Spaghetti carbonara ialah pasta yang dihidangkan bersama sos yang berasaskan telur, keju, dan daging. Hidangan in berasal dari Italia, dan sudah berkembang hingga luar Eropa. Justeru, spaghetti carbonara sangat sesuai dihidangkan untuk makan siang disantap bersama rekan ataupun keluarga anda.

Spaghetti carbonara boleh anda beli di restaurant western food, sebab ia jenis makanan siap saji yang tidak tersedia di semua kedai. Rasanya yang unik dengan cheese dan daging membuat ia menjadi kesukaan orang ramai, namun harganya juga agak mahal.

Namun, sekarang anda tidak perlu risau kerana kami akan mengongsikan kepada anda resepi spaghetti carbonara yang sangat menjilat lidah ini. Untuk anda pecinta cheese dan mushroom silakan baca resepi yang kami dapatkan daripada Ruhaiza Bunyamin di facebook ini.

Tidak perlu masa lama untuk memasak spaghetti carbonara ini, cara memasaknya sangat senang dan bahannya mudah didapat. Siapkan fon untuk skrinshot atau buku nota anda untuk salin resepi kami di bawah ini. Selamat mencuba..

Resepi Spaghetti Cabonara

Resepi spaghetti carbonara

Imej via Google

Bahan-bahan yang digunakan:

  • 1 paket spaghetti
  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1 liter susu segar
  • Lada hitam
  • Oregano flakes
Resepi spaghetti carbonara

Imej via Facebook

Caranya:

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam. siap.
6. Spaghetti rebus macam biasa hingga lembut dengan tambah sedikit minyak masak & garam. agar tidak melekat.

Resepi Spaghetti Carbonara

Imej via Google

Kalau ingin terasa cheesy, anda bole tambah cheese yang slice. Confirm sedap.
Mudah dan senang kan? sekarang anda boleh membuat spaghetti carbonara setiap hari di rumah anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Spaghetti Carbonara, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.