Mencari resepi kek yang berlainan? Kali ini kami hadirkan resepi kek santan. Kek ini sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang.

Sebagai seorang yang suka masak, mestilah teringin hidangkan kek yang sedap untuk orang tersayang. Kek santan boleh jadi pilihan anda. Selain caranya senang, rasanya juga sedap.

Sesuai nama yang diberi, mestilah kek ini menggunakan santan. Rasa kek yang umumnya manis jadi makin berlemak dan lazat dengan kolaborasi santan. Beri sedikit pewarna yang anda suka, maka jadilah kek santan yang menarik dan sedap. Sila cubakan resepi kek santan oleh ‎Wanie Bake‎ di laman Facebook.

Resepi Kek Santan Mudah

Imej via Facebook

Bahan Blend :

  • 4 biji telur,
  • 1 sudu besar ovallete,
  • 3 sudu besar susu pekat (asal 4 sudu),
  • ½ cawan gula (asal 1 cawan).
    Jika sudah kembang tuang dalam mangkuk.

Campur bahan yang diblend tadi dengan :

  • 1 sudu besar baking powder,
  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 kotak santan (200 ml).

Cara-cara :

  1. Letak pewarna, ikut suka.
  2. Tuang dalam loyang saiz 8×8.
  3. Kemudian kukus selama 40 minit.

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.