Ingin mencuba resepi yang mudah dan tidak remeh? Mungkin, anda boleh cuba makanan Itali seperti Spahetti Aglio Oglio. Kot-kot lah nak ubah selera ke western food pula.

Jom tengok resepi mudah yang dikongsi oleh Asmida Sulaiman di laman Facebook. Resepi beliau ini sangat mudah difahami dan diikuti. Apa lagi. Jom mencubanya.

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 peket spaghetti (sy guna san remo) 
  • 10 ulas bawang putih (potong dadu) 
  • 5 tangkai cili kering ( potong kecil) 
  • 5 @ 6 sudu besar minyak zaitun 
  • Udang (buang kulit) 
  • Sotong 
  • Sosej 
  • Tomato 
  • Brokoli (celur dulu) kemudian tos
  • 1 biji capsicum hijau (potong kecil) 
  • 1 biji capsicum merah (potong kecil)
  • 1 tin cendawan butang (di hiris kecil)
  • 2 sudu besar cili flakes 
  • 1 sudu besar oregano 
  • 1 sudu besar parsley flakes 
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam 
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih 
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:

  1. Rebus spaghetti dan masukkan sedikit minyak zaitun. Rebus sampai lembut & tos kan. Simpan air rebusan dalam 1 cawan untuk di guna kan kemudian. 
  2. Panas kan minyak zaitun. Tumis bawang putih & cili kering sehingga naik bau & kekuningan. 
  3. Masuk kan udang serta sotong & kacau.. kemudian masukkan air rebusan spaghetti tadi. Biar kan sekejap. 
  4. Masukkan capsicum, sosej & cendawan butang. 
  5. Masukkan oregano, parsley flakes, cili flakes, lada hitam, lada putih, kiub ayam & garam. Biar kan mendidih sekejap. 
  6. Akhir sekali masukkan spaghetti, tomato & brokoli yang dah di celur tadi.
  7. Siap untuk di hidang.

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Spaghetti Aglio Olio ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.