Tiba-tiba ingin makan spaghetti goreng sedap. Jom intip resepi yang kami kongsikan di bawah ini.

Senang masak spaghetti goreng. Masak sekali untuk keluarga besar masa kumpul bersama. Gerenti dia orang akan suka sangat dengan rasa spaghetti goreng yang sedap terangkat.

Ihsan Ihsani berkongsikan resepi spaghetti goreng di lama Facebook. Boleh di ejas kepedasan ikut selera anda. Walaupun resepi ini boleh tahan pedas juga.

Sedapnya spaghetti goreng, tampak berkilat sos melekit pada spaghetti. Ditambah lagi daging kisar yang menghias spaghetti. Tampak amat menyelerakan.

Resipi Spaghetti Goreng Pedas

spaghetti goreng

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ paket spaghetti,
  • 2 sudu garam,
  • ½ biji bawang kuning (dipotong kiub),
  • 500 g daging kisar,
  • 2 ulas bawang putih (dicincang),
  • 2 sudu besar cili boh,
  • 1 ½ sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar sos cili,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudu kecil gula,
  • Sedikit air rebusan spaghetti,
  • 1 biji cili merah (dihiris),
  • ½ biji lada benggala kuning (dihiris),
  • ½ biji lada benggala hijau (dihiris),
  • Minyak,
  • Mixed herbs.

Cara-cara :

  1. Rebus spaghetti dan masukkan garam.
  2. Gunakan kuali lain, panaskan minyak dan masukkan bawang kuning.
  3. Tumis sehingga naik bau dan masukkan daging kisar.
  4. Masukkan bawang putih, cili boh, sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air rebusan spaghetti. Gaul rata.
  5. Masukkan cili merah, lada benggala kuning dan hijau.
  6. Masukkan spaghetti yang sudah direbus. Gaul.
  7. Tabur mixed herbs.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi spaghetti goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.