bergedil

Resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 60 biji tauhu bergedil. Modalnya hanya dalam RM 20.

Resepi Tauhu Bergedil

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan bahan untuk tauhu bergedil:

  • Kentang 1 1/2kg direbus sampai empuk dan ditumbuk
  • Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis)
  • 3 biji Cili besar dadu (tumis)
  • sebiji kecil lobak dadu (tumis)
  • Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis)
  • Bawang goreng (bawang besar hiris gaul dengan tepung gandum dan digoreng sampai garing) Nota: kalau nak senang, beli sahaja bawang goreng dah siap.
  • Daun bawang /daun sup
  • Lada sulah/lada hitam
  • Tepung gandum 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • Telur 6 biji
Gaulkan semua bahan diatas.
  •   Tauhu kering 2 paket besar (RM4/paket)

Bahan bahan untuk sos:

  • 4 sudu cili kering
  • Secawan air
  • Gula melaka (bulat) seinchi
  • Sos tiram sesudu
  • 5 sudu Kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Tepung gandum + air

Cara – cara:

Cara – cara untuk membuat tauhu bergedil:

  1. Bahagian atas tauhu kering dipotong empat.
  2. Keluarkan isi didalam tauhu tersebut.
  3. Isinya itu digaul didalam bergedil yang telah disediakan.
  4. Kemudian isi tersebut disumbat balik ke dalam tauhu.

    Tauhu Bergedil

    Image via Facebook

  5. Goreng tauhu yang dah dicelup telur, sedikit garam, dan sedikit tepung didalam minyak yang panas paras separuh tenggelam tauhu. Api dibuka sederhana.

Cara – cara untuk membuat sos:

  1. Tumis cili kering sampai pecah minyak.
  2. Masukkan semua bahan kecuali air tepung.
  3. Apabila sudah mendidih baru masukkan air tepung.

    Tauhu Bergedil

    Image via Facebook

Nota: Ubahsuai ikut selera anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang boleh anda cuba:

Selain daripada resepi tauhu bergedil ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang anda boleh cuba dan dihidangkan bersama yang tersayang. Jangan lupa untuk menekan resepi – resepi dibawah dan kongsikan bersama rakan rakan anda!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.