Bihun sup utara ialah hidangan ala Melayu. Bihun sup utara selalunya dihidangkan bersama sup daging, tulang atau perut yang direbus hingga lembut. Untuk yang tidak suka daging boleh menggunakan ayam.
Bihun yang digunakan hanya bihun biasa, namun bihun direndam dalam air kunyit sehingga warnanya jadi kuning. Sambal merah sangat mempengaruhi kelazatan bihun sup utara.
Untuk dapatkan rasa bihun sup dan sambal merah yang sempurna maka kami kongsikan resepi mudah yang dikongsikan oleh Noorfazrina Aida di Facebook. Sila ikuti resepi yang sudah kami kemas dengan elok ini.
Bihun sup utara ini boleh dijadikan hidangan untuk jamun raya, kenduri mahupun majlis lain. Yang merupakan ciri khas lain bihun sup utara ialah menggunakan taburan daun sup, bawang goreng dan lobak masin. Bahan hiasan ini melengkapi rasa bihun sup utara menjadi lebih gurih.
1. Mula sekali, rendam 1 paket bihun dengan serbuk kunyit. Jika sudah bertukar warna, rebus sampai lembut kemudian tapis.
1. Blender semua bahan-bahan untuk kuah.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja). Kacau sampai sebati kemudian masukkan rempah sup Adabi agak-agak sahaja.
4. Kalau sudah sebati, masukkan 1 kg daging, boleh campur tulang, daging dan perut. Masak sehingga daging tadi lembut.
5. Kemudian masukkan garam, gula dan chicken stock 2 kiub sahaja.
6. Kalau sudah cukup rasa, boleh masukkan kayu manis 1 batang, bunga lawang dan buah pelaga. Jika dirasa semua sudah cukup rasa boleh tutup api.
1. Tumis cili boh sehingga naik bau. Terus masukkan gula merah dan garam.
2. Blender 1 biji besar bawang merah masukkan ke dalam cabai tadi. Tumis sehingga masak.
3. Jika sudah masak, masukkan 3 sudu besar sos cili.
4. Kacau sehingga sebati dan tutup api. Siap.
Bihun sup utara siap untuk dihidangkan. Anda boleh menambah bahan hiasan seperti daun sup, bawang goreng dan lobak masin. Jika mahu masam boleh perah limau nipis. Rasa makin power! Selamat mencuba.
Selain resepi bihun sup utara, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!